Wednesday, October 29, 2014

Buat mangga jeruk

Penangan viral mangga jeruk kat internet ni buat aku pun nak cuba juga buat benda ni. Tapi mangga muda tak de. Tapi alhamdulilah rakan opis, Pidah bawa pula ke JKM. Mangga dari kampung dia. Aku amik dua biji, nak cuba dulu.


Dua biji sikit je, kebetulan sebiji lagi dah busuk, berair sikit.

pilih mana2 yang elok, potong halus2 sebab senang rasa dia diserapkan.

Tabur gula 3 sudu besar, 1 bungkus asam plum (ni bukan asam boi yek aku letak sebab kebetulan kat rumah yg ada asam ni jek) dan cili padi. Gaulkan rata2.


Pastu simpan dalam tupperware.


Sejukkan dalam peti ais. Baru makan sedap sikit. Lagi sejuk lagi sedap. 

Hmm sebenarnya nak sejuk apanyer sebab jeruk ni dah abis pun, sikit je tak banyak. Sekali makan dengan husband dah selawat dah heheeee.
Alhamdulilah.


tak pe, nanti tunggu lah mangga yang tanam dah berbuah boleh buat banyak2 nanti :)

Mari berkebun!!

Dulu aku dah story kat sini, aku dan husband tak tahu, takde idea nak tanam apa kat kawasan rumah kami. Dan semalam pergi Pasar Tani di Batu 4, PD, adalah aku dan husband membeli sikit - 2 pokok mangga madu, 2 pokok delima merah dan 1 pokok pinang merah. Pokok pinang merah murah juga sebab dah besar ni harga RM18. Compare kat nuseri yang kami pergi baru2 ni, pokok kecik lagi dari ni pun dia nak jual RM20.



Mangga kahwin, dah ditutkan. Mangga ni buah kecik je, aku tak berani nak beli buah yang besar sebab teringat ayah aku tanam dulu kat rumah bila buah besar je sikit tak jadi. Buah tu pecah dan merekah. 

Anak pokok pinang merah, kebetulan jiran belakang pun tanam juga tapi dah besar. Mahal tu, sekurangnya RM100 lebih!
 Hehehe kami ni beli kecik je, tanam nanti harap2 hidup ler membesar. Kalau tak hidup takde aku ralat sangat tengok duit lebur!!


Pokok delima merah 

Tanah organik dan baja pembesaran. 
1 sudu, tabur setiap bulan. 

Sebelum ni aku ada juga beli pokok bunga kat nusery Tesco S2. 

Aku tak tau pokok apa, main beli je sebab anak suka. Tapi dah 3 minggu ni aku perasan daun dia macam melecur sikit akhir2 ni. 

Aku search info kemungkinan terlebih klorin. Huh air kat sini klorin kuat sangat ker!! Tapi mungkin tanah yang aku tambah ke dalam pasu tu tak sesuai dengan pokok. Ceh cerewatnya pokok bunga ni!

Harap2 hidup lah pokok2 lepas aku tanam ni semua. Aku yakin berbudi pada tanah akan dapat hasilnya nanti. InshaAllah.

Tuesday, October 28, 2014

Buah tangan dari Pantai Timur.

Kebetulan mak dan ayah aku baru balik dari melancong negeri Pantai Timur. Dari Kl ke Cherating, Pahang kemudian ke Kuala Terangganu dan terus ke Kota Bahru Kelantan. NON STOP! Mujur abang aku sekeluarga ikut sekali temankan mereka, kalau tak mesti kepenatan diorg nak travel berdua saja.

Mak ajak aku sekeluarga join sekali tapi memandangkan kami ada kerja lebih2 lagi anak2 dah ada exam minggu ni aku tak jadi nak ikut serta. Balik dari sana, ada ole2 untuk kami sekeluarga.


Of course, keropok!

Keropok getel, atau lekor


Makan untuk minum petang, mak beli 3 botol sos untuk cicah. Adui bnyaknya



Monday, October 27, 2014

Haj registration


“Iringilah haji dengan umrah, sesungguhnya keduanya menghapus kemiskinan dan dosa, seperti mana relau menghilang kekotoran dari besi, emas dan perak. Ganjaran untuk haji mabrur adalah syurga.”
Hadis direkodkan oleh Imam Tirmizi & Imam Nasaie.

