31 Januari 2017, semalam hari jadi aku yang ke 36 tahun (dah bertambah dah usia heeee) dan anak aku yang sulung Qaireen Shafiyyah yang ke lapan tahun. Kitorang celebrate kat Batu Pahat sebelum balik ke Seremban, Aku tempah kek kat member kampung kami yang ada bukak bakeri di Batu Pahat. Order kek nutella cheese leleh, berat 1kg. Aku letak sekali nama abang aku, Hardy sebab kami semua lahir bulan Januari.
Kek Nutella Cheese Leleh.
Memang meleleh. Kena sejukkan dulu. Baru best makan ni.
Orang yang lahir bulan Januari. Kira kami ni bintang aquarius ler gitew..
Ok, kerat kek eh potong kek kan...
Sempat pulak tengah potong tu Umar amik dua tiga coklat atas kek.
Makan kek waktu petang.
Ilhan pun nak makan jugak :)
Semoga bertambah usia aku, bertambahlah amalan ku. Lebih ke arah kebajikan dan kebaikan hendaknya. Untuk dunia dan akhirat juga. Dan untuk Qaireen semoga bertambah sihat, menjadi anak yang baik dan solehah. Amin....
Selamat tahun baru Cina 2017. Sebab anak2 cuti sekolah kami pun amik cuti jugak sama macam budak2 cuti sekolah kan... Jadi plan balik Batu Pahat jer. Kebetulan lama tak balik dah. Sebelum sampai Johor, kitorang exit kat Ayer Keroh Melaka, saja nak singgah kat Dataran Pahlawan. Nak shopping baju dan seluar Qaireen.
Amik gambar kat dalam Mahkota Parade, Melaka sementara tunggu ayah abis solat.
Heheheh budak ni ceria jer, excited tengok lampu tanglug dalam mall ni. Sampai Batu pahat dengan waktu magrib.
Pagi2 pergi sarapan kat pasar Batu Pahat, cari mee rebus!!
Ilhan main saja bila ada kat rumah Atuk Wan. Mujur semua laman bersimen, jadi berkaki ayan jer Ilhan main keliling rumah.
Budak ni asyik usik je pasu2 orkid Wan, diayun2 macam buaian.
Hah, jangan dipetik bunga orkid tu. Huhuhu mahal tu.
Amik gambar dengan sepupu. Setakat ni adalah lima cucu keluarga En Jalil dan Rubiah hehehe. Cuma Qaireen je pompuan yang lain semua boyz lah...
Huh payah nak amik gambar, tak boleh duduk diam hehehe!!
Besok tengahari makan kat Restorant Batu Pahat Beriani Power, pergh.... Terletak kat Taman Soga Batu Pahat. Ni ayah nak payung, belanja makan. Memandangkan cuti umum kena call pagi tu dulu untuk tempah tempat duduk, confirm mesti ramai orang dan tempat penuh punya.
Sampai je tak reti duduk diam, Ilhan siap panjat berdiri atas meja lagi.
Hah dapat juga baby chair. Seperti yang dijangka memang ramai giler manusia. Dah macam restorant nasi ganja pulak, penuh manusia!!
Air minuman dah sampai. Air sirap bandung, terbaik dari ladang!!
Pak Su tengah tunggu Hardy bawa mak dan ayah datang. Kami datang dua buah kereta, aku bawak budak2 ni dulu sebab pukul 12 tengahari dah kena datang kedai, meja dah reserved untuk kami jam 12 tengahari.
Penuh dah orang, maklumlah tengahari waktu orang makan. Ramai juga orang dari kawasan Batu Pahat nak makan beriani kat sini. Beriani Gam kan!!
Tunggu punya tunggu akhirnya sampai dah beriani gam kambing dan ayam. Umar dah boring tunggu hehehe. Ok baca doa makan yek!
Sesudah makan, licin nasi beriani huhuhu!! Kenyang dah Adam tu
Ilhan dah pandai jalan jadi aku bawa dia main2 kat playground sebelah rumah kami ni. Tak de selipar, yang ada cuma kasut sahaja tapi dia macam payah je nak jalan pakai kasut. Jadi aku pakaikan sandal Qaireen masa dia kecik dulu. Lama sandal ni kami beli di Kuching Sarawak. Kira tahan jugak sandal cap Adidas ni. Menang dengan harga dia T_T.
Main jongkat jongket dulu. Sibuk mata dia melilau tengok sana sini.
Inilah first time dia boleh jalan sendiri kat playground.
Lepas jer cepat dan laju Ilhan jalan dan panjat tangga ish ish ish. Last2 aku juga kena panjat naik atas permainan ni. Aku rasa terjonggol kat situ sebagai makhluk paling besar sekali ahahaha!!
