Tuesday, November 29, 2016

APACC punya pasal....

Minggu ni ada audit APACC di Politeknik Port Dickson, matlamat untuk mendapat pengiktirafan Gold dari APACC team pada tahun ni. Jadi cuti kami dibekukan gara2 nak prepare buat sambutan dan pengauditan sepanjang hujung bulan November hua hua hua....T_T

Delagasi APACC datang ke JKM untuk sesi lawatan jabatan. 

Ramai2 staf turun sambut diorang kat bangunan Pentagon ni. Aku cuma perhati dari jauh jer, sebab nak masuk kelas lepas tu. 



Delagasi tengok kereta projek program automotif. 

Aisey dia naik kereta, nak feel letew, rasa macam Lewis Hamilton pulak yer ahaha.

Sesi pengauditan fail dan dokumen pada sesi petang. 

Penuh dalam bilik bila staf dalam team pada criterion yang terlibat siap siaga untuk di panggil soal jawab. Husband juga menunggu dalam bilik sebab dipanggil sekali oleh ketua pasukan dia. 

Dan petang hari kedua, husband pulak ready untuk audit yang seterusnya. Dan cik suami cakap maybe abis jam 6 setengah petang paling lewat.... Aiseyman...T_T

Abis kerja amik anak2 ni kat CDC, lepas tu diorang main kat dalam pentagon sementara nak tunggu ayah dia abis sesi audit. 

Hahaha kecoh ler, mujur takde sapa2 kecuali team robot JKM tengah prepare untuk program mereka besok pagi. 

Ilhan kalau ibu amik gambar macam tau2 je nak senyum kat kamera ye hehehe. Dari duduk pentagon lari ke galeri untuk hilangkan bosan. 

Sampai jam 6.15 petang baru husband whatsapp dah selesai. Fuh, budak2 ni dah letih dah bermain. Sampai Umar pun malas nak gi ngaji sebab dia kata penat, grrrrr sabar jelah. Sebenarnya aku rasa serba salah kat anak2 sebab cuti sekolah dah start tapi kami pula dah start kuliah. Student dah masuk semester baru. Nak cuti kalut juga nak cari waktu sesuai, harap tak de lagi cuti dibekukan sebab nak audit SIRIM dan MQA lepas ni... huhuhu. 


Sunday, November 27, 2016

Cara untuk jimat minyak masak.

Kalau ikutkan masa minyak masak naik bulan ni, aku rasa tak tergugat dengan isu itu. Botol minyak masak 5kg aku beli dari bulan Ogos tak abis2 lagi hingga sekarang. Puncanya aku dah kurangkan makanan bergoreng untuk masakan. Lepas tu takde dah nak buat cucur goreng ker, nugget, pisang goreng atau french fries.

Sumber :http://www.thestar.com.my/

Sejak awal tahun lepas aku dah stop terus membeli makanan segera macam nugget, sosej atau french fries bila ke pasaraya. Senang cakap asal produk FOOD PROCESSING kalau boleh aku cuba elak dari beli. Kadang2 Umar dan Qaireen bila lalu bahagian food frozen kat Mydin, mintak aku belikan nugget lah, kentang goreng lah, "nanti ibu boleh gorengkan minum petang2". Terpaksalah ibu dia terangkan pelan2 bahawa makanan ni tak mendatangkan kebaikan pun. Dahlah ada transfat, lepas tu deep fried. Banyak makan makanan bergoreng bukan bagus untuk kesihatan wahai anak2... Termasuk ayah dia sekali. Jadi sebab itulah minyak masak 5 kg tu sampai 3 bulan pun tak abis2 guna lagi. Kan jimat gitu ahaha.


Masakan macamana pulak?? Aku banyak masak masakan asam rebus, sup dan tom yam. Masak kari sekarang ni pun aku dah tukar santan kepada yougart. Lepas makan cicah dengan capati yang confirm masak tak guna minyak. Kalau ayam pun aku tak goreng, aku guna kaedah bakar. 

Ayam ni lumurkan rempah cajun, lada hitam dan garam secukup rasa. 
Peram selama 30 minit lepas tu bakar dalam masa 40 minit suhu 180 celcius (ikut saiz ozen korang juga)

Tadaaa... Ayam bakar siap!

