Wednesday, May 20, 2026

Kursus Pengurusan Risiko 2026 || Akademi Sirim

Bila dilantik Pegawai Pengurusan Risiko (RoM) di tempat kerja, aku kena cari tempat untuk latihan untuk memahami skop tugas. Ini disebabkan aku dan rakan sejawatan, Kak Jeri- kami ni betul2 zero tak tahu apa2 pun hahaha!

Maybe tempat kerja aku dahulu, RoM ni banyak dikendalikan oleh pasukan kualiti jabatan. Jadi PIC je yang kena tahu dan isi dalam borang atau maklumkan pada organisasi. 

Disebabkan RoM ini di bawah Sirim, maka kita mohonlah peruntukan untuk pergi ke kursus bawah SIRIM ni. Alhamdulillah, paperwork diluluskan. Maka selesai proses pendaftaran, maka kami pergi berkursus ler di Shah Alam pada 11 dan 12 Mei 2026. Lokasi kursus tu kat Hotel Concorde, Shah Alam. Aku ingat diorang buat kat Sirim juga, rupa lokasi berbeza ya. Nasib baik pergi sana dengan driver politeknik. Kalau tak memang lambat ler nak sampai. 

Sampai2 je lepas daftar, terus urusetia minta kumpul untuk ambil gambar dulu hehe. Peserta ada 6 sahaja, dari Politeknik dan Perpustakaan Negara. 


Sampai2 je, terus bagi dan bagi dan bagi training sampai kepala aku terasa panas hahaha! Asal speaker bagi rehat je, aku cepat keluar bancuh kopi kat bahagian refreshment hotel tu huhuhu!! Otak dah menua, kena banyak booster wooo. 





Memang aku tak berhentilah loading semua maklumat dan ilmu yang diberikan oleh speaker, Puan Siti Nur Hidayah ni. Fuuuh......

Laju weiii. Dua hari kursus dari pagi ke petang memang banyak ler input yang masyuk!! Dah ler kitorang berulang alik dari Poli ke Shah Alam. Jalan nak Shah Alam, ya rabiiii jem jer memanjang. Gerak awal pun masih lambat juga, jem merata-rata adoii. 

Lunch dia, mak aiii... 

Yela nama pun hotel kan, makanan pun serve macam hotel, rasa hotel hehe

Kalau lima hari duduk sini, rasa tak tak boleh nak hadap makan ni lagi. 
Kau boleh hafal menu2 dia lepas tu kan. . .


Waktu lunch aku dan kak Jeri duduk ler kat restaurant situ sejam sebab nak bagi kepala rehat kui kui kui... 


Budaya yang perlu dibina ya, pastikan ada pengalaman hahaha!!



Sah! Memang RoM memang akan diaudit setiap kali pemantauan dibuat. 
Memang tak boleh lari ler. . . 

Hari terakhir, tamatlah kursus kita. 

Balik ni banyak ler kena buat, update manual kualiti terbaru dan murnikan lagi tatacara daftar risiko. Oo dan tambah daftar peluang ye, sebab tu adalah pembaharuan yang perlu ada dalam manual Sirim yang terbaru akan datang ni. Dah bayar mahal kan, kena ler buat siapkan kerja tu ya!


Wednesday, May 13, 2026

Gambar 2026 Vs Childhood || Trending di Chat GPT

Perkara ni tengah trending kan, jadi saja je aku nak cuba guna promp Chat GPT yang tengah famous tu. Janji ada gambar terkini (padahal gambar dewasa tu versi 2023 hehehe) dengan gambar masa kecil.

upload gambar masa kecil dan gambar kau terkini dalam Chat GPT
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Copy ayat2 tuπŸ‘‡πŸΌπŸ‘‡πŸΌ
Gunakan dua gambar rujukan yang diberikan (gambar kanak-kanak dan gambar dewasa). Kekalkan identiti individu sepenuhnya termasuk wajah, bentuk muka, mata, hidung, dan ciri-ciri unik supaya jelas kedua-duanya adalah orang yang sama pada usia berbeza.
Gabungkan kedua-dua individu dalam satu komposisi potret studio yang kemas dan minimalis, latar belakang plain warna kelabu lembut (studio look).
Susunan:
Sebelah kiri: versi kanak-kanak (tahun 1988)
Sebelah kanan: versi dewasa (tahun 2026)
Kedua-dua subjek duduk berhadapan sedikit antara satu sama lain, dengan ekspresi lembut, senyum kecil, dan eye contact yang penuh emosi (warm, nostalgic, meaningful).
Gaya:
Ultra realistic
Lighting studio lembut (soft diffused lighting)
Tone warna natural, sedikit warm
Depth of field ringan (background blur halus)
Perincian:
Kekalkan pakaian asal (atau upgrade sedikit untuk nampak clean & kemas tanpa ubah identiti)
Pastikan proporsi realistik (elakkan anatomi pelik)
Ekspresi natural dan konsisten
Teks:
Letakkan teks "1988" di atas bahagian kanak-kanak
Letakkan teks "2026" di atas bahagian dewasa
Font simple, clean, warna putih atau kelabu cerah
Gaya akhir:
Emotional, cinematic, high quality portrait, storytelling visual “then vs now”, kemas dan premium.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Gambar kecil tak banyak, sebab keluarga kami bukannya kaya nak ada kamera. Mak saudara je yang ada kamera, tumpang amik gambar keluarga. So very limited gambar2 aku masa kecil. 