Execited dia main. Kasut warna pink hehehe!! kakak punya kasut daaaa.
Menjerit2 dia main, suka ler tu...
Yipeeee. Main sliding pulak. Lepas tu nak panjat naik balik dari bawah hahaha.
Dekat pukul 7 aku ajak dia balik. Uiii tak nak jalan balik rumah daaa. Terpaksa dukung. Besok2 kita main lagi yeee.
Kalau balik sekolah budak2 ni mesti singgah jap kantin beli makanan. Dah lapar katanya. Selalu dibeli Umar dan Qaireen mesti maggi goreng!! Aku dan husband kadang2 bising jugak tak boleh makan maggi kerap sangat, tak elok untuk kesihatan. Seminggu tu dua kali makan cukuplah, beli makanan yang elok sikit. Kali ni Qaireen balik dia beli pisang goreng pulak hehehe. Umar lambat pulak keluar, kena tunggu sekejap.
Lapar, pisang baru digoreng. Masih panas.
Sambil makan sambil tu membebel manalah Umar ni?? Tak keluar2 lagi.
Lama juga menunggu, dekat 30 minit aku duk kat situ.
Habis semua pisang goreng dimakannya. Lapar sungguh.
Lepas makan Qaireen pergi dalam bangunan sekolah nak cari Umar. Aku kata tak payah memang budak darjah 1 lambat balik hari ni tunggu jelah. Sekejap lepas tu hah dah nampak Umar berlari heret beg dia yang besar hehehe.
Aku puasa hari Jumaat tu, tetiba tekak teringin nak makan sate. Ntahlah. Dulu nak makan tapi pendam je. Tapi kali ni rasa nak makan, makan jelah kan sebab jiwa dah lapang ahahaha!!
Lepas magrib baru pergi ke sana. Jadi takde lah terkejar2 sebab sampai pun orang tak ramai lagi. Memang banyak family datang bawak anak2 makan kat sini. Sebab selain satay dia ada masakan bergoreng. Aku order 15 cucuk sate ayam, 15 cucuk sate daging lembu. Tambah order nasi goreng kampung, nasi goreng ikan masin dan 2 mangkuk bihun sup untuk anak2.
Budak2 ni dok perati kedai atas bawah :)
Sementara tunggu, Qaireen dan Umar dok tengok sekeliling kedai ni. Kenapa kedai ni macam kat rumah kampung?? ahahaha deko kedai ni macam rumah kampung, dinding berpapan siap ada gantung barang2 antik macam jam dinding, gambar2 lama dan lampu zaman dolu2. Serious aku duduk situ rasa macam duduk kat rumah atuk aku kat Simpang 5, Batu Pahat tu hahaha!.
Sebab macam rumah kampung jadi dia macam gelap dan suram sikit. Tapi pelanggan tetap ramai terutama yang berkeluarga.
Yeah dah sampai. MashaAllah sate dia memang nampak mengancam.
Zoom sikit!!
Rasa dia ok, perapan dia agak manis bagi aku. Tapi kuah dia ok. Semua ni aku dan suami yang dok perabihkan. Anak2 makan sebatang dua jer, sebab sibuk menghabiskan bihun sup mereka. Makanan diorang pun boleh tahan, berbaloi dengan harga. Secucuk ayam RM0.80 dan daging RM0.90. Tengah2 makan Umar pulak tumpahkan jus oren, tersimbah kat seluar husband. Fuuuh kecoh hahaha. Cepat2 makan dan balik.
Lokasi Satay Rk Seremban terletak di
Taman ASK, Jalan Sungai Ujong, Seremban.
Kedai di hujung bangunan bersebelahan dengan CityLink
Dari dulu lagi Umar nak jam untuk ke sekolah. Sejak dia di pra sekolah lagi. Dulu dah beli tapi jam dah putus. Kalau jam Qaireen pulak dia dah hilangkan ntah ke mana. Dia cakap ada orang amik jam dia... hmmm. Jadi hari Sabtu lepas kebetulan ke Mydin, kami singgah kejap di bahagian jam tangan kanak2.
Hah pilih2 mana jam yang berkenan tu.
Banyak sangat corak dan design kan, tak tau nak yang mana satu. Tapi ikut peraturan sekolah tak boleh jam berwarna warni pulak.
Ibu, Qaireen nak yang ini lah... Harga RM7.90 jer hehehe
Wah corak Dora...
Umar punya pulak.. nak jenis digital. Ok harga dia RM8.90
Ok, dah jom jalan. Nanti Umar dan Qaireen cuba simpan duit nanti kita boleh beli ye... Eh eh nape tak beli terus, Umar dah start meragam nak jam tangan. Hehe kamu belajar simpan duit dulu. Nanti boleh beli pakai duit sendiri lagi puas hati.
