Thursday, June 27, 2019

Kenduri kahwin kat BizMilla

Sabtu lepas 22 hb Jun ada kenduri kahwin anak saudara kepada bapa saudara kami (eh betul kan, ye kot) di One Point, Putra Height. Lokasi Bizmilla City Hall.  Fuhhhhh dahsyat.......

Konsep Garden......pelamin dia 

Canteeekkk....

Kosong lagi???
pasal kitorang orang yang pertama sampai hehehe sbb datang awal nak sampaikan kuih2 yang Mak Wah dah buat untuk majlis ni. Lagipun nak elakkan jem yang hangittttt huhuhu.
Alhamdulilah perjalanan lancar, dari Banting jam 10.00 pagi sampai jam 10.50 pagi. 


Sampai2 kita makan ler dulu... Tenang je kan makan orang tak ramai (takde pun...)

Qaireen makan daging masak hitam Bizmilla. Sedap.........!!

Bismillah, makan2...

Umar pun sama, sedap daging tu. Tambah lagi. Makan dengan Adam dan Afiq.

Paling mencabar nak amik gambar budak2 ni sebab bukan nak tengok kamera dan duduk diam..

Kena amik gambar spontan kot. 

Payah nak tengok kamera ek... hmmmm 

Hah gambar mak dengan mak Lang, kakak atas mak. 

Say cheesssss. 

Ilhan sibuk tengok DIDI dan kawan2 nyer

Disebabkan hari tu juga hari ulang tahun perkahwinan kami yg ke 12 tahun, maka kita pun tumpang juga amik aura kat atas pelamin ni ahahahha. 

Selamat Ulangtahun ke 12
Hamdan & Hasny
Semoga bahagia dan ceria bersama hingga ke jannah. 







Wednesday, June 26, 2019

Selamat Hari Jadi Umar ke 9

HAri jadi Umar jatuh 18 Jun 2019 yang lepas. Memandangkan hari tu di bulan posa Ramadhan jadi kita celebrate malam jela lepas berbuka dan budak2 abis kelas mengaji. Nk makan?? Dia request pizza atau KFC. Tapi sebab KFC dekat lagi dgn rumah dia setuju jer. Sbb nak chezzy wedges punya pasal. Giler kentang :))).

Saya dah 9 tahun tau!! 
Hm yela.... 

Best kan Qaireen pun boleh tumpang KFC sekali hehehe. 4 kali hari jadi, 4 kali juga kita boleh makan KFC bahahaha.

Nak amik gambar pun malu2 aiiiiii...

Muka ibu dan anak ahaha. 

Kan, first sekali dia hadap dan makan ialah chezzy wedges. Sekotak tu khas utk dia sahajaaa.
Lepas tu tak sentuh makan ayam dah kenyang, sabor jela. 

Qaireen macam biasa ayam dan kentang memang favourite dia. 

Ilhan suka makan kentang putar. Kesimpulannya anak2 dengan KFC memang tak boleh dipisahkan yeee





Monday, June 24, 2019

Suasana Puasa dan Raya 2019 -1440H

Puasa dah abis dah berlalu... Aku baru terhenggeh2 nak update, sebab tu entry ni puasa dan raya sekali kui kui kui. Pasal raya tak abis lagi tau.. Ni masa shopping beli kerepek kat Parit Lapis Laman, Batu Pahat. 

Beratur nak bayar kuih dan kerepek. Sekali borong total RM102.00 sahaja... Murah! Murah Murah!!

Kuih toksah citer, berlambak wei.... Ko nak rasa apa, bentuk apa, banyak mana semua ada kat sini hah!!

Dah macam pasar borong, sebab sini ramai orang hantar untuk dijual. 

Stok kerepek2 untuk dijual. Ya Batu Pahat dan negeri Johor ni syurga kerepek ye bagi orang yang bukan johorian... 

Stok raya dah ready weii...

Ilhan tanya mana Nasi Arabnyer ibu?? Ceh tak puasa sibuk nak makan ye :)))

Yang ni masa nak buka puasa, beli nasi Arab Damsyik. Dah hujung2 nak abis puasa mula rasa malas nak masak teringin nak makan masakan Arab (tapi orang Malaysia masak) pulak dak hahaha. 