Gambar kecil masa raya 1990, kami ambil gambar sekeluarga kat kampung atuk di Klang. Hari raya yang memang sempoi. Just pakai T-shirt, skirt dan selipar je hahaha!! Senang kan! tak complicated pun zaman tu, nak sedondon bagai.....


For my childhood, I really miss that memory..



 

Sunday, March 8, 2026

Ilhan Wafiq selamat berkhatan

 29 Disember 2025, Ilhan selamat berkhatan di klinik di Seremban 2. Aku je lambat nak update dalam blog ni. Dah 3 bulan baru terhegeh nak tulis huhuhu. Register awal bulan Disember sebab ready untuk cuti sekolah. Tapi rupanya ramai dah register penuh dari awal minggu tersebut, adalah slot kosong untuk Ilhan selit satu appointment berkhatan. 

Ready dah, senyum je. Pakai kain pelikat siap2 dari rumah. 

Ayah bagi tips- tips macam mana nak elak takut hehehe. 

Muka steady je Ilhan, tak takut langsung. Banyak bertanya kat doktor. 

Balik rumah bagi makan panadol untuk tahan sakit, sebab ubat bius tu dah habis memang akan rasa sakit lepas tu. Tengok muka Ilhan berkerut juga tahan sakit. 


Terus tidur lepas makan panadol. 

Guna kayu je selit kat sofa untuk sangkut kain dia hahaha. 

Lepas 3 hari kami pun bertolak balik ke Perak sebab Ilhan dah ok boleh pakai seluar dan berjalan seperti biasa walaupun jalan perlahan-lahan . Kat kampung Ilhan request nak mandi sungai pulak dah. Mintak banyak kali nak mandi sungai, ok ke dah tu nak mandi?? Dah ok dah!! Dia cakap. 



Yelah bawak lah dia mandi kat sungai dekat2 rumah Pak Teh. 

Hilang rasa ngilu ke sakit, syoik mandi sungai. Sejukkkk!! Aku pun malas nak mandi. 
 

Semua tak mandi, tengok air je. Ilhan sorang jer yang mandi. Sejuk bai...

Kebetulan kat kampung tengah musim buah durian dan manggis, jadi boleh ler merasa makan buah-buah ni kat kampung. 

Budak paling excited dapat makan buah manggis. Pak Anajang tolong petikkan. 












Monday, December 15, 2025

Majlis Anugerah Insan Terbilang _Ilhan Wafiq

Sabtu lepas, 13hb Disember 2025 sekolah Ilhan Wafiq ada buat majlis Anugerah Insan Terbilang. Dan Ilhan Wafiq terpilih untuk menerima dua anugerah tersebut. Satu anugerah kedudukan terbaik dalam kelas, dia dapat nombor dua. Dan satu anugerah lagi ialah anugerah Sifar ponteng. 


Dua kalilah Ilhan naik pentas untuk ambil anugerah. 




Dan dah tentu dia paksa kami datang walaupun hari Sabtu huhuhu. Sebab ada VIP jemputan jadi sokolah buat majlis bukan hari persekolahan pulak. Cuma rasa lega sebab Ilhan boleh perform dan catch up walaupun masuk sekolah baru. Masa awal tahun ni banyak juga dia punya drama, nak balik sekolah lama dia kat PD... tak best lah, tak seronok lah. Kawan2 kelas sini teruk lah, suka membuli.. adoiii. Pening ibu nak layan. 

Aku pesan jer, kalau nak cikgu nampak kewujudan kita, rajin-rajinlah belajar dan jadi yang terbaik. Once cikgu dah nampak kewujudan kita- dari segi kepandaian dan kebaikan dan kesopanan, pelajar lain tidak berani usik dan ganggu kita sebab kita sentiasa dalam pemerhatian cikgu. Percayalah cakap ibu dan ayah. 

Amboi kembang hidung dia hehehe, suka lah tu dapat naik pentas dan amik hadiah.
 
