Saturday, February 28, 2015

Bandar Sendayan gempar!!?

Korang jangan salah sangka pulak, ni bukan gambo MH17 yg ditembak kat sempadan Ukaraine tuh, ni gambo lokasi kat Bandar Seri Sendayan deh..

Hari Jumaat semalam, lepas solat Jumaat aku dan husband kerja separuh hari, amik emergency leave!! Huii kecoh dalam group whatassap pasai Pusat Kualiti Alam dekat BSS terbakar. Yang problem besarnya yg terbakar tu gudang simpan sisa2 toksin weiiii T_T

Jadi korang bayangkan ler asap berkepul2 keluar ke langit tu sebenarnya beracun dan ada toksin hua hua hua... start terbakar pukul 1 tengahari. Pukul 3 baru kami tau, berdesup bawak kereta. Dekat sampai dengan bukit sendayan hah tu dia!! Asap berkepul2 ke angkasa huhuhu

Macam letusan gunung berapi pulak!!

Semakin dekat dan menghampiri lokasi.

Mualimah Pasti anak2 aku bagitau memang nampak asap berkepul2 dari sekolah. Pesan dia sapa2 parent boleh datang amik anak cepat. Diorang tutup semua tingkap dan pintu takut asap masuk ke dalam. 


 Berlumba2 time tu pasukan bomba dan team hazard termasuk DOSH datang ke sana.


Gambar ni aku amik dari group whatassap, tak kuasa aku nak datang dekat2 sana nak capture gambo heiiiiiii... abis gudang tu terbakor!!

Bomba yang tangkap gambo ni.

 Dulu Group taman aku jadikan perkara ini satu isu sebab Pusat Kualiti Alam ni dekat dengan kawasan penduduk taman dan kampung2 area situ. Memang apa yang dirisaukan benar2 terjadi, cuak!! Staf kami yg stay di Kg Sendayan terus bawak anak bini check in di Senawang.

Yang gambar ni betul2 di jalan nak masuk taman aku. Nampaknya semakin reda. Angin bertiup bawa asap tu ke arah bandar seremban dan seremban 2. Aku pikir kat bandar sendayan selubung dgn asap dah confirm angkut barang dan anak2, husband ajak balik le JoHor. Tapi Alhamdulilah, langit di sendayan cerah. 

So kitorang pun dudk berkurung jela dalam rumah, tak keluar ke mana2. Malam tu keluar kat berita, pagi tadi pun berita keluar lagi. Pihak bomba kata tiada perkara yg berbahaya perlu dirisaukan huhuhu. Dirang dan pihak Pusat Kualiti Alam dah buat SOP yang perlu untuk tangani bemda ni. Tak tau lah betul ke tak. Tapi petang ni alhamdulilah dah reda. So scary...

Next time kalau jadi lagi tak tau ler camne agaknya. Ngerinya... harap lepas diorang tingkatkan SOP keselamatan dan pengumpulan sisa2 toksin. Atau diorg pindah lokasi lagi jauh dari sini pon lagi bagus!! 

Wednesday, February 25, 2015

Mabuk ker???

Serious!! Ingat kalau dah beranak twice, rasa yang ke 3 mesti dah kebal kan, rasa tak mabuk lagi. Rasa pening2 lalat ker. Atau rasa macam dunia berpusing2. ROoopa-ropanyer sama saja T_T


Aku rasa ada masa2 tertentu jer aku raa tak nak bergerak ke mana2, sebab kepala aku berpusing2. Lagi best bila sindrom KEMALASAN pun melanda... PAstu ada orang tu jeling2 macam caya tak caya je kan hahahaha.

Tapi bukan aku sesaja pun, nak lawan pun sama juga. Badan aku juga yang penat dan letih. So bawak2 bertenang dan berehat jelar... 


Dah tau positif, aku tak pergi scan ke pergi klinik. Stail aku dah masuk 3 bulan baru terhegeh2 buat buku merah huhuhu sampai misi pun bising... 

Tengoklah dalam minggu ni atau minggu depan atau 2 minggu lagi hehehe. Aku ni bukan apa malas nak start balik rutin kena pergi menunggu kat klinik jer buat check up. Penat weiii nak tunggu!!

Tapi apa2 pun aku kena check juga sbb bab jaga kesihatan dan tau consideration badan dan janin  kita. Ok tak ok kan T_T


nantilah update lagi. Lepas husband bawak gi klinik nanti. Betul tak bang :P





Monday, February 23, 2015

Kursus Go Green dan makan2 di JKM, PPD

Sebenarnya kursus Go Green ni dah dibuat pada Isnin minggu lepas. Kuraus ni dibuat utk warga Jkm bersama2 bercucuk tanam di tanah lapang di sekitar JKM. Aku adalah bwk anak pokok terung yang dah disemai untuk ditanam kat tanah lapang. Ada staf bwk pokok cilk, kari, rosemary, mangga, mas cotek, kedondong, pokok durian pun ada keh keh keh. Aku tak tau duria  gred jenis apa.


Dok kumpul2 anak pokok yang dah dibawa oleh staf, rasa macam dah kat nuseri tanaman pulak :p



KP DTP, En Affendi bersungguh membaja tanah, Kak Siti pulak nak tanam pokok mas cotek. Time ni dah pukul 9 lebih...



Kat tanah lapang depan Jkm kami tanam banyak pokok buahan termasuk pisang, kedondong dan mempelam.



Fuh, penat dah menanam kat area bengkel JKM. take five kejap. Sambil2 tu tanam serai dan limau. 

Rajinnya kaum2 lelaki menyiang ikan...