Lagipun kita sebagai ibu bertanggungjawab menjaga kesihatan sekeluarga. Ikutkan dulu masa aku kecik2 dulu, mak tak pernah bagi kami adik beradik makan nugget, kentang goreng atau makanan segera. Ayah mak pun kerja susah nak cari duit. Jadi jarang2 kami makan makanan segera macam KFC, Pizza Hut ker Mcdonald lagilah langsung tak merasa. Itu pun kalau makan sebab mak sedara yang belanja. Mak suka masak asam rebus ajer, jarang masak kari atau kuah berlemak. Tapi Alhamdulilah, kami sekeluarga tiada masalah obesiti. Tiada kegemukan atau problem penyakit kronik. Jadi aku kena ajar dan didik anak2 supaya jaga makanan dan kesihatan dari kecil lagi. 





Friday, November 25, 2016

Bestnyer guna Philips Steam Generator Iron

Hajat nak beli sterika ni lama dah lebih2 lagi Umar akan mula bersekolah rendah dan sekolah KAFA tahun hadapan..Confirm bilangan baju sekolah Qaireen dan Umar untuk sekolah rendah dan agama pun dah bertambah beberapa pasang kan. Lagipun aku memang gosok semua baju untuk seminggu terus jadi senang sikit kerja.

Tapi bila memikirkan harga dia kalau beli kat AMWAY (aku ada kad ahli AMWAY) mak aiii dalam RM1400 huhuhu T_T. Fikir banyak kali, berbaloi ker beli sterika sampai harga seribu lebih ni...?? Huhuhu.

Jadi sementara belum beli sterika canggih ni, ada juga aku guna petua nak cepatkan mengosok baju, antaranya letak aluminium foil kat iron board hahaha! Gunalah juga gosok baju cepat selagi boleh bertahan kan, sambil2 tu kumpul duit nak beli hujung tahun ni T_T
Petua dia: Alas aluminium foil ni kat bawah alas iron board. 

Awal bulan November aku dapat email dari Lazada standby untuk promotion harga runtuh 11.11. Aku pun rasa syok lah pasal dulu check kat Lazada harga dia mahu RM1000 lebih. Jadi tunggu punya tunggu sampai hari 11 November, pagi tu terus check kat website Lazada, AHAAA!!

Philips Steam Generator Iron Perfect Plus. 
Harga dia RM559.00, free shipping. WOW!!

Terus aku beli, sebab memang jimat banyak wei.. Tak delah nak keluarkan dekat seribu lebih nak beli sterika kat AMWAY sob.. sob... sob. Dua hari lepas tu, jeng jeng dah selamat sampai pos barang ke tangan aku. 


Besar gedabak kotak dia. Dah ler antar ke pejabat pentadbiran!

Tak balut apa2 pun kotak dia,  Kelam kabut aku turun tangga bawak benda alah ni, segan kalau orang nampak. Hehehe.

 Hari minggu mula pasang. Yang model ni jenis kompak, kecil sikit dari model kat AMWAY . Kapasiti 1.5L tapi kira ok sebab dah dekat dua jam gosok pun air dia masih berbaki lagi kalau tekan mode ECO. 

Yang kelakarnya aku tak pernah guna pun sterika ni. Puas ler aku belek baca manual dia, siap tengok Youtube macamana nak guna seterika T_T.  Bila dah pasang dan demo sekali, aku terus capai baju yang aku rasa PALING PAYaaaAH nak iron. Terus test, perghhh senangnyer. Cepatnyer! Mudahnyer huhuhu!!

 LAst sekali, abis semua aku gosok baju kerja aku, baju suami, baju sekolah anak sekali untuk seminggu. 

Tudung2 pun aku gosok, tak cukup ruang dah nak gantung. Tengah GILA mengosok kan ahaha!!

 Baju jalan2 dan baju mengaji anak2 pun aku gosok sekali. Hah amik ko!!
Dalam sejam lebih juga aku iron semua pakaian ni. 

OO senangnyer kerja aku wei!! Dah mudah, murah pulak tu! Alhamdulilah rezeki. 
Senyum sampai telinga. 



