Tuesday, December 9, 2014

Kereta problem!!

Masa pergi kerja pagi tadi sebelum aku masuk kete aku perasan bunyi enjin kereta semacam jek, bunyi bising sikit. Macam tiada angin. Selalu bukak air cond kereta aku boleh dengar macam bunyi berdengung. Aku tutup air cond tu dengar bunyi dia. Sama..... "kereta macam bunyi lain je kan"

Semalam aku pun ada rasa aircond kereta macam tak berapa sejuk jek. Tapi bila bergerak baru dia jadi sejuk. Kalau berhenti temperature kete naik mendadak, bila bergerak dia pun turun.

Sebab rasa tak sedap hati kami berhenti di depan bengkel auto JKM ,mtk otai Cik Din- lecturer Automotif check problem kete. Memang betul ada masalah, kipas tidak berpusing dengan baik. Kejap berpusing kejap tak. Mungkin sebab motor dia dah rosak.

En Din check kipas, Kejap hidup kejap tak.
Aik En Fikri pelik nak tangkop gambo pehal hehehe!!

Memang panas enjin, bila bukak valve air terus memancut melimpah ruah. Maknanya coolant tak dipam masuk pun dalam radiator, sebab tu enjin kepanasan dan temperature naik. Solution kena repair motor kipas. Tukar baru sebab hayat dia dah sampai huhuhu.


Uiiih kagum betul aku dan husband tengok alat ni, canggih betul bengkel auto JKM

Guna inidcator ni jek dah tau dah apa problem kita. 

Bile check dapat detect motor kipas problem, kena tukar. Almaklum lah kete dah nak masuk 8 tahun, jadi ada komponen hayat dia kena tukar. 


Kat bengkel Taman Politeknik.

Memandangkan masa dah suntuk-hari dah petang pukul 4pm, tak boleh repair kat bengkel auto. 
Cik Din kata kena bawak ke bengkel luar kat Taman Poli. 
Ish memang tak boleh tunggu 1 hari, kete aku ni satu jek ler nak pakai. Takde kete ni confirm 1 family 'patah kaki'. 

Mujur tak lama, sejam jek dia amik masa nak tukar.

Hah itu dia motor kipas yang kena tukar. Kos semuanya termasuk refill coolant dan kos upah adalah RM200. Kata Cik Din'Oklah harga tu, standard dia".

OK......Harap2 kuda hijau kami baik2 sahaja yek...
amin...

No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...