Friday, December 5, 2014

Cuti2 di Rompin, Kuala Pilah dan PD

Tak sempat nak update blog. Minggu ni sibuk sikit. Hari Sabtu lepas, 29 November, aku dan husband bawa anak2 ke pantai timur- ke Endau - Rompin, Pahang. Melawat family kak long husband, Kak Na sekeluarga yang telah menetap lama di sana. Sebenarnya lama kami tak berjalan di sana. Last time kami ke sana tahun 2011.

Sebenarnya ada 2 biji kereta juga yang bergerak sama ke sana, family abang ipar (bawa mak dan pak mertua) dan adik ipar. tapi diiorang bertolak waktu mlm, jam 10pm dari Taiping!! Wah, kami tak berani berjalan jauh waktu malam memandangkan perjalanan ikut kawasan estate dan kilang sawit. Jalan sunyi, takde kedai atau stesyen minyak kat kawasan felda keratong sampailah jln jempol ke endau rompin.

So aku decided dengan husband kami bertolak besok harinya. Bergerak dalam tengahari hari sabtu, sampai sana dah dlm lebih kurang pukul 5 ptg.

Sampai dah rumah Kak Nah, tu dia si Umar teruja tengok pokok bunga banyak.

Rumah Kak Nah memang rumah kampung, hehe anak2 budak taman pun teruja balik kampung kan!


Mak dan pak mertua seronok sebab kali terakhir jumpa Kak Na sekeluarga empat tahun lepas. Kira terubat rindu diorang kan.... Suka diorang dapat sampai ke sini lagi.

Pagi besok ke Tanjung Godek, Mersing. Nak mandi2 pantai, padahal hari2 kami tengok pantai PD bahahaha...

Kalau pergi rumah Kak Na, tak sah kalau tak makan banyak!
Kat sini mesti kerjanya asyik2 makan sesaja. Makan nasi minyak, gulai rebung, donut, tapai dan yang petang tu Kak Na buat laksa asam dan bihun sup!!

Bihun sup best!!

Umar dok garu badan je kena bantai gigit dengan nyamuk. 
Aku heran sungguh dia sorang jek teruk kena gigit nyamuk, yang lain semua ok. 

Rumah Kak Na dah siap sepenuhnya, dulu 2011 kami datang baru siap 80%.
Bestnyer duk kampung, tanah besar dan luas. Hidup tenang jek suasana pagi2 macam ni.

Naik main pun bebas, haha budak taman dapat balik kampung.

Hari Isnin, pagi tu nak bertolak balik. Mak naik sekali dengan kami. Kami ikut jalan Kuala Pilah-Seremban.
On da way balik, kami singgah di Istana Seri Menanti. Ingat nak bawa diorang jalan2 rupa2nya tutup sebab istana sedang dibaiki. Sabor jelah....


Sampai sini, terus makan bekalan yang Kak Na bagi kat kami. Nak singgah kedai makan, sorry mak dan ayah mertua tak beberapa berkenan makan kat kedai. Tak tau mungkin tekak orang tua susah nak terima makanan di luar. Lepas tu kami bergerak ke Seremban. Sampai ke rumah kami dalam jam 2 petang.

Apalagi aku pun menyinsing tangan, memulakan operasi masak sepantas kilat hehehe. Masak secepat mungkin sebab confirm diorang semua kelaparan, tak singgah makan kat mana2 kan. Sekejap je masak, masak apa je yang ada dalam peti ais. Lepas makan diorang terus gerak ke KL. Pujuk suruh tidur rehat 1 malam kat rumah kami, tapi family ipar nak kejar masa. 


Malam tu pulak, mak ayah aku dan abang aku sekeluarga sampai kat rumah kami dari Johor. Aiseh tak sempat diorang nak berjumpa besan dan biras huhuhu. Ady nak bawa anak2 dia mandi di PD, yelah cuti sekolah kan. Aku dan husband pun tambah lagi cuti sehari. 

Berkelah di Tanjung Biru, PD


Kelaparan budak2 ni lepas mandi laut. Dari pagi sampai tengahari. Dekat pukul 1 ptg baru siap mandi dan makan, 

Piknik Tupperware namanya hahaha, penuh produk tupperware. Sesuai untuk hari keluarga kan....

Balik tu semua tidur kepenatan. Malam tu baru ayah dan mak aku bertolak balik Johor...



No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...