Pergh beratur tunggu giliran wei... 

Tahun ni kami beraya di Perak dulu, jadi plan balik awal 3 hari sebelum Hari Raya. Bertolak jam 10.00 malam, husband nak drive waktu malam sebab boleh makan dan minum kan.... Banyak juga berhenti sebab tak tau nak buat apa duk lelama dalam kete. 

Berhenti kat Tapah pulak, perkena kopi dan char kiew tiew dulu. Sahur siap2 ngeh ngeh ngeh. Budak2 ni boleh tahan tak tidur langsung. 

Wah terus segar bulat mata dapat kopi kan!! Hahaha walau jam dah pukul 1-2 pagi, RnR tetap meriah ramai orang dan kereta. Kami sampai Taiping dalam jam 3.00 pagi ++. 


Pagi raya, marilah kita bersalam salaman memohon maaf di antara satu sama lain... Syahdunya.............




Beraya bersama mak dan ayah di Perak. 

Inilah keluarga kecil kami... Tema warna hmm buah peach cicah belacan kot.. 

Gambar ni menunjukkan tak sampai suku jer cucu2 yang kebetulan ada di situ, ada ramai lagi ni. Kalau masuk memang tak muat gambar nk ambil huhuhu. 

Ibu, nak duit raya!!!

Ok2, sila beratur elok2. Hari ni pakcik Dan bermurah hati nak sedekah duit raya ye... 

Cucu sedara yang pertama ni, boleh panggil pakcik Tok Dan dah lepas ni.. 

Pengantin lama ni... bukan sampai antik lagi kah kah kah.!! Beraya kat rumah adik-beradik husband je pada hari raya Pertama. Satu hari dah abis pusing selesai beraya di Taiping. 


HAri Raya Kedua pulak, diorang plan nak makan nasi tomato .

Inilah muka2 chef yang terlibat aktiviti masak memasak aritu, aku tukang ambil gambar jer.. 

Wah dia masak, dia yang kata best??! Boleh gitew.....

Masak ayam goreng jer?? Belum, ayam ni belum dimerahkan lagi hehehe. 

Yang anak2 nyer mana, ya Rabbi pengsan tak sedar diri. Penangan penat beraya kan... 


Yeah  belum terlambat nak ucap SELAMAT HARI RAYA 2019 semua... 


Sunday, June 23, 2019

Projek kelas English Umar

Tahun ni ada kelainan sedikit dalam persekolahan. Sebab tahap 1 iaitu darjah 1,2 dan 3 tidak ada peperiksaan atau ujian pertengahan dan akhir tahun. Jadi banyak diisikan dengan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan untuk memupuk kreativiti pelajar kot? Ntahlah aku pun tak pasti hala tuju sebab ibu bapa tiada diberikan penerangan pasal ni hau hau hau... Kalau ikutkan kaedah pembelajaran secara didik hibur dan berteraskan pada pelajar...

Jadi Umar darjah 3, selamatlah dia daripada peperiksaan... hehehe dia yg suka "tak payah study sebab takde periksa ye bu... "

Buat projek untuk kelas bahasa Inggeris darjah 3. 

Pilih negara di luar Malaysia dan cari semua berkaitan cuaca, pakaian, budaya, life style yang ada kena mengena pasal negara tu lah.. 

Memandangkan bulan posa, dan Jejak Rasul paparkan siri di Mesir maka Si Umar ni pun berkenan nak citer pasal negara Mesir a.k.a EGYPT. 

Aku cari google je gambar kat internet tajuk yang dia nak. Carilah seberapa mana yang ada nanti pandai2 pilih gambar yg dia suka. 

Tadaaa siap!! 
Dari gunting, susun, tampal dan tulis dia buat sendiri. Aku cuma sediakan gambar, kerja dia aku just perati dan bagi idea jer.. Barang2 semua beli kat MyDin dan DIY. 

Yarabbi budak ni selamba je tak pakai tai leher, sorry cikgu.... 

Minggu depan dia present depan kelas. Hmm kira macam tu lah lebih kurang cara pembelajaran anak2 sekarang kot kan kan kan. 






Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...