Thursday, May 26, 2016

Al-kisah pembelian hartanah tanpa modal besar

Sekarang ni ramai pelabur otai hartanah seperti Tuan Faizul Ridzuan, Abang Hensem, Shafie Bustan dan Tuan Zaidi Ismail share tentang e-book "Takde Duit Boleh Beli Rumah ke?". Dalam e-book ni menceritakan bagaimana 12 pakar hartanah beli rumah tanpa perlukan modal yang besar.



Aku dengan Tuan Shafie Bustan. Masa ni baru abis sesi seminar anjuran Rohaniah Noor di Cyberjaya. 

Jadi aku kongsikan sikit pengalaman atau nak ceritakan bagaimana aku beli 1 unit di Cyberjaya dengan bermodalkan hanya RM1k sahaja!! YA,SERIBU RINGGIT jer, kalau nak beli Iphone memang tak lepas pun tapi boleh pulak beli sebijik hartanah kan ahaha. Jadi bila ada orang kata tak mampu beli rumah tapi mampu beli kereta dan Iphone atau Samsung Galaxy yang version terbaru- aku cuma mampu garu kepala sahajalah.

Kisahnya pada suatu hari sekitar awal tahun 2013....ewah... Aku menerima email dari Cik Rohaniah Noor (RN)..




Jadi korang baca dan hadamkan betul2 yek... Fuh panjang berjela RN taip tu nak kupas pasal property ni. 


DIBS boleh korang google cari apa benda tu. Bahasa senang -tak perlu progress payment (PP) sebab ditanggung oleh pemaju. DIBS kemudian kena banned oleh BNM hujung 2013, sebab dikhuatiri mewujudkan banyak spekulator hartanah. 


Masa aku pergi booking, hanya klik Cik RN sahaja yang datang kiranya ini 'secret group'lah yek (Kelab Alien Hartawan), rasa tak sampai 20 orang. Kira pembelian hartanah secara berjemaah ahaha - harap maklum bahawa ini bukan skim rumah 'Al-papa'. Agak berebut, beli rumah macam beli sayur T_T. Mujur sempat dapatkan satu unit di level bawah sikit (sebab projek high rise makin tinggi makin meningkat harga dia tuuuu).

Kelab Alien - mahkluk asing yang terasing dari dunia lain hahaha. 
RN maksudkan 'alien' ialah bila kita berkecimpung dalam bidang ni serta merta kita menjadi orang asing sebab tiada ramai yang faham apa yang kita buat T_T. 


RN ada ceritakan kisah ni dalam blog beliau. Boleh baca di sini. 



Jadi proses pembelian mudah, sebab rekod CCRIS kita cantik! Gaji aku kecik je time tu masih pakai kelulusan diploma T_T. Hantar permohonan pinjaman kepada tiga bank serentak, alhamdulilah dua bank lulus. Satu bank tak sebab bank internasional kan, syarat ketat sikit hmmm. Kemudian adalah bayaran sedikit pada fees lawyer dalam RM1.5k. 

Seterusnya perjalanan cerita dia korang bacalah sendiri kat link  bawah ni. Malas lah aku nak story sekali lagi. Dari citer dapat VP sampailah penyewa masuk. Alhamduliah dapat positif cash flow dan penyewa memang baik2 (tuan rumah niat baik inshaAllah penyewa pun dapat baik kan....)😊






Tapi INGAT! Aku share sebab tidak semua perkara itu manis, ada juga cerita pahit dia. Tapi Alhamdulilah inilah pembelajaran dan pengalaman berguna untuk aku dan suami kongsikan pada anak2 kami agar mereka faham di masa akan datang. Terima kasih banyak kepada Cik Rohaniah Noor atas segala perkongsian ilmu yang beliau berikan sepanjang kami mengenali beliau T_T. Semoga Allah merahmati dan sentiasa melindungi beliau, amin...




Wednesday, May 25, 2016

Bengkel Penulisan Kolokium vs Bootcamp e-Usahawan

Ikutkan hari ni aku register untuk program keusahawanan di Dewan Wawasan PPD anjuran MDeC. Antara yang hadir bagi talk ialah Fizo Omar dan adik Erma Fatima tu... bukan Umie Aida ye.



Tapi pagi tu nama aku bertindan pulak dengan Bengkel Penulisan Kolokium di bilik mesyuarat JKM. Waktu dan hari yang sama. Jadi aku terpaksa pergi ke bengkel penulisan,  petang nantilah baru turun ke dewan.


Dalam bengkel ni aku kira politeknik nak bagi peluang kat lecturer untuk buat penulisan dan presantation. Senang cakap poli tak maulah bagi staf diorang 'mereput' dalam posisi sama jer dlm organisasi sekian lama ahaha. Mungkin diorang nk bagi peluang kat kami untuk naik pangkat lah cakap mudahnya, padahal aku sendiri pun malas amik port pasal tu ahaha.


Ada 20 orang dikerahkan keh keh macam kena push-lah buat presantation paper nanti.

Masa diberikan dalam 2 minggu, aduyai. Tak tau ler sempat prepare ke tak. T_T

Tapi tak pelah kira aku nak bantu jabatan untuk capai KPI sekurang2 81% staf buat RnD. Kesian juga diorang kalut nk isi KPI dalam masa suntuk ni. Kemudian, petang tu lepas makan dan solat dalam pukul 2.00pm baru aku masuk dalam dewan. Petang ni turn Fizo Omar bagi talk rupanyer.

Fizo Omar tengah bagi talk, smart guy with smart brain hmmm.

Antara audience yang hadir, kebanyakan orang luar yang dari sekitar Port Dickson. 


Actually aku nak tengok macamana perkongsian ilmu marketing secara online, rupa2nyer seminar yg ni lebih kepada introduction. MDEC akan adakan kelas khusus percuma kepada mereka yang berdaftar pada hari Sabtu dan Ahad. So kira ni adalah soft launching untuk program keusahawanan di PD anjuran mereka. 


Dalam talk Fizo, dia menekankan marketing melalui FB perlu ada setting target. Jadi dia galakkan guna FB Advert. Contoh kalau jual produk kecantikan target kita pada siapa? Wanita, bekerjaya atau tidak, lingkungan umur dan lokasi untuk dijual. Kalau jual makanan kucing, kucing memang takde FB kan jadi owner dia yang kena ada FB keh keh keh. Mungkin boleh follow pages peminat kucing untuk kita ambil peluang jual produk di situ. Macam tulah serba sedikit perkongsian ilmu dari Fizo Omar. So dapatlah juga input sedikit daripada seminar ni kan :)







Monday, May 23, 2016

Ilhan 7 months

Yeah!! saya dah tujuh bulan. Last checkup 2 minggu lepas berat saya 8.08 kg. Saya dah pandai mengesot ke depan. Guling2 kejap2 tinggal saya dah hilang sebab dah maju ke hadapan hehehe.


Dah pukul 11 malam pun tak tidur lagi temankan ibu dan ayah. Kakak dan abang dah tidur lena dah dalam bilik. 

Terkejut kena amik amik gambar hehehe :)



Ilhan suka buli bantal golek dia ahaha!!



Kursus Pengurusan Risiko 2026 || Akademi Sirim

Bila dilantik Pegawai Pengurusan Risiko (RoM) di tempat kerja, aku kena cari tempat untuk latihan untuk memahami skop tugas. Ini disebabkan ...