Wednesday, December 20, 2017

Good Bye my Tab


Tab ni selalunya aku bukak banyak youtube untuk buat exercise dan work out. Petang semalam, tengah2 buat senaman bicycle crunches, tetiba Umar datang dan tengok aku exercise.

Apa kejadah bicycle crunches ni? dia macam gambar kat atas tu hah!

Pastu dia tengok kat tab. Sibuk dia bagitau, "Ibu buat salah lah, dalam tab ni tunjuk lain"... Takpe biar jelah, aku tak nampak pun. Tapi Umar sibuk nak angkat tab tu dan tunjuk kat aku yang sedang buzy ber'cycle' tu. Sekali dia angkat terus terlepas, PAP!! Tab terhempas atas lantai... Terus aku berhenti, aduiiiii.

Cepat-cepat dia angkat dan tengok tab tu balik. "Bak sini' aku mintak kat Umar. "Eh, kejap2!" Umar kalut tak nak bagi. Bila dia cakap macam tu, aku dah agak dah. Tab aku confirm dah jahanam dah T_T.

Aku halau dia suruh pergi mandi sebab nak masuk waktu maghrib. Aku check balik tab, betullah rosak. Dan tak boleh nak kata apa. Rasa ada air menitik2 kat muka aku. Aku ingat peluh menitik, rupa2nya air mata aku sob sob sob. Sedih woooo aku sayang barang2 aku, aku jaga elok. Beli tab ni hujung tahun 2012, harga pun boleh tahan RM1500.

Akhirnya dah rosak dah. Banyak jasa tab ni, tolong aku close deal masa buat business part time dengan customer tupperware dan Hai O. Dan hampir 30 peratus blog ni aku update guna pakai tab ni.


Throw back. Budak2 kalau boring nak menunggu lama, aku bagi kelonggaran diorang main tab. 


Nak hantar repair tak tau lah berapa agaknya diorang akan charge. Lagipun usia tab ni dah lima tahun, tak tau ler diorang nak repair ke tak hehehe. Barang lama kan. Nak beli baru tak akan punya, baik aku ganti smartphone aku yang lama tu kui kui kui. 

Gambar dah tak keluar apa dah, jadi macam bengong tab ni.

So good bye my tab, terima kasih atas segala jasa2 mu. Tinggal kenangan dah..




Sunday, December 17, 2017

Kelas Renang Anak-anak

Disebabkan cuti sekolah tapi kami ibu dan ayah pula bekerja, maka anak2 kena stay kat Taska PoliPD. Kesian juga kat anak2 confirm boring nak tunggu kami balik dari kerja. Mujur cikgu taska, Teacher Ida anjurkan kelas renang selama seminggu di PD Golf Resort. Bayaran adalah RM100 per pax. Cikgu nak lima orang sahaja.  Bagus juga kelas renang ni, Rasulullah SAW menggalakkan mengajar anak2 kita berenang selain memanah dan menunggang kuda. 

Jadi aku daftarlah Qaireen dan Umar untuk kelas tersebut. Rasanya diorang teruja bila cakap kena belajar berenang, tak sabar nak mandi kolam keh keh keh. Aku harap diorang dapat lawan rasa takut nak mandi kolam atau air terutama Umar. 

Umar memang takut nak mandi kolam, lebih2 lagi kalau kolam dalam sikit. Amik masa nak masuk dalam air. Mandi ke tepi tangga jer huhuhu.

Hari pertama, belajar teknik bernafas dalam air. Sambil membina self confidence ketika berada di dalam air. 




Kemudian sesi seterusnya belajar mengapungkan diri di dalam air. 

Belajar dan belajar sampai berjaya. 


Belajar mengerakkan kaki, ayunkan kaki di dalam air. 

Kena mengapungkan diri (dibantu surfboard) dan berenang merentasi di dalam kolam. 



Cikgu check dan ajar cara ayunan kaki yang betul. 

Ayun sampai terpercik2 air kolam. Kaki kena kuat, kalau cramp (kejang) abislah...

 Hari ketiga, aku datang amik diorang, Qairen dah pandai menyelam sambil berenang.

 Semput juga bak hang!!

Umar masih lagi main2 juga, suruh menyelam masih agak takut sikit. 


Kelas dah abis, jadi cikgu bagi berenang sampai mahir. Tapi jenuh aku nak suruh diorang naik, bilas badan dan salin baju. Seronok sangat mandi kolam. 