Kebetulan di belakang bengkel Mesin Jkm ada rumah hijau. Kat sini ada kolam ikan talapia yang diternak oleh geng2 bengkel Mesin. Lepas jek kursus Go Green, diorang bersihkan kolam dan tangkap separuh ikan2 tu untuk dikendurikan hehehe. 


Dah bersih dah kolam ikan ni, kalau tak hijooo jer air dia!! Adalah dlm anggaran 80 ekor yang ditangkap dan disiangkan. Banyaknyer!!

Ikan yang dah siang tu En Zulfaka marinate 1 ari. Besok gengbstaf lelaki deal nak bakar2 kat sebelah kolam ikan tu. Geng bengkel kimpalan belanja jamu nasi lemak. Fuiyoo. Tak sabor nak tunggu besok :p


Besok kemudian,  pukul 9 pagi acara bakar ikan pun start. Nasi lemak dah siap sampai.

Diorang setup api untuk bakar ikan2 talapia. 

Siap bentang tikar, macam piknik pulak yek 



Yang kaum ibu2 dah start menbantai makanan dulu hehe.
Kitorang tak buat apa2 pun, semua geng lelaki yang setup. Bagus kan hehehe.

Makan2, sila2!!Aku pulak sebuk snap gambar sana sini hehehe. Orang tak ramai pun sebab diorang ada start cuti sempena Tahun Baru Cina.


Kak Ina tunjuk skill kupas buah mangga guna pisau rambo!!


Ikan dah siap dibakar, kaum ibu makan berjemaah hehe

Ikan talapia bakar cicah dengan air asam, perghhh!!!

Sila2, makan2... aku pun sebuk snap gambar2 gitew hahhaa


Ikan2 memang banyak, last2 diorang suruh amik pinggan sendiri pilih nak makan ikan mana. Sebab banyak sangat. Aku pun makan lepas 2 ekor, lepas tu boleh dah. Sendat perutku T_T



Tuesday, February 17, 2015

Balik Kampung kat Changkat Jering

Hari Jumaat, aku dan husband amik cuti sehari. Dah bagitau mualimah PASTI siap2 yang Jumaat budak2 tak datang sebab nak balik kampung kat Taiping. Bangun pagi kemas2 baju jam 10.30 pagi baru gerak keluar rumah :/  Husband plan nak keluar pukul 8 pagi, ceh!!

Singgah di RnR Seremban, terus makan nasilah. Tak payah nak berenti2 lagi lepas tu. Nanti solat zuhur kat Rawang pulak.

Cuaca panas!

Sampai2 je, Qaireen cakap nak makan nasi!


Ok, Makan tengahari terus.... 

Eceh ceh request air ribena, pastu nak sorok2 dari aku. 

Sampai kampung dalam pukul 4.30petang. Lepas tu rehat sekejap dalam rumah, anak2 sibuk nak keluar tengok halaman rumah opah. Husband nak bagi budak2 rasa air kelapa muda fresh petik dari pokok kelapa depan rumah.

Keciknya kelapa yg dipetik!hehe tu ayah dia yg petik. 



Best Qaireen minum air kelapa fresh dari pokok, sebelum ni beli kat pasar malam jek. Tapi mesti sejuk sebab dah campur ais. 



pakcik Abu tolong jolok kelapa muda, husband jolok2 tak dapat jer hehehe.

Mak masih gagah lagi kupas kelapa, nak buat tempek nyiur pagi besok. 

Mak petik buah kelapa muda tak tau macamna alih2 keluar dari semak bawa 2 bijik kelapa muda bagi husband hehehe..


Besok pagi Umar sibuk mengutip buah pinang yang berterabur gugur depan dan belakang rumah opah. Riuh mulut dia masa kutip, sibuk tarik aku tengok buah pinang yang dia kutip.


Hm, banyak juga buah pinang yang dikutip Umar, abis penuh kat baju yang dikendung. 


Banyak buah pinang mak dapat untuk jual. Sekarang proses keringlan selepas dikopek dari kulitnya. Sekarang ni kalau jual 1kg boleh dpt rm4.00. 

Husband tunjukkan pada Umar dan Qaireen macamna nak kopek biji buah pinang dari kulit dia. Kena jemur kering2 supaya isi dia lekang dari kulit, batu senang nk kopek. 


"Dulu ayah amik upah dengan Tok Jah (nenek husband) kopek buah pinang ni dapatlah 20 sen"...celoteh husband kat bebudak ni :)

Mana buah pinang yang dah betul kering, Qaireen tolong kutip dan isi balik dalam kotak


Dalam 10 pagi tu, kami ke Terong. Mandi air sungai di sana. Jernih dan sejuk air sungai pagi2 tu...


Umar dok kalut nangis sebab air sejuk sangat huhuhu. Qaireen steady jek, suka dia main air.

Hehe dah ok sikit... Tu pun tak bagi aku duk jauh2 dari dia

Ayah dia pun sibuk berenang jugak. Jadi bot hahaha


Marah Umar tak bagi ayah dia dekat2 datang takut kena simbah air sejuk :P

Dekat sejam mandi pastu balik, bibir pun dah biru pucat. Sejuk!!!

Itulah antara aktiviti aku sekeluarga kalau balik kampung kat Perak. Sebab sekejap je, kami tak ke mana2 pun. Hanya jejalan sekitar kampung je, lawat keluarga abang Lan, abang husband sebab anak dia baru bertunang minggu lepas. 

Besok tu pagi Ahad lepas sarapan, kami bertolak balik ke Seremban. 


Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...