Balik Mydin, aku sediakan sampul dan tulis tabung jam Qaireen dan Umar.
Aku bukan tak nak belikan cuma ada tujuan lain. Tujuan kami buat ni nak ajar dan didik supaya Qaireen dan Umar belajar menyimpan sebelum berbelanja di sekolah. Sekurang2nya simpanlah RM1 dari RM3 yang diberikan.
Sampul Umar.
Dan semalam sampul Umar dah berisi beberapa helai duit seringgit. Alhamdulilah. Memang dia berkehendak jam tu, jadi setiap kali balik sekolah pagi dan petang dia terus masukkan dalam sampul duit seringgit.
Sampul Qaireen. Alamak kosong!!?
Cuma masalah sedikit pada Qaireen, sampai hari Rabu semalam masih lagi kosong!! huhuhu Adoiii anak pompuan kami ni memang suka berbelanja. Kalau tak beli makanan dia akan pergi ke kedai buku dan beli kertas atau pemadam yang tak berapa penting. Habiskan duit terus. Ayah dia banyak kali pesan jangan membazir, tak payah beli sebab kami dah bekalkan siap2 semua peralatan tulis dengan lengkap.
Jadi semalam Qaireen dapat berikan duit RM1.00 pada aku, fuhhh Qaireen dah boleh simpan duit daaaa...bagus ye nak hehehe. Nak mendidik anak kena melentur dari buluh, harap2 mereka faham kenapa ibu dan ayah buat begini pada mereka. Semoga tabiat menyimpan dari berbelanja menjadi sebati dalam jati diri anak-anak yang masih kecil ini. InshaAllah minggu depan jam tangan kamu boleh dibeli nanti.
utara dan selatan serata Malaysia pun kau sudah mengembara.
Kereta ni kereta pertama aku. Dan juga yang terakhir. Aku beli tahun 2007, adalah dalam beberapa bulan sebelum aku kahwin. Jenis MPV, Toyota Avanza 1.5 Metallic. Ironinya masa tu aku bujang, tapi beli MPV. Kira aku berfikiran jauuuh ke depan hahaha!! Masa tu tak banyak pilihan MPV macam sekarang. Tu je satu2nya brand yang ada, kalau nak up lagi ada Toyota Innova, tapi mak aiii tercekik ler aku!! Harga Avanza masa tu RM64k, jadi termasuk interest sebab pinjaman 9 tahun aku kena bayar dalam 74k gitu... Dengan downpayment sebanyak RM15k, jadi bulan2 aku bayar RM670 sebulan.. masa tu jenuh aku tekan2 kalkulator asyik mengira bukan nak siapkan tugasan kuliah tapi kira bayaran bulanan kereta ni, mampu ke tak hehehe. Dah lah masa tu aku cuti belajar separuh gaji. Separuh gaji beb!! Mana mampu nak beli kereta, jadi mak aku kena lah jadi penjamin aku untuk buat pinjaman kereta ni huhuhu sedih T_T.
Kereta jarang ada problem. Aku cukup jaga kuda hijau ni.
Rutin tukar bateri kereta, tayar dan servis aircond (yang kena tukarlah bila dah cukup masa). Dari kereta ni keluar sampai ke hari ni aku buat servis hanya di Toyota Servis Center sahaja.
Jadi selama tempoh membayar loan kereta adalah satu perkara yang rutin, dah biasa menghadap mesin ATM setiap bulan. Bayar on time punya. Tapi tak seronok sebenarnya. Tapi bila fikir2 kereta inilah banyak membantu kita untuk pergi kerja, balik kampung dan hantar anak2 ke sekolah, kena sabar jelah. Jadi kalau nak beli kereta tak salah kalau mula2 kerja cuma biar kereta tu kena dengan kemampuan kita. Bercinta nak tunggu habis bayar T_T
Cukup sampai masa (simpan dan labur), saving aku dah cukup aku nak bayar lumpsump sedikit2 semua hutang yang ada. Termasuk ler kereta ni. Dan hari aku nak settle hutang kereta ni ada sedikit kalut...
