Aku dapat message ni dalam waktu malam, ada pembaca dari blog berminat nak jadi ahli Tupperware. Tapi aku pulak salah faham sebab aku ingat dia nak jadi untuk Hai O. Selalunya orang pompuan je nak jadi ahli Tupperware. Hahaha. Silap aku juga main serkap jarang je yek.
Rupa-rupanya dia nak beli tupperware nak hadiahkan kepada isteri dia. Dah 6 minggu masuk wad di HKL. Di wad radiologi. Ok, aku uruskan pendaftaran dan pembelian. Tapi bila nak pos memang masalah, dia kata sekarang dia duduk di Hotel Chow Kit sebab teman wife dia jalani rawatan di HKL.. Nak pos ke opis pun dia memang sedang bercuti. Lagipun memang dia nk bagi isterinya tengok hadiah tu.
Last2 aku pun bagitau, nanti hari kristmas aku datang antarkan kat HKL (korang jgn ingat pulak aku jadi Santa Claus hari tu). Aku faham perasaan orang yang kena jaga keluarga dia di hospital. Aku pun pernah jugak keluar masuk duduk di hospital berminggu2. Cuti kerja bergilir2 dgn husband jaga anak sulung dari dia lahir sampailah umur anak kami tu masuk lima tahun..
Bincang dengan husband, akhirnya kitorang janji nak jumpa di HKL jek. Senang bagi dia nak cari kami nanti.
Tunggu di parking HKL, menunggu customer. Nak parking kereta memang payah, sentiasa penuh di sini.
Akhirnya kami jumpa juga En Halim, berikan barang2 Tupperware. Aku hanya dapat sampaikan salam sahaja kepada isteri beliau. Semoga isteri beliau akan bertambah sihat dan gembira dengan Tupperware yang diterima. Amin....
No comments:
Post a Comment