Tahniah Ilhan Wafiq, semoga terus cemerlang dan dipermudahkan urusan pembelajaran kamu. Happy2 selalu, jangan risau sangat kawan2 tu, inshaAllah kamu akan jumpa orang yang baik2 jika kita orang yang baik. Amin. 



Sunday, October 12, 2025

Rezeki Naik Pangkat.

Alhamdulilah segala puji pada Allah segala syukur kepada Nya kerana memberikan aku peluang meningkatkan lagi kemajuan hidup diri ini. 

Aku temuduga validasi pada 1 Jun 2024. Dan keputusan dia keluar pada 9 Jun 2025. Setahun juga menunggu, sampai dah rasa malas nak tunggu hahaha!! Bila ada pengumuman dari Ketua Pengarah JPPKK, kami kena check dalam keputusan di website Esis, sehari selepas cuti sambutan awal Muharam. 

Alhamdulilah. 

Dalam website esis, macam pelik gambar lama sebab gambar ini diambil tahun 2005 - time aku nak sambung belajar kat UTHM. 

Masa keputusan keluar,  aku dah berpindah dan mula berkhidmat di Politeknik Nilai mula Januari 2025. Jadi keputusan penempatan baru tu korang boleh agaklah jawapan dia. Nak ke mana lagi kan?? Kekal lah kat Politeknik Nilai. Hehehehe. Padahal hati ni nak cuba tukar angin ke Kolej Komuniti. 

Daripada bermula 2002 di Politeknik Kulim (Tunku Sultanah Bahiyah), Kedah sebagai DG 6 . Kemudian bertukar perkhidmatan di Politeknik Kuching Sarawak dari DH29 (Sistem SSM) aku naik kepada DH42. Tahun 2012 berpindah Politeknik Port Dickson,  kemudian naik dari DH 42 kepada DH 44. Akhirnya tahun ni rezeki naik ke DH48 tapi aku dah pindah ke politeknik Nilai pula sebelum keputusan keluar. 

Cuma bila sistem Perkhidmatan dah bertukar kepada SSPA, DH48 tukar jadi DH12 pulak. Aku pun tak biasa nak sebut atau tulis gred baru ni hmmm. Untuk masa depan, aku tak tahu lah nak gerak ke mana lepas ni atau nak cuba lagi naik pangkat? Sebab letih juga nak buat fail kecemerlangan. 

Jenuh wei, dah empat kali buat fail yang bertimbun, dan kau nak menghadap validasi panel lagi. Dash saturated, mungkin??

Apa2 pun syukur sangat2 atas segala pengalaman dan pencapaian yang aku hadap sepanjang menjadi penjawat awam ni. Alhamdulilah. Alhamdulilah. Alhamdulilah. 



Wednesday, July 30, 2025

Bercuti Di Langkawi 2025 || Part 2

Sambungan kepada hari kedua....Bercuti Langkawi tahun 2025. So macam biasa kita bangun pagi2 dan sarapan di HG hotel. Senang ambil breakfast hotel sekali penginapan sebab tak payah buang masa merayau nak cari port makan pagi2. Kita nak fuel up bagi tenaga untuk sambung aktiviti seterusnya. 

Menu sarapan di hotel memang sama jer di mana-mana hotel dalam Malaysia ni.

So hari kedua agenda seterusnya adalah ke Underwater World Langkawi. Sebelum masuk, kita jejalan di kat pantai Chenang ya. Saja ambil gambar sebab Underwater world belum bukak lagi ya kui kui. Pagi benor ko datang....

Kita ambil gambar santai kat pantai jer. Nak buat aktiviti pantai malas nak main air laut. 


Santai-santai pak. . .

Apasal muka nak senyum paksa jer hahaha



Suruh dia senyum, boleh buat muka cringe pulak 




Satu keluarga dah jejak kaki di Langkawi ya. 


Dekat 30 minit duduk kat pantai ni baru kita masuk ke Under water World pulak. Dah bukak dah jam 9.00 pagi. 

Tahun 2013. Tempat yang sama dalam Underwater World Langkawi. 

Ni tahun 2025, tempat ni memang tak berubah banyak, 
Tak berapa sejuk, mungkin sebab ramai pengunjung pagi tu. Dan ikan dia pun tak banyak macam dulu. 

Banyak fosil, kalau kat belakang rumah mesti ingat kulit kerang mak buang lepas makan ye tak!

Stylo betul penguin ni!
 rambut ala2 reggea style Bob Marley pulak aku tengok. Jalan tergedik2, comey...

Pusing-pusing dalam ni lebih kurang sejam lebih juga. Ada pertunjukkan penguin tapi aku share dalam Instagram sahaja. Selesai je aktiviti di sini kita ke Laksa Ikan Seekor kat Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. 