Sunday, November 20, 2016

Ilhan dah pandai duduk


Ilhan dah setahun sebulan baru boleh duduk dengan stabil. Mungkin sebab badan dia panjang, bila diri stand alone je tak nak jalan, terus duduk dan merangkak T_T.

Dah pandai keluar buaian sendirid ah. Masuk bilik tau2 dia dah duduk bawah buaian, blur baru bangun tidur...
Muka baru bangun tidur. 


Budak masam ni pantang je dengar bunyi bising kakak dan abang dia main, terus terjaga. 




Sunday, November 13, 2016

Lawatan Pra Sekolah Umar ke Zoo dan Muzium Port Dickson

Hari Khamis, cikgu2 dari Pra Sekolah SKTK bawa pelajar2 mereka ke mini Zoo Teluk Kemang dan Muzium Tentera Port Dickson. Bayaran yang dikutip adalah RM15.00. Aku tanya Umar nak ke join lawatan tu?? Pasal tahun ni pun dia dah pergi tempat tu ikut taska transit dia. Umar cakap nak! Sebab ada ramai kawan dia yang turut serta. Yelah mesti best kan dapat jejalan dengan kawan kelas.

 Pagi tu semangat  betul dia bangun tidur, mandi dan bersiap. Siap bagitau Qaireen lagi jangan lambat2 siap nanti dia tertinggal bas lawatan ahahaha!! Pagi tu lepas sarapan baru bas diorang bertolak ke Mini Zoo a.k.a Ostrich Farm. Padahal tempat ni setentang je opis kami. Boleh nampak bas dia sampai dan murid2 turun masuk ke dalam.

Ambil gambar dengan "Puteri". 
Bukan tuan puteri tapi burung unta nama dia Puteri gitew....

Boleh pulak test pegang2 ular eeiii muka Umar tu geli ker terlalu excited. 

Abis lawatan kat PD Ostrich Farm, bas bertolak pulak ke Muziam Tentera Port Dickson. Kira berani juga lah Umar nak masuk muziam ni, dulu kami bawak dia takut menangis sebab nampak patung2 banyak kat dalam tu. Tapi kali ni masuk terowong pun dia berani pulak. 

Sesi penerangan dari Pegawai Tentera yang bertugas. 



Sesi amik gambar beramai2 depan Muziam Tentera. 

Lepas je tu, bas bawak diorang terus makan tengahari kat KFC Batu 4, Port Dickson. Wah nampak budak2 ni semua makan dengan kegembiraan kan. KFC, budak manalah tak suka nak makan kan... 

Pukul 1 tengahari barulah bas sampai ke sekolah semula. Husband tanya, Best tak Umar jalan2?? BEST!! kata Umar. Oklah tu, terima kasih bebanyak kat cikgu2 Pra Sekolah SKTK yang sudi bawa dan kelolakan lawatan ni.


Friday, November 11, 2016

Buat Marketing Online Tupperware Lover Shop Di FaceBook

Kalau diikutkan aku dah mula berkecimpung dalam business Direct selling a.k.aTupperware ni tahun 2012 lagi. Hampir lima tahun jugalah aku 'setia' buat business part time tu. Hampir 80% aku buat secara offline dan selebihya melalui online iaitu melalui blog Tupperware Lover Shop.




Disebabkan kekangan masa kerana bekerja sepenuh masa,  perniagaan aku ni ada naik kejap2 turun kejap2 naik kejap turun eh... eh... berapa banyak dah naik turun daaa T_T . Tapi alhamdulilah masih lagi maintain.
Sistem TW BIZ NET untuk consultant memantau sales mereka. Mak aii drop jadi RM30k sahaja tahun ni hmmmm. 

Jadi aku kaji balik sepanjang tahun 2016 ni sales aku hanya sebanyak RM30k sahaja. Memang jatuh sungguh sebab selalunya sentiasa melebihi RM50k. Dan sudah hampir empat kali aku drop sales. Hahaha memang aku terleka kejap, tak amik kisah pasal business part time ni padahal Tupperware ni yang banyak membantu otak aku menjadi entrepreneur sebenarnya ewaah...(jangan muntah ye)

Dan nak dijadikan cerita, walaupun aku staf Jabatan Kejuruteraan tetapi aku dipertanggungjawabkan untuk mengajar subjek Keusahawanan (Entrepreneurship) khusus untuk pelajar2 semester akhir T_T. Ianya bermula tahun 2014 lagi disebabkan pensyarah Perdagangan tidak cukup nak cover mengajar subjek ni. . Kejap mengajar kejap tidak. Hmmm... jadi bila kau dah kena mengajar kelas Entrepreneurship sudah tentu ko kena tau serba banyak pasal marketing online kan, ada dalam silibus!! (lari ke tepi bucu katil dan nangis T_T). Nanti orang kata cakap tak serupa bikin. Kemain ajar pung pang pung pang dalam kelas, tapi kita tak buat pon kik kik kik!!