Pagi tu, mula2 aku pergi Ambank, bank yang aku buat loan kereta ni lah. Tunggu2 giliran sampai, aku tanya kat kaunter baki pinjaman yang perlu aku bayar secara lumpsump. Dia kirakan dan tulis amount selepas rebet adalah dalam Rm17k ++. Lepas tu aku bergegas pergilah ke Tabung Haji untuk aku keluarkan duit. Kat situ rupanya baru aku tahu tak boleh tukar kepada cek atau bank draf. Kena keluar cash jer!!! Adoiii. Pastu limit keluar setiap kaunter hanya RM10k je. Baki selebih tu kena pergi kaunter bank Islam atau bank Rakyat atau bank cawangan lain. Kalau tahu, tak kan aku park duit tu dalam TH kalau prosedur leceh macam ni T_T
Lepas settle kat Tabung Haji aku kena pergi ke Bank Islam pula nak keluarkan baki bayaran. Tunggu lagi. Bila turn nombor aku dipanggil, tetiba orang kat kaunter cakap sistem Tabung Haji down arini. Tak boleh buat urusan apa2, pulak?? Laaah tadi aku kuarkan kat Tabung Haji sistem ok jer.... Sudahnya aku terpaksa bergegas pulak ke Bank Rakyat. Dalam hati doalah banyak2 semoga Allah permudahkan urusan aku. Niat aku untuk selesaikan semua hutang ni... T_T.
Mujur kat Bank Rakyat orang tak ramai jadi tunggu pun sekejap jelah. Urusan berjalan lancar. Cuma aku jadi cuak sebab terpaksa pegang cash yang banyak, takut jadinya. Sebelum ni aku selesa pakai bank draf atau cek untuk apa2 urusan.Lekas2 aku bergegas balik semula ke Ambank untuk selesaikan urusan ni.. Punya kalut, aku tersilap bagi jumlah duit . Kakak kat kaunter tu cakap "rileks puan hehehe.." Mana taknya hari ni aku dah abiskan masa ke sana sini ke semua cawangan bank.
Bila letak duit berkepuk2 diikat dengan getah kat atas kaunter tu, hati aku rasa bergetar pulak. Dag dig dug, di dalam dada.... jantung berdebar hati berbunga.. amboiii.. Sudahlah berdangdut pulak dah.. Sebenarnya kan, masa tu tangan dan badan aku rasa gigil!! Allahu, aku lihat betapa banyaknya duit aku dihabiskan membayar pinjaman kereta selama ni tanpa sedar....T_T. Sedih tau.. Penat tau.. Letih tau membayar hutang. Ni cuma sebahagian jer, tahun2 sebelum tu dah abis berapa banyak puluh ribu kan... Ooo sadis sungguh!!
Hilanglah beban hutang yang satu ni. . .
Lepas ni ada sesiapa tanya tak nak ker tukar kunci kereta yang baru. Jawab aku -Taubat dah... Tak nak ler hutang kereta. Lagipun tak kira hebat mana pun jenama dan hebat kereta tu aku malas amik kisah pun. Tapi kalu teringin nak kereta baru??
Tips Dave Ramsey kalau nak beli kereta baru:
Nilai kereta adalah 25% daripada jumlah pendapatan kita setahun. Kalau setahun income RM42000, maka nilai kita layak beli RM10,500 sahaja.
Beli cash, jangan gunakan pembiayaan kereta.
Ish mana mampu bayar cash!!?
So if you don't have that money, then you not deserve it!
If you 24 years old and you make 26000 dollar per year and you get a 26 000 dollar a car, then you don't have a right to complaint because you are broke. Because you are stupid, it's why make you broke. You don't have a money because you got all your money entitled in that car.
Dave Ramsey
Kalau nak beli juga kena beli dengan cash lah. Kalau tak boleh bayar cash tu tandanya aku tak mampu, jadi terimalah kenyataan aku tak layak memilikinya ahaha...Sudah sudahlah Hasny...
Buku teks sekolah dah dapat, jadi penuh buku atas meja. Si Qaireen suka membaca jadi lepas baca dia letak bersepah merata2. Aku dan husband jugak kena kutip dan susun balik atas meja. Adoiii. Tapi meja pun nampak bersepah juga. Last2 mintak kotak kertas yang nak dibuang dari pembantu tadbir kat opis. Plan nak buat sendiri rak buku yang simple ahahaha!! nama pun nak jimat kan......!
Sumber dari Google.
Google nak tengok patern dia macamana. Kalau beli kat kedai ni mau dalam belasan ringgit kan.........
Hah sekali dapat tiga kotak sekaligus!! Berlambak lagi kat dalam stor opis tu rupanya.
Ukur dulu berapa tinggi, lepas tu baru gunting dan buang mana bahagian yang lebih.
Lepas tu balut guna paper colour yang cantik2 bagi menarik, kalau biarkan nampak burok pulak dengan berplaster bagai hehehe. Korang lagi rajin bagi tampal sticker blink2 ker ahaks!
Tadaaaa!! Siap dah. Hmmm. Boleh lah...
Ni first time buat, nanti yang lain buat elok2 bagi molek. Nanti aku tambah letak partition kat tengah2 rak tu bagi banyak slot kan. Ok, harap sangat budak2 ni susun buku dalam rak ni. Kesian kat ibu dia penat2 buat benda alah ni hahaha