Showing posts with label part time. Show all posts
Showing posts with label part time. Show all posts

Tuesday, December 23, 2014

Bagaimana cara menjadi distributor/ ejen produk Hai O Marketing.

Ok, sebelum aku ada cerita kat sini bagaimana dikatakan perniagaan ONLINE di sini. Dan hari ini aku nak cerita macamna nak jadi ejen produk Hai O Marketing dan menjalankan perniagaan ini secara online dan part time korang....

Pertama,

Anda perlu mendaftar dahulu sebagai ahli dan mendapatkan no identiti daripada syarikat Hai O Marketing. Sebelum u'olls mula berangan2 untuk membelanjakan keuntungan perniagaan yang korang mahu, u'olls perlu MENDAFTAR dahulu!! Daftar, jangan tak daftar.

Bayaran hanya RM50 untuk pendaftaran dan kita perlu renew setiap tahun dengan RM35 (macam renew lesen memandulah lebih kurang...).

Perlu diingatkan apabila kita berdaftar dengan syarikat maka kita akan tertakluk di bawah peraturan2 Hai O Marketing Sdn. Bhd dan DSAA (Direct Selling Association of Malaysia)

Pendaftaran penting bagi memastikan syarikat akan menghantar penyata pendapatan anda setiap tahun untuk anda declare secara rasmi pendapatan yang anda perolehi dalam perniagaan anda (tak kira perniagaan dibuat secara online atau off line).

Nak daftar?? Boleh hubungi saya . Atau silakan ke website ini https://mall.hai-omarketing.com.my/become_distributor.php .

Isikan butiran peribadi anda dan letakkan code distributor anda = 621299. Saya selaku distributor tersebut akan menjadi (sponsor) upline anda dan bertanggungjawab untuk daftar serta membimbing anda dengan sebaiknya.  

UPDATE 8 JUN 2015- Rasanya bila daftar di web kat atas ni company lambat bagi f/back. Ramai yang bagitau. 

Jadi kalau korang nak daftar jadi ahli segera just whatassap Hasny 012 7597929/013 6036630 okey. 

Kedua,

Setelah mendaftar, anda perlu fax atau kirimkan satu salinan muka depan akaun bank anda ke Customer Service Hai O Marketing (fax lagi senang dan cepat!). Ini penting supaya company dapat masukkan pembayaran komisyen secara automatik kepada anda, (diorang tak hantar check yek). Isikan juga borang permohonan sistem online kepada Customer Service tersebut. Borang boleh di muat turun di laman website Hai O Marketing Sdn Bhd.

Ketiga,

Dalam beberapa hari pihak company akan memberikan maklum balas email kata laluan (password) kepada anda. Anda boleh log in no distributer dan password tersebut sebelum menukarnya mengikut kehendak anda.

Tahniah, anda dah boleh mula berniaga!! Boleh membuat pembelian dan penghantaran secara online.

Setelah log in, anda boleh mengunakan aplikasi e-commerce ini. 


Dengan aplikasi e-commerce, anda TIDAK perlu berkejar ke stokis beli barang dan poskan kepada pembeli anda. Anda hanya perlu buat marketing atau promosi secara online atau off line.


Dalam e-commerce, kita boleh track proses pembelian dan penghantaran produk tersebut. 


MUDAH KAN!! 

Jadi jangan tunggu lagi, segera berdaftar dan menjadi ejen yang sah untuk menjana pendapatan sampingan anda. Tunggu entry saya selepas ini untuk penerangan kepada downlines saya bagaimana cara untuk membuat marketing secara online!!

Contoh whatassap pemintaan secara online. 




Sebarang kemusyikilan atau pertanyaan atau pendaftaran ahli boleh hubungi,

012 7597929
013 6036630

HASNY
SENIOR SALES MANAGER
EJEN BERDAFTAR : 619518

HASDAN ENTERPRISE,
SEREMBAN, N.SEMBILAN. 


Tuesday, December 9, 2014

JOM!! Berniaga secara online! Berniaga secara part time!


Anda minat berniaga?? 
Apa yang anda faham tentang berniaga??
Tahukan anda, kajian di US apabila soal selidik kepada warganegara mereka apa yang ingin mereka lakukan jika berpeluang?? 
80% memilih : to own of a business company that employs 100 or more people!! 
Ya! Mereka ingin BERNIAGA!!

tapi....

Rata2 bila dikatakan perniagaan kita mesti terfikir :-

1) satu bangunan atau premis  yang perlu ada untuk tempat berniaga. 
2) Kemudian upah 2 atau 3 pekerja, 
3) kena ada transportation nak hantar barang ke customer,
4) Kena ada stok banyak untuk dijualkan kepada pelanggan
5) perlu mencipta dan membina satu sistem perniagaan dalam menjanakan keuntungan dan rangkaian

 dan...dan... dann macam2 lagi yang kita fikirkan yek!!


Am I an Entrepreneur??!!



