Tuesday, February 3, 2015

Sambut hari jadi 3 orang sekaligus!

Ni citer lama hehehe lepas dah tarikh 31 Januari 2015. Kebetulan mak dan ayah masih ada di rumah aku aritu. Dan abang aku datang 1 family hari jumaat. Sempat lagi kami pasang citer hindustan Amir Khan. Filem PK hehehe pengarah dia dulu juga director filem 3 Idiots . Husband siap pakai LCD projektor pulak tu. Aku dah masuk tidur awal, sebab masih lagi deman. Diorang tengok citer tu abis dalam pukul 2 pagi!! Pergh...


Citer lain dari filem hindustan lain.. 

Besok pukul 11, semua bergerak ke rumah saudara kat Senawang. Pagi tu dia ada buat kenduri tahlil dan doa selamat kat rumah dia. 

Pukul 200 petang balik ke rumah, pasal family mak cik dan pakcik aku nak datang rumah. Diorang tak pernah sampai lagi ke rumah. 


Singgah kat Domino Pizza di Seremban 2


Aku tak sempat nak prepare apa2 pun, memandangkan badan pun tak berapa sihat rasa malas nak masak2 hahaha. Sudahnya beli kek, dan bungkus Pizza Domino. Lagipun masing2 pun kenyang lagi makan kat kenduri tadi. 

Jemput2 makan. 


Macam pelik je tengok orang2 tua makan pizza kan hehe.


Lepas solat zuhur, pakcik2 aku dan sepupu makan dulu. Makcik2 lain dan sepupu perempuan pula solat zuhur. 


Iniler kek sambut 3 orang sekaligus. Aku dan ank aku, Qaireen kebetulan hari tu 31 Januari. Dan juga abang aku, Hardy. Dia lahir 19 Januari. 


Umar makan kek jer... Qaireen tak sempat snap gambar. Banyak juga dia makan pizza. Sedap katanya.. 

Sebenarnya Qaireen dah sambut awal hari lahir dia hari Jumaat 30 hb kat Pasti Al Fateh. Sambut beramai2 dengan anak2 Pasti yang lahir bulan Januari. 

Dah rasmi dulu makan kek tu rupanya dia :)
Semoga anak ibu ni menjadi anak yang sentiasa sihat, solehah, baik hati dan bijak di masa hadapan. Amin....



Sunday, February 1, 2015

Promote up New Director Tupperware

Alhamdulilah berakhir 31 Januari 2015, lahirlah seorang Director baru dalam team Tupperware aku, Siti Sara Abdul Rahim. Beliau mula join daftar jadi ahli Tupperware 1 Disember 2014. Beberapa hari kemudian terus register untuk cabaran rank up jadi Director Tupperware. Jadi director bermakna, komisyen dan bonus lebih besar dan luas :)

Bulan Februari, downline aku Sara dengan rank baru :)
Memang pantas, kira dalam dua bulan jadi ahli dah terus jadi Director, hebat!!

Komisyen yang dapat.. ketika Director in Challange

Aku belum bekesempatan berjumpa sara, sekadar coaching melalui whatassap... Tu pasal team Tupperware Mega Aces pelik camne aku boleh rekruit downlines tanpa pernah jumpa. YUP, SEMUANYA MELALUI ONLINE je sekarang... Hah jadi tiada mustahil, dalam online pun jadilah ahli dan terus sahut cabaran untuk jadi Director. Tahniah untuk Siti Sara. Usaha anda tidak jemu membuahkan hasil. Walaupun sarat mengandung anak sulung dan bersalin pada minggu terakhir cabaran, Sara tetap berusaha untuk mencapai ke garisan penamat. Allahu Akhbar!!.

Komisyen diraih pada bulan lepas, simpan untuk tabung pendidikan baby 


Jadi pada sesiap nak join Tupperware dan nak tau macamana nak jana side income, saya boleh ajar dan tunjukkan macamana. Yang penting usaha untuk belajar dan tidak jemu2 mencari ilmu.

Be my protege 

Hasny
012 7597929 
013 6036630

Balut buku sekolah!

Biasalah dah start minggu sekolah, banyak berlambak buku anak2 dapat. Buku latihan! Pergh banyaknyer T_T  Aku dulu sekolah tadika pun tak dapat banyak buku latihan macam ni. No wonder ler yuran mula masuk dah lebih 1k untuk dua orang anak ni.

Tengah balut dengan ayah dia, sibuk pulak Qaireen nak membaca. 

Balut dan balut..

Siap dekat pukul 1 pagi!!

Besok pagi bangun, buat sarapan nasi goreng kampung 

Singgah pergi Mydin beli barang2 dapur. Macam2 pulak stail anak2 bila bergambar selfie ni hahaha

balik rumah makan puding koktail pulak


Bercuti Di Langkawi 2025 || Part 2

Sambungan kepada hari kedua....Bercuti Langkawi tahun 2025. So macam biasa kita bangun pagi2 dan sarapan di HG hotel. Senang ambil breakfast...