Thursday, November 28, 2013

Meninjau Kajang - Symphony Residence

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Setelah balik dari kursus Catia, 15 November saya ke Pejabat Pos Seremban untuk pos BVSM dan kemudian bawa anak-anak makan KFC di Seremban. Usai makan kami terus masuk ke LEKAS untuk ke Kajang. Exit Semenyih betul-betul di hadapan sedikit simpang Klinik Kesihatan Kajang ada satu property under construction di situ.  Confius sebab kata Kajang tapi sebenarnya dah masuk Semenyih. Ni confirm poskod dia Semenyih, bukan Kajang.

Tujuan kami ke Kajang adalah untuk meninjau sebuah projek under construction di Symphony Residence yang terletak berhampiran Bandar Teknologi Kajang. Kondominium ini dijangkakan akan disiapkan pada 2015 dan pejabat urusan baru sahaja dibuka untuk orang ramai di tapak pembinaan tersebut. Lengkap dengan gym, sekuriti, kad akses, swimming pool dan parking kereta berbumbung.






Ada 3 jenis unit yang mempunyai keluasan yang berlainan. Paling besar adalah 1070 sqf dan 1050 sqf. Basic unit tiada perabot tapi harga memang dikira mampu milik sesuai untuk duduk sendiri bersama family. Anggaran harga ialah 360K sebelum rebet dan diskaun bumi.  Ada 18 tingkat dan setiap tingkat akan meningkat RM2000. Untuk booking hanya perlu bayar Rm1000 sahaja. Ada ejen yang sedia untuk membantu mengira komitmen anda jika berminat dengan unit tersebut. Tiada DIBS, tetapi harga ini memang 'affordable' bagi keluasan kondominium. Jadi katakan tingkat pertengahan selepas rebet dan diskaun bumi harga dalam sekitar RM319k sahaja. Jadi komitmen anggaran dalam RM1500 per month


Perancangan akan datang untuk dibangunkan oleh developer. Bangunan kedai dan Mydin sudah siap dan beroperasi.

Di hadapan tapak SR itu ada satu bangunan pasaraya Mydin yang hampir siap 90% dan dijangka beroperasi pada bulan Disember. Memang agak dekat dengan exit lebuhraya LEKAS dan SILK. Saya difahamkan untuk non bumi unit sudah habis, yang tinggal hanya bumi unit sahaja. Ada seorang Chinese beritahu Symphony Residence belum lagi dilancarkan tetapi hampir separuh sudah dibeli dan di bawah dia ada 10 orang masih beratur menunggu untuk dapatkan unit. Jadi dia mengharapkan ada unit yang tak lepas loan untuk diambil. Ini adalah fasa pertama, fasa kedua disasarkan lancar 2014 dan yang ketiga ( siap dengan shopping lot) pada 2015. Jadi akan ada peningkatan harga fasa2 yang seterusnya.

So itu yang saya dapatkan sedikit sebanyak maklumat tentang Projek Symphony Residence di Kajang dan kongsikan di sini. Jadi terpulang, tepuk dada tanya kalkulator anda yek. Peace!



Monday, November 18, 2013

Promosi Menjadi Ahli Tupperware!!

Salam Sejahtera,

Adakah anda berminat untuk menjadi ahli tuperware dan menikmati diskaun ahli 25% bagi setiap pembelian??

Untuk menjadi ahli Tupperware bayaran pendaftaran adalah RM70.00 
dan anda akan mendapat 1 beg kit bersama Tupperware gift seperti gambar di bawah.

Beg kit dan produk Tupperware untuk konsultant baru.

TETAPI ADA PROMOSI HEBAT!!

Di mana pakej istimewa ini anda hanya perlu membayar RM280 dan anda akan mendapat;
  1. Keahlian Tupperware (bersama katolog percuma akan saya poskan setiap kali kempen terbaru)
  2. Beg Kit (tupperware gift, sample Berry Gen Collagen dan Lacto Fiber)
  3. Treasure BOX (harga asal RM400++)
  4. Special gift daripada saya :)

Beg kit dan Treasure Box

Ada apa dalam Treasure Box?? Macam-macam ada!!

Dan special gift daripada saya!!


HANYA RM280 sahaja, macam-macam anda dapat.
Dan bukan sahaja anda menikmati diskaun setiap pembelian tetapi juga berpeluang menjalankan perniagaan secara sambilan. Secara jujur saya katakan demand Tupperware memang tinggi.

Aktiviti biasa kalau memborong untuk tempahan pelanggan. Tak sampai seminggu mesti habis!! Kadang-kadang tak cukup stok, perlu pantas :)


Dan anda juga menikmati komisyen sebagai distributer TUPPERWARE. 
Satu Perniagaan sampingan TANPA memerlukan modal yang tinggi!!


Bagaimana caranya??


Call/ SMS / WhatAssap saya
HASNY
012 7597929
013 6036630

Wednesday, November 13, 2013

Kursus Catia vs Reunion Classmate DWA 1999-2001

Assalam. Usai sudah peperiksaan akhir pelajar politeknik dan para pensyarah pula berperang menanda kertas-kertas jawapan disusuli audit dari SIRIM menyebabkan ku tak berkesempatan mengetip jari-jariku untuk menaip di blog ini.

Dan minggu ini aku pun berangkat ke Behrang untuk menjalani kursus PPK untuk software CATIA di Politeknik Sultan Azlan Shah. Politeknik ini ada lesen untuk P&P bagi melatih pelajar automotif dengan kerjasama pihak Proton. Pasal kursus tu nantilah aku cerita dalam bab lain. Nak berasap kepala dibuatnya hahaha.