Pagi ni last day, aku tak tau apa citer lagi. Tapi hari ni belajar di kolam dalam. Umar cakap tak nak pergi... Takut. Beriya2 aku pujuk suruh pergi, rugi. Ye memang cuak kan kalau kita masuk kolam tapi kaki kita tak sampai cecah dasar dia T_T. Qaireen cakap Umar menangis masih kena training dalam kolam dewasa. Takut ler tu...



Hari last day, teacher hantar gambar. 

Oklah, kira anak2 bagi kerjasama kat cikgu dia untuk ikut arahan dia. Harap2 lepas ni anak2 berani dan pandai berenang sikit pun kira oklah. Seterusnya kena banyakkan praktik. Jadi kena banyak ler kali kita bawa diorang mandi kolam untuk jadi lebih terer kan, iye tak !! Haha harap kami pun ada masa untuk bawa diorang mandi kolam ni. Nak bayar keahlian kelab kat Sendayan pun nak fikir dua tiga kali keh keh keh. Mahal doh, lebih RM1k setahun. Fuh maunyer kena mandi kolam tiap2 minggu. Rugi jer. Mandi laut jelah jawabnya :)




Friday, December 8, 2017

Buat Cottage Pie Homemade


Rasanya aku suka buat masakan barat sebab satu hidangan ianya lengkap mengandungi nutrisi yang diperlukan oleh anak2. Cukup carbo, protien, serat seperti sayuran dan buahan. Sherperd pie guna daging kambing, dan cottage pie kita guna meat- daging lembu. So ini kali ketiga aku buat sebab anak2 dan husband suka makan. 

Cottage/ sherperd pie ni ada dua lapis. Lapisan atas topping dia ialah mashed potato dan lapisan kedua adalah daging kisar yang dimasak. 

Contoh daging kisar yang segar.

So yang pertama kita buat dulu daging dia. Bahan utama dia mestilah daging cincang. Aku pilih daging lembu. Kalau boleh daging kisar yang fresh (selalu ada jual di Mydin atau Giant) bukan yang frozen macam daging hambuger ker atau jenama Ramly. Tak mau. No! No! No! Sebab daging proses macam tu ada banyak lemak2 yang tak bagus untuk badan kita ye. Stay healthy ok!!


Ramuan2 utama dia. 
Sayur aku letak tomato, cendawan, lobak dan daun saderi. 

Bawang holland besar sebiji-cincang

Tomato cincang - 2 biji saiz kecil

Daging cincang 1kg

Panaskan minyak dalam pan. Tumis bawang holland yang dah cincang sehingga naik bau.

Kemudian masukkkan daging cincang. Masak sehingga berubah warna seperti di atas.

Masukkan tepung gandum dalam 2 sudu besar. Tak nak bagi daging ni berair. 

Kemudian aku tambah sedikit serbuk cajun. nak bagi spicy sikit ikut tekak kita orang Melayu. Nak jugak bubuh je cili dalam tu tapi anak takut tak makan kalau pedas benor karang.

Masukkan secubit mix herbs. Nak letak oregano ker, rosemary ker, bay leaf pun boleh sebab nak bagi bau wangi. Jangan kau letak daun pandan sudah!!

Kemudian campurkan lobak merah cincang, ni nak ada elemen sayuran dalam hidangan. Baru lengkap kan!!

Ok aku guna tomato puri jenama prego. Ni pun sos spagegeti tomato sebab stok ni je ada kat rumah. Pernah guna cap kimball tapi tak sedap macam Prego. Kimball lagi masam mencuka eh? hehehe 

Lepas tu baru letak cendawan, tomato dan daun saderi. Kacau2 . Perasakan dengan garam dan gula ikut anak tekak korang. Bila dah mengelegak baru tutup api. 

Tadaaa, dah siap dah daging sos dia ni utk base pie kita. 
Kalau korang tengok terlalu banyak air, berkuah sangat tambahlah lagi tepung gandum bagi pekat dan masak dalam beberapa minit lagi. 

Ok dah sudah buat daging dia kita buat utk topping pie pulak, butter mashed potato!!

8 biji ubi kentang yang dah siap direbus, potong kecil sebelum rebus supaya cepat empuk.

Ok kita letak butter (aku potong dalam suku) dan lenyekkan sekali dengan kentang2 ni. 