Cukup, 

anda sedar sekarang anda berada di maan sekarang?? 
Ya abad ke 21, kita berada zaman teknologi a.k.a INFORMATION AGE! 

Anda ada smart phone?? 
Tab?? 
Komputer?? 

Ada internet?? 

Kalau ada. Bagus! Kerana anda sudah ada ciri2 untuk melangkah menjadi usahawan!!

Sila tonton video ni,

ONLINE MARKERTING 
vs 
TRADITIONAL MARKETING




Saya memulakan perniagaan online ketika pertengahan hujung tahun 2012, Alhamdulilah ianya membantu sedikit sebanyak dalam ekonomi keluarga saya. Jika anda mahu lihat macamana dikatakan online, saya membina pemasaran dan networking melalui internet sahaja. Tanpa perlu mengabaikan tugas hakiki dan tanggungjawab saya :)


Permintaan untuk menjadi ahli/ ejen / distributer bebas.




Promosi dan pemasaran secara online akan menarik ramai orang luar untuk menjadi usahawan secara part time :)



Kesedaran yang tinggi daripada penguna tetap untuk bertukar kepada ejen yang sebenarnya boleh menjanakan income, bukan sekadar menjadi penguna biasa sahaja. 



Penghantaran barang dengan hanya dilakukan di talian sahaja. Segala2 nyer di alam maya. :)


Bagaimana saya lakukannya??
Saya hanya perlu rajin membuat pemasaran secara online. 
Dan saya juga lakukan sesi coaching dan mentoring dalam talian juga. 
Ada juga saya tidak berjumpa downlines secara bersemuka, tapi saya akan sentiasa  keep in touch pada mereka yang BENAR-BENAR serius untuk menjadi usahawan!! 
Saya mencari pengalaman dan ilmu yang saya dapat ketika menjadi anak didik Dr. Shah Razali, Dr Azizan dan Abang Abu 'Mekanik Wang". 

TErbaik!!




Thursday, May 2, 2013

Perkara yang buat SAYA NAK BERNIAGA....

Saya banyak menerima mesej daripada kawan2 dan rakan2 saya. Kebanyakkan mereka mengajak saya membuka satu perniagaan sekian-sekian, produk jenama sekian-sekian dengan bermodalkan duit. Atau mengajak rakan-rakan yang berminat untuk menyertai perniagaan ni dan saya dan dia bertindak sebagai upline. Dan terus terang saya bukan penguna produk tersebut, tetapi mungkin keuntungan yang banyak menjadi matlamat utama. 


Tujuan mereka mengajak saya sebab mereka kata saya rajin berbisnes. 


Masalahnya saya bagitau mereka, saya bukanlah penguna produk tersebut. Masuk kedai pun tak pernah... guna produk pun tak pernah. Kalau makan2 pun saya tak pernah (saya cerewet sedikit sebab dari ingrediants, kesihatan dan status  Halal. Bukan apa, nak menjual sesuatu produk, kita mesti menjadi penguna tegar. Daripada seorang penguna saya boleh tahu kelebihan sesuatu jenama, kualiti dan nilai produk tersebut..

Keduanya saya ni tak beberapa faham  dengan plan marketing sesetengah2 perniagaan (sebab mungkin saya bukan ahli). Memanglah ada ramai staf yang jadi ahli tapi diorang tak jelas bagaimana strategi atau plan marketing dia. Sebab kebanyakkan mereka jadi untuk beli kegunaan sendiri, bukan berniaga. 

Sebab apa saya berniaga? Pertama: saya mahu jana pendapatan side income disamping makan gaji untuk membantu kewangan saya dalam pelaburan. Kedua: sebab saya penguna tegar produk tersebut. Saya faham pengunaan produk tersebut. Ketiga: saya jelas dan faham strategi pemasaran dan komisyen jualan.

Jadi perniagaan saya lebih fokus dalam Tupperware dan Hai O oleh sebab-sebab di atas.Saya akan share kebaikan produk ini kepada orang lain.

TUPPERWARE. 

Saya dah lama berhajat nak jadi ahli tupperware sebab rasa nak beli macam2 produk tupperware Kebetulan di Aeon Bukit Tinggi, Tupperware buat road show saya terus register jadi ahli. Bayar RM60.00 ( 2011) dan di situ saya berkenalan dengan Pn Kasmah. Dia sedikit sebanyak membimbing saya tentang plan marketing..

 
Kronologi penglibatan saya dari ahli biasa tetiba mencebur diri terus buat business part time. 

Daripada saya daftar ahli jadi distributer biasa perlahan-lahan sampailah naik pangkat sikit-sikit. Macamana? Saya cuma rujuk manual, belajar dari buku panduan dalam beg kit tu. Baca dan baca, memang menelaah sampai tengah malam (sungguh). Dari situ saya baru tau yang Tupperware ini guna pakai sistem MLM (multi level marketing). Macamana kira komisyen, untung runcit dan rekruit pasukan.

