Showing posts with label investment. Show all posts
Showing posts with label investment. Show all posts

Thursday, December 17, 2015

Surat Vacant Proccession GP dah sampai..

Dah lama tak masuk opis, semalam husband bagi surat dari opis. Seperti yang dijangka dan dinantikan akhirnya sampai juga surat ni.. Surat Vacant Procession Garden Plaza dr developer.



Kunci boleh diambil bila2 masa asalkan payment antara bank dan purchaser settle. Aku kira2 dalam 2k lebih bayaran untuk settle bayaran deposit air, api dan maintainence fees termasuk sinking fund.

Minggu depan boleh call admin untuk confirm balik tarikh amik kunci. Nti nak kena check defect unit lagi, sekolah masih lagi cuti  maybe kami kena angkut bawak anak2 sekali T_T



Monday, September 16, 2013

MENJADI STUDENT DSR -DR SHAH RAZALI.

Mungkin cerita ni sedikit terlewat sebab ianya berlaku sebelum puasa ramadhan tahun ini. Saya tak berkesempatan nak share sebab selepas masuk kelab ni kami seolah2 jadi huru hara sikit.

Sebelum masuk bulan ramadhan yang lepas, saya telah mendaftar menjadi student DSR selepas mengikuti seminar Twintalk di sebuah hotel di Melaka. Awalnya cuma nak dengar apa yang dikongsikan tentang pelaburan hartanah kelas pertama, tetapi bila speaker pertama, Encik Mohd Najib bercerita tentang perihal perniagaan kami memang excited. Saya tertarik dengan tawaran menjadi sTudent DSR. Ada personal coaching dari segi financial, business dan hartanah daripada mereka yang memang dah otai dan mahir terutama sekali dari Dr. Shah Razali. Kalau you all kenal blogger Abang Ensem (hensemnyer.. uhuk uhuk uhuk), dia sendiri pun recomended DSR as your coach property investment. Boleh klik di sini.




DSR bersungguh menerangkan perihal hartanah kepada peserta Twintalk

Harga dia, hm boleh tahan sebab saya berdaftar bersama husband. Dan paling best my brother Hardy pun join sekali! Alhamdulilah...dan bukan senang nak buat keputusan, kami duduk di lobi berjam-jam bincang, fikir punya fikir berbaloi ke nak keluarkan duit riban-riban untuk jadi student dia. Sampai semua dah balik dan tinggal staf diorang menunggu keputusan kami confirm atau tak nak jadi student DSR, lols! Punyalah susah nak bagi keputusan. Hardy beberapa kali call wife, Kak Lela bincang sebelum dia nak daftar jadi student. Kalau boleh nak bawa kak lela sekali terutama pasal business. Hehehe sorry yek korang kena tunggu lama time tu.
Dapat buku DSR free sebab menang dalam kuiz yg diorang buat waktu selingan seminar


Jadi bila dah keluar duit, maka bermulalah misi dan visi dalam banyak hal. Kami pergi ke alumni DSR seminggu selepas itu di Bandar Bukit Puchong berkenalan dengan semua student beliau since 2010 lagi. Kebanyakan mereka yang hadir memang bukan calang-calang student DSR. Dan adalah makan -makan dan pot luck kat situ.

Pengumuman dari DSR merasmikan Kelab Investment DSR Alpha dan Beta. Kami dimasukkan ke dalam Beta as a beginner. 

Apalagi makan lah lah pastu. Makan keenyang2 sebab makanan pergh... Banyak sungguh. Macam-macam ada.

Dan lepas bermulalah sesi coching dari mereka dari segi financial, seminar business dan hartanah serta penghantaran portfolio untuk disemak oleh DSR. Setiap student perlu menghantar progress report dua kali setahun untuk dipantau oleh mereka huhuhu. Saya akan ceritakan lebih lanjut di masa lain macamana boleh jadi kelam kabut terutama business yang dibuat lols. Adios...


Bercuti Di Langkawi 2025 || Part 2

Sambungan kepada hari kedua....Bercuti Langkawi tahun 2025. So macam biasa kita bangun pagi2 dan sarapan di HG hotel. Senang ambil breakfast...