Friday, October 9, 2015

Berjah-makanan pantang ibu bersalin

Aku baca kat laman blog Ana Suzana pasal makanan tradisional berjah ni. Makanan ni sesuai sangat untuk wanita yang berpantang selepas bersalin. So cari2 jumpalah FB pasal berjah ni. Klik kat sini . Antara ingredients yang ada dalam berjah korang boleh tengok dalam flyers bawah ni..

Ikan bilis, halia, bawang merah, bawang putih, lobak putih  dan lobak merah. 

Founder berjah Rogayah Recipes. Agak2 korang cam tak siapa retis ni. Husband aku je cam, aku tak tau pun bahahaha. 

So aku order je, whatassap mintak pos ke rumah. Ada tiga perisa, original, spicy dan kari. Aku amik 3 perisa terus nak rasa macam mana. Semalam order, tengahari ni sampai dah..


Masak nasi panas2 pastu mkan dengan berjah ni. Macam makan serunding gitu. Tapi oklah. Banyak khasiat dia. Boleh tambah susu badan dan jadi menu berdiet masa berpantang. 







Wednesday, October 7, 2015

Set bersalin NR (Nona Roguy) dah sampai!!

Aku jenis old school hehehe, tak pandai makan vitamin atau supplement masa pantang. Aku lebih selesa pantang cara tradisional macam orang2 dulu. Pakai dan makan benda2 panas dan berherba macam jamu tradisional. Jadi pantang confirm berbengkung, berparam dan berpilis sampai 44 hari.

Dulu masa bersalin anak pertama aku pakai produk Sendayu Tinggi. Mak dah belikan siap2. Tapi sebab permakanan dia ikut minggu2 aku tak berapa disiplin nak makan. Ada yang tertinggal sebab tak teringat nak makan. Lepas tu krim barut dia aku tak boleh pakai sebab alergik. Gatal2 abis naik ruam kat kulit perut. Orang yang mengurut aku (dia dah arwah) pesan jangan pakai sebab aku tak serasi.

Bila anak kedua aku tukar produk NR, beli kat online dengan ejen NR. Ni pun sebab baca testimoni pengguna NR kata memang superb. Tapi terus terang aku cakap memang NR produk yg bagus :) aku beli masa tu harga dia RM300++ .Tak ingat sebab masa tu 2010. Dan dia bagi free gift, 1 helai bengkung tradisional NR. Tapi guna sampai abis berat badan aku kembali pada berat asal malah lagi kurang lagi :))) Dan paling bagus badan rasa panas, berpeluh juga kadang2 tak de rasa sejuk, masuk angin dalam badan.

Bila untuk bakal anak ke 3 ni aku tetap teruskan guna produk NR. Bila check dalam websiteNR di sini, wow ada offer pulak. Harga hanya RM300 sahaja, dan free postage. Siap ada free bengkung lagi!! Tapi kena pre order 2 minggu. Jadi kena sabar sikit nak tunggu. Kalau boleh korang beli awal sebulan takut2 dah bersalin awal, barang tak sampai lagi.


Akhirnya pagi tadi barang order aku dah sampai, fuh lega!!

Yeah! Dah sampai barang order. Seminggu lebih juga menunggu.

Resit dia. Aku tambah beli 1 botol serbuk herbanika barut RM50.00. Jadi total semua RM350.00

Barang yang dapat....


Set bersalin NR ada di dalam kotak. Ada enam item dalam tu..

Ada Akar herbanika ( untuk minum), uncang cuci herbanika, herbanika lulur, krim barut, phytonatal dan minyak urut herbanika. 


Aku tambah serbuk herbanika barut, sebab yang krim barut dalam set bersalin tu sikit sangat... 2 minggu pakai sapu kat perut dah abis. Jadi beli serbuk banyak sikit. Cuma kena campur air asam jawa bila bançuh guna serbuk ni sebelum sapu kat perut.





Monday, October 5, 2015

Menghampiri Due Date (Dup Dap Dup Dap)

Aku kira2 adalah dalam 2 minggu lagi dah dekat due date. Husband pun dah tegur pagi tadi perut aku dah ke bawah. Macam dah dekat. Every night aku dah mula rasa contraction pon, sakit perut kadang2 mengeras tapi tak menentu sela masa. Sebab kalau contraction betul2 nak beranak sela masa kita kira akan sama macam 10 minit atau 5 minit selang masa rasa sakit. Ini asyik2 sakit... tapi setengah jam kemudian tak da rasa pulak hehehe. Kalau pergi hospital tak pasal2 nurse suruh balik rumah semula T_T.


Office mate aku, Kak Ina dah selamat bersalin minggu lepas. Dah bercuti panjang dah... 
Aku menumpang bilik ni sejak bulan Jun lepas sebab dah tak larat nak panjat tangga ke opis aku kat tingkat tiga. 

Bila asyik duk fikirkan nak bersalin, aku pun kadang2 termimpi2 aku dah bersalin!! Bila terjaga tidur cepat2 pegang perut kot2 dah terberanak ke apa T_T.  Kiranya sekarang ni tidur memang tak lena, kejap2 terjaga huhuhu. Salah satu sebab juga aku asyik memikirkan kerja2 kat opis ni yang perlu disiapkan.

Alhamdulilah kebanyakkan kelas aku dah diabiskan dengan sempurna cuma ada beberapa penilaian lagi belum disemak dan ujian belum dibuat. Sebab kena selaras dan tunggu pensyarah2 lain abiskan silibus mereka dahulu. Buat masa ni aku pulun marking assignment2 pelajar kelas Cad Cam dan Termodinamik. Subjek LK dah settle awal2 sebab aku memang nak amik kelas dari minggu pertama hingga minggu ke 10. Lepas tu aku serah markah dan kedatangan pelajar pada pensyarah kedua untuk diteruskan sampai final exam.

Senang citer, aku tak nak susahkan sesiapa pun. Tak mahu bagi kerja bertangguh2 kepada rakan2 pensyarah lain. Biarlah kerja aku disiapkan dan disempurnakan sebelum aku bercuti panjang. Diorang pun ada komitmen kelas2 lain. Lagipun nanti tak best bila attitude atau prestasi kita jadi rekod buruk, orang akan cerita2 di belakang kita. Kerja tak siap on time, tapi nak cuti atau sibuk buat perkara lain sahaja. Dan aku sedari ini adalah jawatan hakiki aku yang aku perlu jaga tanggungjawab dan amanahnya :)


Naik lenguh nak marking semua paper pernilaian. 

Semalam pun masih ada lagi berbaki pelajar menghantar tugasan2 yang lain... adoiii.


Hopefully semoga segala urusan aku dipermudahkan semuanya. Sekarang musim jerebu, jadi kena jaga kesihatan betul2. Jadi aku dan keluarga kena duduk dalam rumah sahaja sepanjang 3 minggu ni... 

Bercuti Di Langkawi 2025 || Part 2

Sambungan kepada hari kedua....Bercuti Langkawi tahun 2025. So macam biasa kita bangun pagi2 dan sarapan di HG hotel. Senang ambil breakfast...