Sekarang musim exam poli dah abis, jadi aku mahu memantapkan lagi Tupperware sendu aku ni melalui online supaya naik kepada 50%. Kalau boleh tingkatkan jadi 60% -100% ker ahahaha. Ini disebabkan aku dah tak cukup masa nak keluar sana sini amik stok, hadir assembly di Klang Branch dan buat party tupperware lagipun Ilhan masih kecil lagi. Jalan pun tak pandai lagi..

Jadi aku pun amik inisitif mula buat page di facebook sebagai Page Tupperware Lover Shop. Boleh klik kat gambar bawah ni untuk melihat page fb Tupperware aku.


Page FB ' Tupperware Lover Shop". 

Bak kata Irfan Khairi, kalau nak betul2 banyakkan sales dalam online marketing, kita kena banyakkan askar2 kita untuk bekerja keras. Askar ni dia maksudkan ialah segala tool/ alatan sosial media yang boleh digerakkan untuk memasarkan produk kita seperti contohnya Facebook, blog, website atau instagram.

Setakat ni Alhamdulilah, ada respon tapi dari segi pembelian masih suam2 kuku, hanya banyak PM Pm Pm tapi tak beberapa closed sales. Adatlah berniaga online memang macam tu makan dia. Jadi kiraan Cost per Sales (CPS) tak beberapa mantap lagi.

Walaupun ada juga aku amik booster bayaran FB Advert hanya RM4 sehari (tu pun aku amik sehari jer tau!!) saja2 nak cuba test market kan. Jadi kena tambah usaha lagi. Kena mantapkan ilmu lagi. Dan aku nak jadikan business part time yg sendu ni sebagai Kajian Kes untuk Subjek Entrepreneurship bila aku kena ajar lagi next semester. Baru betul gila kuasa namanya kan kan kan!!

Ini buku setahun beli tapi tak baca lagi pun..... 

Buku Irfan Khairi - Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar pun aku masih tak dapat bongkar2 lagi ahahaha. Padahal buku tu dah setahun lebih aku beli masa cuti bersalin tapi tak terbaca2, Anak pun dah masuk umur setahun dah...teruknya ceh!!  Di mana ler masa aku nak curi baca dek noiii T_T. Adios!!

Please SUPPORT PAGE FB Tupperware Lover Shop yek!! Chaiyok! Chaiyok!!


Monday, November 7, 2016

Umar ada ujian Diagnostik Darjah 1

Tahun depan Umar Shafiy dah masuk darjah 1 dah. Kiranya ada lagi beberapa minggu pra sekolah akan tamat. Jadi sekolah dia, SKTK akan buat ujian diagnostik untuk semua bakal pelajar darjah 1 yang telah berdaftar dengan sekolah ini. Kebetulan ujian tu diadakan pada 5 November, time ni aku bertugas kat unit exam. Memang cantk sangat, pasal senang aku nak ke Politeknik dan hantar dia terus ke sekolah sekali.

Ujian ini pulak dibuat untuk memelihat kemampuan kanak2 dalam penguasaan asas (sahaja) untuk tindakan guru2 pemulihan khas. Jadi di sini mereka dapat menyaring dan memberikan kelas pemulihan jika pelajar sudah memasuki darjah 1.

Sampai sekolah, kena daftar dulu. Sebab nak tau kelas mana dia kena amik ujian tu...


 TU dia!! berderat mak bapak hantar anak pergi amik ujian. Nak bagi semangat punya pasal. Kalau SPM pun camni mesti gempak result anak masing2 kan hehehe!!


