Arwah atuk aku pindah ke Banting dari Klang sejak tahun 1996 kalau tak silap. Tanah yang dia beli masa berkhidmat sebagai anggota polis dulu diusahakan menjadi kebun yang ada pokok durian, manggis, rambutan dan cempedak. Sebenarnya aku lebih ingat memori kami kecik2 dulu di Klang sebelum atuk pindah ke Banting. Cuma dah pindah Banting ni aku dah besar panjang dah.
Arwah atuk ada buat pondok ni untuk dia bermalam dan simpan barang2 dia sebelum rumah baru siap atas tanah tu.
Cuma yang kurang seronok, nak masuk ke kebun terpaksa menempuh dalam kebun sawit orang lain. Dan masuk ke dalam sangat jauh dari jalan utama T_T. Jadi setelah atuk meninggal dunia (al fatihah untuk atuk), adalah sekejap keluarga adik mak aku tinggal dan jaga rumah atuk. Tapi biasalah kalau husband dia kerja, yang tinggal hanya orang pompuan sahaja dan anak2 dia, jadi tak secure. Dah lah jauh ke dalam, takde sapa2 jiran disekeliling tu huhuhu. Kot2 apa2 yang berlaku nak jerit mintak tolong kat sapa kan. Last2 dia pun pindah keluar bila rumah dia dah siap. sekarang Pk Usu yang tinggal jaga rumah ni.
Arwah atuk ada buat pondok ni untuk dia bermalam dan simpan barang2 dia sebelum rumah baru siap atas tanah tu.
Jalan masuk lebih kurang dalam 500 meter dari jalan besar.
Pernah sekali balik waktu malam, ada pokok tumbang melintang tengah jalan ni huhuhu. Pergh dah ler golap.
Cuma yang kurang seronok, nak masuk ke kebun terpaksa menempuh dalam kebun sawit orang lain. Dan masuk ke dalam sangat jauh dari jalan utama T_T. Jadi setelah atuk meninggal dunia (al fatihah untuk atuk), adalah sekejap keluarga adik mak aku tinggal dan jaga rumah atuk. Tapi biasalah kalau husband dia kerja, yang tinggal hanya orang pompuan sahaja dan anak2 dia, jadi tak secure. Dah lah jauh ke dalam, takde sapa2 jiran disekeliling tu huhuhu. Kot2 apa2 yang berlaku nak jerit mintak tolong kat sapa kan. Last2 dia pun pindah keluar bila rumah dia dah siap. sekarang Pk Usu yang tinggal jaga rumah ni.
Sampai2 rumah atuk, diorang tengah punggah kemaskan pinggan mangkuk arwah wan.
Tolong basuh pinggan mangkuk tu, lepas ni nak sedekahkan pada rumah anak yatim. (Al-Fatihah untuk Wan).
Perah limau bagi wangi dan berkilat sikit pinggan mangkuk, dah lama sangat berhabuk tak berusik.
Banyak barang2 dalam ni, periuk besar2 pun ada dalam ni. Kami basuh untuk wakafkan ke surau dan masjid nanti.
Pokok2 durian yang atuk tanam untuk anak cucu dia dapat merasa makan.
Dulu kat sini ada Mak Lang ternak ayam dan itik. Tapi sejak dah berusia, Mak Lang dah tak larat nak bela. Dirobohkan reben dan tanah pun dah diratakan.
Sebelah pondok kayu tu, atuk buat rumah besar. Ada 5 bilik, dan 1 bilik stor untuk letak barang2 projek jus limau mak Lang dan Pak Anjang.
Ada pokok manggis dan pokok rambutan
Pokok cempedak pun ada.
Banyak pokok durian yang ditanam oleh arwah atuk. ada juga tanam sebelah rumah, sampai jadi besar giler pokok tu. Last2 kena tebang sebab takut tumbang ke arah rumah.
Kawasan kebun memang kemas dan terjaga, setiap bulan adik beradik mak datang bersihkan dan racun rumpai yang tumbuh.
Ada ladang limau kasturi, kalau petik penuh berbaldi2. Ni projek Mak Lang dan Pak Anjang untuk buat jeruk limau dan jus asam boi. Diorang buat projek ni since Mak Lang stop terus bela ayam dan itik.
Dulu ada buat projek kandang kambing, tapi tak menjadi sebab kena penyakit dan banyak mati.
Dari pandangan ladang limau ke rumah atuk...
Ilhan tidur je kat dalam, ramai sepupu dia ada tolong tengokkan.
Main mesin jahir Uwan, dah lama rosak. Nak kena lupus.
Qaireen dan Umar main kat luar, pusing2 kat laman moyang dia hehehe.
Uii banyak giler pingganmangkuk, yang jenis yang fesyen lama punya. Tunggu pinggan kering lepas tu kemas dan hantar ke masjid.
Pasu bunga ni aku amik, buang tanah dia dan basuh. Boleh tanam pokok kemboja kat rumah tu.
Dekat pukul 7 baru selesai kemaskan semua. Pergi ke rumah Mak Teh untuk tumpang mandi sebab rumah atuk dah ramai orang, nanti berebut2 bilik air. Last kot aku dapat tengok tempat ni, sebab bulan April ni tanah akan bertukar milik ke orang lain. Adik beradik mak berpakat untuk jualkan tanah ni dan wakafkan hasil jualan kepada orang tua mereka. Ada juga sumbangkan sedikit untuk membantu adik beradik mak yang memerlukan.
No comments:
Post a Comment