Kursus selama lima hari telah mengumpulkan segelintir member2 kelas diploma kejuruteraan mekanikal ku ketika itu dikenali sbgai DWA di ITTHO (kini dikenali nama UTHM). Apalagi memang kecoh beb!

Kebetulan seorang member yang berkhidmat di sana sedang cuti bersalin jadi memang masa ini kami ambil kesempatan melawat dia di kuaters.




Memang meriah bila dapat kumpul ramai-ramai. Hanya seorang tak dapat datang sebab dah sarat dan tunggu masa untuk bersalin. Teringat aku masa belajar dan duduk menyewa rumah kat parit raja. Kebetulan masa posting pertama aku berkhidmat sekali dengan member2 DWA yg lain. Kiranya masa belajar diploma, kerja dan sambung belajar degree memang kami berjumpa lagi. 

Jadi kalau ke mana- mana politeknik Malaysia confirm akan jumpa segelintir member2 kelas DWA ni. Nampak sangat perubahan dari segi usia dan badan hahaha. Al maklumlah semua sudah melewati 30an kan...

Untungnya jadi pensyarah politeknik sebab ukhwah terjalin dengan rapat biar pun tak sempat nk jumpa walaupun bertahun-tahun. Semoga persahabatan ini kekal dunia dan akhirat. Amin....





Friday, November 1, 2013

SEMINAR WANG DAN HARTANAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Minggu lepas merupakan minggu yang sibuk sebab tiada waktu free masa weekend..... Pagi-pagi dah keluar rumah ke Cyberjaya. Hari Sabtu dan Ahad (26 dan 27 Oktober 2013) saya telah mengikuti Seminar Taiko Rumah Lelong dan Seminar Wang dan Hartanah anjuran sifu Cik Rohaniah Noor dari PropertyWaltz.com.

Tempatnya di CBD Perdana 1, Cyberjaya bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. So hari pertama, Pn Siti Farazilah Ratu Hartanah Lelong (ok ker gelaran ni hehehe) yang bagi speech tentang tatacara dan flow untuk pembelian rumah lelong. Yela jarang golongan wanita terlibat dalam pembelian rumah lelong kan. Kebetulan kakak ipar berminat tentang pembelian rumah lelong jadi saya hasut dia datang sekali hehehe. Jadi Pn Siti berkongsi banyak ilmu dan pengalaman yang beliau lalui untuk pembelian rumah-rumah lelongnya sebelum ini. Blog beliau banyak berkaitan tentang hartanah lelong, boleh lihatlah di sini.





Petang pula giliran En Shafie Bustan- blogger pie2020.com (yang ni Raja Lelong hah) bagi talk tentang hartanah lelong untuk flip. Jadi terpulang pada kita sama ada untuk membeli rumah lelong untuk keep atau flip. Bergantung pada objektif dan profit kita mahukan. Cuma untuk flip kurang best sebab penangan bajet 2014, RPGT meningkat sekali ganda dari 15% ke 30% untuk jualan rumah yang kurang dari 3 tahun. Maak aiii....Banyak juga tu, yang untung pun kerajaan juga hmmm.



Dan paling best sebab kami dapat buku karya terbaru beliau (yang "hot" baru keluar dari oven katakan) untuk dijual selepas seminar. Kata Cik Rohaniah baru jer tiga hari diterbitkan, kira kami adalah orang pertama yang dapat buku dan autograph dari Pie (wah macam retis, glamour gitew hahaha).


Hari kedua, Cik Rohaniah (blogger PropertyWaltz.com) yang jadi speaker untuk Seminar wang dan Hartanah. Di sini penentuan bagi komitmen-komitmen dan pendapatan yang perlu diketahui bagi menentukan jodoh hartanah kita sebenarnya... Apa yang penting, ialah kedudukan kewangan kita- FINANCIAL. Jadi ini juga ditekankan oleh DSR dalam seminar-seminar beliau sebelum ini. Sebut nama DSR, teringat saya masih berhutang untuk hantar personal profile untuk disemak pada staf beliau. Alamak! Huhuhuhu.


Sekarang ni adalah masa saya untuk meningkatkan tangki saya sebelum bermula untuk investment. Bak kata Abang Abu, pastikan tank-tank itu cukup supaya anda boleh melabur dengan selamat dan bijak. Cukup dulu hartanah yang ada buat masa ini, nak pilih pun bukan mudah nak cari kena bersungguh-sungguh tapi yang penting financial kena kukuh. Hehehe.

Tahun depan kalau ada rezeki lebih, dapatlah pulak satu hartanah yang cukup cantik dan cun profit bolehlah beli lagi. Apa-apa pun sekarang plan saya merancakkan lagi side income dan kurangkan komitmen. Lepas ni nak daftar nama syarikat-Enterprise supaya akaun perniagaan side income boleh dikira sebagai income tambahan. Selain itu, saya dan husband akan buang semua pakej Astro yang dilanggan dan ambil yang basic sahaja. Semua tahukan Astro akan naikkan bil pada bulan hadapan. Kami memang tak ambil pakej Beyond, terasa membazir pula sebab memang tak de masa nak tengok TV. Saya cuma cakap pada husband kalau Chelsea menang Liga Perdana English pun ianya tak datangkan keuntungan apa-apa pada kita (tak de effect side income pun kecuali terlibat dalam judi, nauzubillah dijauhkan)

Jadi apa langkah anda untuk tingkatkan income dan kurangkan komitmen?? Nanti boleh kita share sama-sama.

Wasalam....

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...