Beratur tunggu nama untuk dipanggil. Macam2 uniform tadika budak2 ni. Kebetulan Umar pulak pra sekolah kat SKTK jadi dia dah ok dengan susana sekolah ni, 

Dia kalut tengok ibu dia ghaib kejap ahahaha!!


Steady Umar!! Dia pun tak prepare apa2 malam tadi, ulangkaji pun tidak. Aku suruh tidur awal jer. Ayah dia yang siapkan kotak pensil yang lengkap untuk dia guna nanti. 

Lepas diagihkan ke kelas masing2 diorang pun bergerak masuk ke dalam untuk jawab ujian. Dari jam 9.00 sampai 10.30 pagi jer. Aku tau ada dua ujian kena jawab -bahasa English dan matematik. 


Tengah duduk dalam dewan sementara tunggu Umar habis menjawab ujian, tetiba je cikgu sekolah buat pengumuman. "DIMINTA IBU BAPA DI LUAR SILA MASUK KE DALAM DEWAN INI UNTUK SEDIKIT TAKLIMAT DARI WAKIL GURU BESAR" 😅😅😅
Aiseyman, terperangkap pulak duk dalam ni huhuhu terpaksa tadah telinga dengar huhuhu😥😥😥


Kena dengar bebelan cikgu2, berdenyut2 kepala sebab speaker kuat betul di selang seli suara lantang cikgu ahahaha!! Dah lama tak kena bebel dengan cikgu kan.... Pukul 10.30 pagi nampak kelibat Umar dah abis ujian, terus aku cuit dia "jom balik!" hehehe ibu ada kerja lagi kat politeknik. 


Umar dan Auni (anak staf JKM) layan youtube sementara mak2 diorang sibuk siapkan kerja kat Unit Peperiksaan huhuhu. 

Sambung balik kerja kat unit exam sampai pukul 2 petang. Dan selesai barulah gerak balik ke rumah. 

Tuesday, November 1, 2016

Redeem Points Ikea Voucher

Aku jadi member Ikea ni sejak aku pindah balik kerja di Semenanjung. Jadi dah dekat sangat Seremban dgn Ikea tu, kerap juga ke sana. Nak2 lagi bila Ikea Cheras dah bukak!! 😄😄😄Lagilah senang nak access dan dekat kan, besar pulak tu.

Bila jadi ahli ni dan dah beli beberapa kali untuk kegunaan rumah sendiri dan rumah sewa diam tak diam rupanya kumpul hampir 5000 points!! Jadi aku nak tebus lah, points ni ada jangka hayat dia. RUGI sebab aku tak tau boleh redeem. Bila check ada points dah expired dah, aiseyman... sayang betoiii 😢😢😢😤😤😤

Mula2 log in dalam website Ikea Malaysia dan check baki point kita ada berapa. Setiap 500 points boleh tebus voucher RM5.00 je (bukan RM50 tau!!😅😅).

Ini Ikea maklumkan kat email aku. Kebetulan memang nak ke Ikea minggu ni.

KLIK pada bahagian "redeem now". 


Pilih lah nak voucher nilai brapa, RM5, RM10 atau RM20



Bila dah redeem akan keluar kat history id kita berapa nilai yang kita dah redeem.

Untuk ambil voucher yang dah redeem points, kita perlu ambil sekurang2 nyer selepas 24 jam. Maknanya korang kena tunggu sehari selepas buat redeem dalam website dia. Nak collect vocher dia kat mana ye?? Aha tu kena pergi ke kiosk IKEA Family. Nanti kita print voucher di situ.

Kalau kat Ikea Cheras ni ada 5 kiosk dalam ni, jadi boleh log in dan print sendiri kat situ. Aku redeem points hari Jumaat lepas, jadi hari Isnin ni turun ke Ikea Cheras. 



Ni dia Kiosk Ikea Family.
 Ada komputer untuk kita log in dan di bawahnya ada printer untuk cetak voucher.

Mesin cetak voucher. 

Log in as member.

Pergi bahagian "print voucher". Dan klik semua voucher2 untuk dicetak. 

Ok dia akan keluar satu demi satu mengikut berapa banyak korang dah redeem points tersebut. 

Tu dia, voucher2 yang dah cetak 😄😄😄



Selesai membeli untuk hari ini, almari2 buku dan baju anak2.
Jimat2😊😊








Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...