Balik kerja semalam, dapat wassap dari cikgu Qaireen,
Masuk ke website ini ;
https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/menu.php
Kemudian masukkan no IC anak ke dalam sistem. Pilih tahun semasa dan sekolah rendah atau sekolah menengah. Kemudian tekan 'SEMAK LAPORAN'. Akan keluar paparan nama anak kita dengan sekolah dia.
Pilih nak tengok Ujian 1, atau peperiksaan pertengahan tahun atau akhir. Kemudian pilih paparan slip keputusan. Keputusan akan dijanakan dalam bentuk pdf.
Akan keluar slip keputusan peperiksaan yang dah upload oleh guru kelas mereka.
Bila tengok result, wah nampaknya bagus pencapaian Qaireen walaupun aku kesian kat dia - hari2 dia kena siapkan kerja rumah yang cikgu bagi (letih wei....). Cikgu ni memang tak bagi chance langsung murid nak rehat2 agaknya. Tapi silibus masa dia sekolah PASTi lagi dahsyat kalau nak compare sekarang di sekolah rendah. Lagi tough dan mencabar, hmm kalau aku jadi macam dia confirm aku nangis T_T. Tahniah anak ku, Qaireen Shafiyyah. Ibu bangga dan kesian dengan kamu hehehe.
Semakan keputusan akhir tahun sekolah agama kg melayu pandan
ReplyDelete