Thursday, February 4, 2016

HANDPHONE BARU...

Ada aku citer pasal handphone aku (dah buat hal). Actually handphone takde masalah cuma bateri jer charge2 tak masuk beb... dan dah dua kali terjadi, aku jadi give up tahap gaban punya!! Husband bagitau 'dah sampai masa dia kot'... huhu dah empat tahun aku pakai handphone ni.

Last week cuba cari ler kat Seremban dengan anggaran bajet bawah RM300 jer, hahaha down grade dah. Memang tak jumpe, jenama cap Samseng pun RM399, fuh lebih dari bajet sepatutnya. Kalau jenama Huawei adalah dalam RM299. Tapi aku tak biasa guna brand lain. Memang pakai Samsung sebab tablet aku pun jenis samsung, senang nak pinda data. Jadi kena cari. Fokus! Fokus!

Last2 abis pusing di Seremban dan S2, aku cari kat online saje, kat LAZADA. Cari2 lah yang bawah RM300 kebanyakkan mesti OUT OF STOCK....T_T. Yelah, dah murah mesti berebut orang beli. Last2 cari2 scroll2 akhirnya jumpa, dalam RM289, brand Samsung Galaxy Young 2. Baca dan compare review pastu cepat2 beli. Takut abis lagi.

Oklah juga,handphone ni sekadar nak buat call, sms dan whatassap. Dan juga nak surf internet boring2 nak tunggu anak abis sekolah. Dan boleh guna nak amik gambar. Cuma dia takde camera di hadapan, tak boleh amik gambo selfie. Tapi takpe, aku memang tak minat berselfie pun muahaha. 

Beli hari Ahad, hari Rabu dah dapat... Bungkusan dah sampai.

Itulah dia seketui kotak dan resit dia bagi.

Handphone, aksesori yang diberikan termasuk manual dia...

Hahaha, kecik comei jer... sesuai untuk orang muda cam aku ni :P

Dapat terus pakai, sebab ramai orang whatassap aku tapi aku tak balas. Yela handphone problem. Setakat arini aku pakai, oklah. Not bad. Ringan. Cuma dah biasa pegang hand phone skrin besar (samsung galaxy note) bila nak scroll membaca, mata terpaksa besarkan hahaha.



Wednesday, February 3, 2016

Ilhan first day di taska

Dah 3 bulan 2 mggu Ilhan duduk rumah. Dapat susu direct feeding dari aku. Dah diajar pakai puting guna botol pun payah, salah aku juga. Naklagi seminggu naik kerja baru nak ajar. Padan muka aku T_T

Marah, marah, marah...
Time ni Ilhan refuse tak mau minum pakai botol... aku pun tak tau nak buat camne dah. Last2 tangkap hambar dia miahahaha. Bila dah lapar, haus sangat sebab asyik teriak je baru nak minum tapi sikit jerrr.

Kali ni nekad jelah, antar jela ke taska CDC. hopefully Ilhan boleh bawa diri huhuhu. Pagi tu antar Ilhan aku tinggalkan no telefon pada staf cdc, kot2 kalau dia tak nak susu bagitau aku nanti. Lagipun aritu ada followup klinik bayi dan kanak2 dia.. masa aku tinggalkan rasa sayu je tengok Ilhan macam tercenggang2 kat tempat baru tu, mesti pelik suasana baru kan T_T nasib baik dekat je dengan opis ibu. 


Pukul 9pagi dapat sms dari dia....wah mesti mengamuk sungguh budak ni. Aku pun datang, dah siap mandi dah dia. Fuh muka merah menangis sakan sebab tak mau tidur dan susu. Bawak terus klinik, check berat dan panjang. Pastu Ilhan kena cucuk untuk 3 bulan punya. Apalagi mengamuk lagi si Ilhan ni. Tengahari aku bawak balik ke taska CDC. Ilhan tidur terus sebab penat agaknya. Aku beli panadol syrup dan puting baru kat staf tu takut2 dia deman sebab kena cucuk tadi.

Balik dari kerja amik budak2 termasuk Ilhan, aku perasan Ilhan senyop jer... macam merajuk hehehe. Besok pun antar bila balik tdia terus senyap saja. Tengok dia moody je. Dia macam dedau jer, macam nak deman. Rupamyer malam tu deman T_T. Aku tak tau ler deman sebab kena cucuk ker atau sebab kena tinggal. Kebetulan mak ayah baru sampai dari johor. Saja datang nak bagi mesin jahit mak kat aku...


Budak deman... first time ilhan deman. Aku cuti arini nak pantau deman dia. Mak cakap badan dia ok, takde lah panas sangat. 

Sian dia, dah ler tempat baru, suasana baru. Kena cucuk lagi aritu. Mana tak deman dibuatnyer. Harap2 besok Ilhan sihat sepenuhnyer.. 

Sunday, January 31, 2016

Cuti bersalin tamat!!

Aiseh arini last day  cuti setelah sekian lama berehat selepas bersalin Ilhan Wafiq bulan Oktober tahun lepas. Huhu dah start kerja dah bulan Februari ni... confirm aku jadi blur nak masuk kerja besok T_T

So arini pulak handphone Samsung Galaxy note aku buat hal. Dah lama sangat buat hal tapi bersabar jela. Last2 arini terus padam, charge2 tak masuk pun dlm bateri, adeh.. Tepon ni pun aku beli Disember 2012 kat Maxis, offer RM599 jerrrr... pastu tak sampai 2 minggu pakai, diorang keluar Samsung Galaxy note 2. Ooo payutlah diorg bagi murah je version pertama ni muahahaha.

Tepon yang dulu segan2 nak hidup kini dah terus tak hidup daaaa..

Jadi misi arini cari seterika baru (wah semangat nak gosok baju kerja ko) dan handphone baru bajet bwh RM300 bahaha.. agak2 dapat tak?? Ntah apalah nasib arini banyak pulak kete, jammed manjang je kat bandar seremban. Nak gi kedai Tye Hin pun payah T_T. Penuh je kereta, sebab nak dekat Tahun Baru China. Last2 pergi beli kat Seremban Prima je, cawangan baru dia. Tapi handphone tak jual, jadi beli jela sterika Panasonic baru. Pilih yang berat sikit sebab aku tak tekan2 bila mengosok baju, letih weh...


Pastu gi makan pizza hut... kat Aeon S2. Sebab nak celebrate harijadi anak perempuan kami, dan juga aku sekali (miahahaha). Aku dan Qaireen share hari lahir yg sama. Tak sangka dah bertambah umur dah anak beranak ni...


Bakul baju Ilhan untuk ke taska politeknik.


Malam tu dok kemas2 ler semua beg dan bakul anak nak antar gi sekolah lah, taska lah.. banyaknyer beg2 nak berangkut ke dalam kete pagi2 nanti!!

Berapa banyak punya beg dah....


Sian dia, besok dah kena dijaga orang lain dah. Ibu dah start kerja, tak boleh nak ulit2 awak setiap pagi dan hati T_T




Bercuti Di Langkawi 2025 || Part 2

Sambungan kepada hari kedua....Bercuti Langkawi tahun 2025. So macam biasa kita bangun pagi2 dan sarapan di HG hotel. Senang ambil breakfast...