Tabur cajun, serbuk lada hitam dan garam. 

Ambil setengah cawan susu segar (ikutkan kena guna susu full cream). 
Pecahkan telur sebijik dan kacau sehingga sebati. 

Masukkan campuran susu dan telur tu dalam kentang butter yang siap dilenyekkan tadi.

Ok, gaul supaya semua rasa sebati. Rasa ok ker tak rasa masin, pedas dan lemak dia hehehe.
ok siap dah kerja kedua ni!!

Lepas tu ratakan sos daging tadi dalam tray. Aku buat banyak jadi dapat satu tray besar, satu tray kecik. Takpe ni confirm aku anak beranak akan habis makan punya hua hua hau!!
Ketinggian layer daging ni dalam 1 inci. 

Lepas tu letakkan satu senduk demi satu senduk mashed potato tadi atas layer daging ni. Pap! PAp! Pap! Hahaha.. 

Lepas tu guna garfu untuk ratakan layer kentang ni. Jangan gunakan senduk pulak. Pelan2 buat bagi mashed potato tu sama rata melitupi semua ruang. 

Guna garfu ni bukan apa, senang kita nak ratakan. Lagi satu garfu ni akan bagi corak atas pie kita ni. Jadi nampak macam versatile ler sikit kan. Kalau nak lagi cantik korang pecahkan telur kuning dan sapu ratakan atas layer kentang ni. Baru nampak lagi marvelous gitew hah!!

Dah sudah apalagi kita bakar! kita bakar!!
Suhu 180 darjah celcius. 
Masa 30 minit.

Ok, done!! Jadilah cottage pie ala2 tekak melayu..
Fulamak, mengoda...
Sejukkan dulu dalam 10 ke 20 minit sebelum makan. Kang melecur mulut tu nanti. 

Potong ler elok2 dan suapkan ke dalam mulut anda. Anda akan merasakan pie ni mencair di dalm mulut itu. Fuhhh ayat.

Oklah, selamat mencuba. Aku bagi link video kat bawah. Lagi senang tutorial dia. Kah.



Sunday, November 12, 2017

Jalan-jalan di Pusat Sains dan KLCC

Ikutkan kami pergi berjalan masa bulan lepas sehari sebelum cuti Deepavali. Kira aku lambat update sikit. Bawalah anak2 ni pergi berjalan ke tempat yang ilmiah sikit. Boleh tengok sebanyak sikit tentang sains dalam kehidupan. Maka kitorang pun pergilah ke Pusat Sains di KL tu.

Sampai dalam jam 11.00 pagi. Dah siap2 sarapan kat Seremban dulu. Masuk adalah percuma jer. Jimat kan!! Ahahaha, wajib bawak anak2 yang bersekolah ke sini. Banyak benda interaktif yang mereka boleh cuba tau...

 Mula2 sampai kat pintu masuk je ada satu aquarium yang sangat besar, ada banyak jenis ikan berenang dalam tu. Memang budak2 suka tengok terutama Ilhan :)

 Ke dalam lagi keadaan gelap sedikit sebab lebih kepada kaitan pencahayaan dan electricity. Macam gambar kat atas ni boleh lihat bagaimana tenaga eletrik dibekalkan kepada urbun city. 

 Jadi nakbagi bercahaya satu bandar tu kena pam banyak kali generator kat situ. Bersungguh Qaireen mengepam supaya all the city bercahaya2 hehehe. 

 Yeahh, boboi boy kuasa tujuh!!

 Kusyuk baca arahan sebelum mencuba.

Cuit2 terus menyala. 

Ilhan pun nak try jugak.

Permainan interaktif, pijak2 kat paparan untuk hapuskan musuh. Macam main game kat handphone jer. . 

Pembelajaran khiesthetic. 


Lepas tu Qaireen dan Umar bersemangat nak naik train dalam tu. Punyalah beratur nak bawak train.

Tapi nak gerak ke hadapan dan belakang kena kayuh sendiri. Hahaha jenuh ler nak tolak tarik kena guna tenaga yang kuat. Roda dia pun bukan bulat, tapi segiempat!! Budak2 ni tak larik nak kayuh dah separuh jalan. Last2 petugas tu yang tolong tolak patah balik ke belakang. 


KAt luar ada pertunjukan ilmu sains, boleh duduk dah tengok show ni sampai habis. Masa pertunjukan dalam 11.30 pagi time ni.