Laksa biasa, laksa ikan seekor dan laksa sarang burung. 
Rasa dia - biasa je nyah!
Kalau aku sekali makan ok, tak perlu repeat dah. 

Ilhan macam biasa memang peminat laksa, jadi makan mesti habis punya. 
Qaireen dan Umar makan kiew tiew goreng jer. 

Lepas makan2, kita nak ke Ayer Hangat Village Langkawi. Tapi tempat ni ditutup atas sebab-sebab kerja pengubahsuaian yang dilakukan. Jadi kita terus ke Kompleks Kraf Langkawi. Kat sana ada pameran dan karnival macam-macam aktiviti disediakan.  
 

Mencanting batik mestilah ada. 

Banyak barang kraftangan yang dijual di sini. 
Cantik dan comel, halus kerja seni dia. 

Banyak lukisan batik dijual kat sini. 

Dalam pukul 4 petang kita bergerak ke next destination iaitu ke MAHA Tower. Menara baru siap dalam beberapa tahun lepas. Dulu kami datang belum ada lagi menara ni. 

Sini tak ramai pengunjung jadi parking kereta pun senang. Kalau ada pun sekadar nak berhenti nak beli kopi Zus. 

Sebab ada Zus Coffee kita lepak dulu minum kopi kat sini. 

Wow Ilhan memang suka betul order Frappe, dah ler harga paling mahal pulak tu hmmm. 
Aku just belikan tiket 3 keping sahaja untuk anak-anak.Jadi budak2 ni jer yang naik ke atas menara tu, ibu dan ayah just tunggu jer kat dalam Zus Coffee.

Memang betul atas ni kosong, tiada orang pun. Masa diorang naik petugas Maha Tower akan ikut sekali temankan diorang. Jadi aku tak risau nak lepaskan diorang naik ke atas sebab ada tour guide. 

Gambar ni pun tour guide yang ambilkan. Umar nampak cuak bila nak pijak lantai kaca tu. Kat situ kita boleh nampak keseluruhan Pekan Kuah dan pantai disekitarnya. 

Selesai je turun jom kita gerak balik ke hotel. Penat pulak rasanya, lepas anak-anak mengadu lapar nak makan dulu. Oklah kita bagi diorang makan kat hotel jelah sebab hotel ada bagi kupon diskaun kalau makan di cafe hotel. 

Kat cafe hotel, anak-anak order makan western. Aku dan husband tak makan, sebab rasa nak makan lagi bihun sup yang kami makan semalam hahaha. 

So lepas makan kami balik dan mandi solat dan rehat. Lepas waktu maghrib aku dan husband keluar makan bihun sup dan beli lah jajan untuk makan kat hotel. Malam tu kita just rest je tak ke mana-mana. Nak pack barang dan beg sebab besok dah nak check out hotel dan ke airport. 

Besok pagi kita sarapan, kemas beg dan check out. Sebelum ke airport kami singgah balik ke kedai TS Duty Free kat Kuah, sini coklat dia memang murah sedikit banding tempat lain. Dan ramai juga pengunjung masa kami masuk kedai ni. 



Ye haa!!
Total yang dibelanjakan semata-mata untuk coklat sahaja pagi tu hmmm. Boleh cirit ni kalau makan coklat banyak2 tu. Tapi kita memang beli dan nak bahagikan coklat kat mak ayah dan rakan opis nanti. 

Dah tengahari kta makan dulu sebelum ke Airport Langkawi. Ada restaurant dekat betul dengan Airport langkawi, nama kedainya. Jom Ikan Bakar Langkawi. Lauk pauk dia memang meriah, banyak pilihan. harga dia pun ok, murah seh. 


Jemput makan. . .

Pukul 2, kita check in luggage sebab balik ni naik Mas Airline. Semua  coklat kami letak je beg dan masuk guna luggage. Harap tak cair hahaha! Memang tak, sebab tak lama pun perjalanan. Ilhan cakap sedih nak tinggalkan Langkawi huhuhu dia happy dan suka sangat dapat bercuti kat sini. Sebelum ni dia cuma tengok gambar dan dengar cerita Umar dan Qaireen jalan2 kat sini masa diorang kecil.  Alhamdulilah selesai percutian kami selama 4 hari dan 3 malam di Pulau Langkawi untuk tahun 2025 ini. 






Kursus Pengurusan Risiko 2026 || Akademi Sirim

Bila dilantik Pegawai Pengurusan Risiko (RoM) di tempat kerja, aku kena cari tempat untuk latihan untuk memahami skop tugas. Ini disebabkan ...