Memang macam mimpi, register Tupperware sekadar jadi ahli sebab nak beli bekas air je pon. Akhirnya ianya menjana pendapatan side income saya.

Ini ler barang pertama Tupperware yg pertama saya beli bila dah jadi ahli tahun 2011. Senang nak bawa air gi opis. Sampai sekarang saya bawa ke mana-mana.

 Komisyen memang tak banyak mana tetapi asalkan ia halal dan dari usaha jualan kita sendiri.


Inilah business yang membantu saya menjanakan pendapatan sampingan.


HAI-O Marketing


Penyata pendapatan menjadi distributer dan senior manager Hai O selama 5 bulan. Digunakan untuk kita bayar cukai dan laksanakan zakat.

Perniagaan Hai O saya bermula selepas saya register bayar RM50 untuk jadi ahli sebab beli korset Premium Beautiful. Akhirnya Hai -O jadi pilihan kedua saya buat side income. Mula-mula saya beli pakai sendiri. Bila produk bagus dan terbaik dua bulan lepas tu saya ambil 9 set sekaligus! Ketika ini saya sudah yakin dan berani sedikit. Empat bulan Alhamdulilah semua set abis. Saya cari rakan kongsi untuk penuhi permintaan pelanggan ketika stok sendiri sudah habis di tangan.

 


Dan setakat ni saya jual hampir 30 set, berkotak2 kolagen BB PLUS, kopi mineral, sabun dan garam buluh secara online. Produk kesihatan. dan memang semua produk itu saya gunakan seharian kecuali kolagen BB PLUS. 

 
Kenangan mengadakan road show di Borneo.

 
Business partner saya Cikgu Laila :)
Kami sentiasa menyokong antara satu sama lain

 JAdi bila berniaga sebenarnya saya belajar tentang peningkatan kendiri, membina personaliti dan keyakinan diri. Kita perlu tahu macamana nak jual produk, nak yakinkan pelanggan bahawa produk kita memang bagus sehingga pelanggan boleh terima dan keluarkan wang untuk miliki  produk tersebut. Dan itulah pengalaman berharga saya sangat2 hargai. Berniagalah untuk tujuan utama membantu orang ramai.

 Prinsip saya ketika berniaga,

1) kita perlu layan pelanggan umpama permaisuri atau raja. Sebab saya mahu pelanggan mesti gembira dan puas hati apabila membeli dengan saya, tak serik.



2) MLM bukan untuk menjana kekayaan dan kemewahan. Tetapi ianya boleh menjana pendapatan sampingan kita. Lepas tu gunalah pendapatan itu untuk buat perlaburan ASET! bukan liabiliti. Jadi bila tengok orang MLM tayang kereta baru dan hebat, berhati-hati. Kadangkala golongan ini kereta mewah tapi tayar 'botak'. Berhati-hati memilih kumpulan dan pemimpin anda. Terpulanglah masing2 punya selera.

3) Dan paling utama memang kena belajar dan belajar tentang perniagaan, sebab saya memang nothing, zero pasal perniagaan. Saya belajar buat blog, online marketing, macamana nak buat party tupperware, kelas pengenalan dan pembelajaran produk2 baru dan macam2 lagi.


Saya bekerja dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, rehat makan sembahyang, tapi business saya berjalan secara online.Jadi tak sukar sebab tak perlu nak bukak kedai. Kalau  yang suri rumah jika berniaga memang boleh sebenarnya .Jadi memang benarlah cerita DVD tu -  suri rumah boleh jadi usahawan berjaya. Tiada mustahil.

Hehe sila buat kerja macam biasa kat opis dan kelas. Amanah tu..

Saya kerap pergi seminar2, banyak membaca dan bertanya macam2 perkara. Kena ada perasaan nak belajar, banyak bertanya jadi senang pemimpin atau leader nak bimbing dan pandu kita. Dan kita perlu berdikari, nak usaha sendiri tidak mahu bergantung  pada orang lain. Dan Alhamdulilah jika ada rezeki adalah rezeki, seperti saya pernah share dahulu kat sini.


Saya buat perniagaan adalah untuk jana side income di samping berpegang teguh pada aggressive income saya (makan gaji). Bukan untuk mengejar kekayaan, tapi perlahan2 membina kekayaan dan kejayaan. Fahamilah. Semuanya perlu bermatlamat. KIta tiada kelulusan dalam perniagaan. Tiada diploma atau degree dalam perniagaan atau marketing tapi saya bersyukur.  Hidup di bawah rezeki yang diberikan Allah SWT.



Ingin tahu bagaiman untuk memulakan perniagaan sambilan??
Contact saya 

HASNY
012 7597929
013 6036630







Kursus Pengurusan Risiko 2026 || Akademi Sirim

Bila dilantik Pegawai Pengurusan Risiko (RoM) di tempat kerja, aku kena cari tempat untuk latihan untuk memahami skop tugas. Ini disebabkan ...