Kagum pulak tengok alat muzik mengunakan tenaga. 

Main piano, yang ni tak petik guna jari. Tapi guna kaki  kui kui kui


Umar sibuk nak main kren dari tadi. Last2 dapat giliran terus cuba gunakan kren angkat barang2 di lantai. Tapi Ilhan pun sibuk juga nak guna sama.

Ahh lambat! Biar saya je angkat dan alihkan senang hahaha!!


Cuba cari frekunsi bunyi.

Mencuba sistem solar untuk gerakkan kipas kapal terbang mainan.

Bila kena cahaya kipas dia berpusing laju... 


Qaireen cuba kayuh untuk gerakkan kipas dan boleh berpusing, tapi berat sebab Umar sibuk nak bergayut di belakang hahaha. 

Bagi kat Umar, dia tak larat nak kayuh. Tak bergerak sangat kipas dia T_T

Yang ni main tenaga angin pulak, bola2 tu naik bila ada angin keluar daripada bawah. Tu dia, ternganga mulut Qaireen tengok bola angin ni 

Yang ni macam mana nak tukar tenaga kinetik kepada tenaga cahaya pula. Tapi kena kayuh ler basikal tu laju2 baru lampu menyala. Terkial2 Umar nak kayuh laju2 huhuhu.

Sekali ayah kayuh terus menyala lampu terang benderang!! Boleh ler guna benda ni kalau blackout kat rumah kan... Rumah terang, badan pun jadi kuruih.. 2 in 1 tu kui kui kui

Kami abis pusing melawat dalam jam 1.30 tengahari. Lepas tu makan tengahari kat kafe dia jer. Solat Zuhur kat tingkat atas Pusat Sains. Lepas solat dalam kereta husband kita nak ke mana selepas ni?? Jam dah 2.00 petang. Jom kita gi Muzium Negara nak?? Saja aku ajak2 ayam sebab tau Umar confirm tak mau. " Muzium? Tak nak lah ibu" Umar tak mau kui kui kui. Penakut dia. 

"Abis tu nak kemana?"
"Jalan KLCC ibu!!"
Hah???!!

OO oklah... moh ler kita ke KLCC. Confirm sesat hahaha. So perjalanan yang sepatutnya beberapa minit dah jadi drag sampai sejam pasal tersasau tersesat jalan hahaha.

Akhirnya!! Fuhhh rasa lega bila dah jumpa bangunan kembar dua ni hahaha. 

Jejalan di Suria KLCC. Umar ajak naik atas, nak lalu bridge dia. Tapi aku rasa sebab kita tak plan nak pergi sini mesti tiket nak masuk tu dah habis, lagilah waktu dah petang macam ni. Tiket selalunya habis sebab ditempah awal. Ala jalan2 kat taman dia ok jugak kan. 

My sweethearts (\/)

Peace yoh v('-')v

Jom kita jalan2, naik tangga. Ilhan kena ikut jalan bawah sebab pakai stroller.

Dapat bergambar dengan bangunan KLCC pun jadilah. Nanti lain kali ada rezeki kita jalan2 dalam bridge dia pulak yek.

Yeah akhirnya sampai. Kira dah berapa kali datang tapi sesat je dalam KL ni. 

Jalan2 rasa lapar balik, dah jom kita makan pulak!! Kitorang pergi ke food court kat level atas Suria KLCC. 

Anak2 dan husband pilih makan yee mee sizling.

Aku pilih makan char kiew tiew. Kenyang lagi pasal dah makan nasi tengahari tadi. 

Makan tauhu bakar. Tapi kurang sebab rasa manis sangat pulak, pedas kurang.

Dah selesai makan rehat jap. Nak tunggu untuk solat Asar pulak. 

Gilir2 dengan husband solat Asar, bagi anak2 main jap kat level bawah KLCC.

Kebetulan jam dah 5.00 petang berderu2 kakitangan Pertronas Twin Tower turun balik kerja. Aiseh tunggu kejap bagi lepas semua orang balik kerja kalau tak sangkut dalam jem pulak. Pukul 6 petang baru gerak balik ke Seremban, Alhamdulilah perjalanan lancar. Oklah jalan2 yang dekat sahaja yang penting anak2 rasa seronok pun dah kira cukup untuk ibu dan ayah. 



Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...