Sunday, March 27, 2016

Balik Perak

Citer seminggu lepas huhuhu. Lambat update weh. Sebenarnya cuti sekolah seminggu, jadi memang plan nak bawak anak2 balik ke kampung, tapi kami terlibat pulak dengan aktiviti konvokesyen. Tunggu settle konvokesyen selama empat hari, maka hari Khamis 17 Mac 2016, waktu pagi tu kami bertolak balik dari Seremban. Kitrang bertolak dalam jam 9 pagi.

Budak baik, tak banyak meragam bila jalan jauh... 

Pilot excited nak balik kampung keh keh keh. 

Tengahari dah kat Ipoh, singgah jap untuk makan tengahari. Cuaca pulak sesangat lah panas T_T


Lama tak masuk Ipoh, walaupun selalu lalu sini bila balik Perak. InshaAllah lepas ni kalau ada masa nak singgah jejalan kat sini pulak. 

Ilhan dengan opah. Pakai singlet jer, sebab cuaca kemarau dan panas. 

Bila panas, malam2 pun minum ais. Makan aiskrim yang opah buat hehehe. 

Berebut2...

Kalau siang pun tak berbaju lah jawabnya, panas sesangat. Siap pergi mandi sungai kat Pecah Batu, Trong. Sorry gambor takde. Sibuk tengok anak2 mandi sungai. 

Hari Sabtu, selepas Asar baru gerak balik ke Seremban. Sebab nak elak cuaca terlalu bahang dan panas. agaknya dah beberapa kali aku tulis 'panas' dalam entri ni (nak menunjukkan cuaca kemarau ler sesangat). 

Sampai umah pun dah pukul 10 lebih.. Singgah makan kat S2 sebelum balik. Mujur ler trafik lancar walaupun kereta banyak maklum lah dah hujung cuti sekolah. 





No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...