Monday, December 29, 2014

Miracle Can Happen!!

Aku sebenarnya pinjam kata2 ni dari Leader Tupperware aku, Tee Kim Choo. Kadang2 kita rasa macam mustahil, tapi percayalah kadang2 keajaiban itu boleh berlaku hmmm...

Meeting with director at Mega Aces Klang. 

Bulan Disember ni, Tupperware lancarkan Santa Bounty Challenge. Khusus untuk Director dan Star Director sahaja. Kim bagitau bermula 1 hingga 27th Disember 2014, cabarannya kami mesti achieve team sales sebanyak 5k, 10k atau 20k untuk melayakkan kami menerima gift dari Tupperware.


Nak capai team sales sebanyak 5k bagi aku inshaAllah tiada masalah. Bukan takbur, sebab memang kalau usaha dan kerja keras sikit inshaAllah boleh capai target jualan. Tapi lepas je briefing,  Kim tepuk bahu aku "you mesti buat 10k!" T_T

Nampak gayanya aku kena usaha 2 kali ganda tak gitu!!

Alhamdulilah, begitu semangat dan kerjasama daripada team aku, terutama seorang DIQ dan kumpulannya memang banyak membantu aku. Dan tak sangka 25hb, malam tu aku terima message selepas balik dari hantar barang tupperware di HKL (aku ada citer di sini) dan bawa anak2 makan nasi Arab.  Ada message, customer nak trade in FILTER AIR Tupperware :) 
Benar kata2 ini, "jika kita bantu orang tu, InshaAllah orang akan bantu kita balik..." 


Trade in Filter Bio Aura, dapat rebet RM500 untuk Nano water Filter Tupperware.

Pagi tu dalam keadaan hujan lebat, aku pergi ke Klang semata2 nak amik filter lama customer untuk trade in Filter Air Tupperware. Demi mencari sesuap nasi. Kesian kat anak dan suami sebenarnya, asyik heret sana sini. Selalunya aku pergi sendiri sebab kebetulan hari Jumaat kami dah amik cuti dan husband nak guna kereta solat Jumaat terpaksa dia ikut sekali dengan anak2...Hmmm 2 hari pergi balik ke KL dan Klang memang perkara yang memenatkan, mujur suami jenis supportive T_T
Ya perihal mencari rezeki kita kena usaha. Kena cari! Bukan senang ia datang bergolek kepada kita. 

Alhamdulilah, akhirnya berjaya juga capai 10k jualan sebelum 27hb  Disember ini. 

Dan selain daripada komisyen yang bakal diterima, gift dari Bounty Santa Challange adalah di bawah ini. 


Diorang suruh pilih pages mana yang aku nak. Jadi aku pilih set Inspire cookware Collection ni. Dpat secara PERCUMA....Tupperware suruh pilih, aku pilih lah yang ni :P


Ok, jika anda di luar sana, ingin mencari pendapatan sampingan dan pimpinan daripada mereka yang benar2 mahu anda berjaya di dalam Tupperware, boleh hubungi saya.

HASNY
012 7597929
013 6036630




Au revoir...




No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...