Orang Malaysia nak pergi menunaikan fardhu haji, secara umumnya kita pergi melalui Tabung Haji.

Dengan membuka akaun dengan nilai serendah RM 10, maka kita perlu ada sekurang2nya RM 1300 lagi sebelum dapat daftar haji.

Sepatutnya dari dulu aku dan husband pergi daftar untuk anak2 sebab diorang memang ada akaun TH. Tapi ntahlah, sebab sibuk dgn urusan dunia, dan mengajar kelas bertingkat2 maka ibu dan ayahnya tak sempat nk pergi ke Tabung Haji. Kami pula sudah daftar masa bekerja di Sarawak dulu.

Jadi hari ini sempat ke sana. Memandangkan student dah start final adalah berkelapangan masa. Simpan sekali duit diorang dapat masa hari raya puasa yang dah lepas. Raya haji pun juga dah lepas. Oh ruginya masa... Dan mohon pegawai daftarkan untuk mereka.

Hasilnya. Tahun 2076.....anggaran tempoh menunggu sahaja.

Hari ini, siapa yang baru mendaftar haji, giliran paling cepat adalah pada tahun 2076. Makin kita bertangguh daftar haji, makin lambat kita pergi.

Apa pun perkara itu di luar kuasa kita, kewajipan kita adalah segera cukupkan duit untuk mendaftar menunaikan haji.

Berdoalah bersungguh-sungguh supaya kita dapat menunaikan haji pada usia muda, ketika masih kuat dan sihat. Apabila Allah swt dah menjemput kita menjadi tetamu-Nya, tiada kuasa lain dapat menghalang.

Oleh itu berjanjilah wahai diri ini untuk uruskan duit gaji dan pendapatan sampingan dengan baik dari sekarang, andai kata bila tiba giliran kita untuk menunaikan haji, kita sudah cukup duit untuk perbelanjaan-perbelanjaan berkaitan haji. Makin lama, kos menunaikan haji makin naik. Anda ada akaun KWSP? Aku tiada.
Tapi jika anda ada akaun KWSP, boleh mendaftar melaluinya.


Wasalam...

Sunday, October 26, 2014

Final exam Pasti 2014



Besok Qaireen dan Umar akan hadapi peperiksaan akhir tahun di Pasti Al-Fateh, BSS. Wah, kecik2 dah ada exam kan! Dulu aku tadika pun macam tak belajar sangat pun, yang tahu kami banyak makan, nyanyi dan main hehehe. Tadika kemas masa tu umur aku 5 dan 6 tahun di Bukit Treh, Muar.



Husband, dia lagi hebat dia tak pernah sekolah tadika. Tau2 masuk darjah 1. Tapi oklah, jadi juga pensyarah mekanikal walau pun tiada pendidikan formal time kecik2 dulu kan.


Apa2 pun ibu dan ayah doakan semoga anak2 terang hati dan dapat menjawab dengan baik. Amin...


Friday, October 24, 2014

Salam Maal Hijrah 1436

sumber gambar google.

Kepada semua pembaca dan blogger

Semoga tahun ni bertambah lagi amal ibadah, keberkatan rezeki dan istiqamah dalam mencari keredhaan di dalam perjuangan hidup di dunia dan dan akhirat.

Amin

KABINET DAPUR

Lama juga aku nak tulis entry ni, sejak pindah rumah tak sempat2 nak tulis. Biasalah orang pompuan, kalu nak masuk rumah sendiri benda yang paling difikirkan ialah dapur.... Tulah tempat yang paling banyak masa kita habiskan di situ berbanding tempat2 lain. Lebih2 lagi kalu dah beranak pinak macam aku ni..

Dan ramai pembaca blog tanya aku pasal kabinet dapur. Jadi baru arini berkelapangan nak cerita perihal dapur aku.

Kabinet dapur siap pasang sepenuhnya setelah sebulan aku pindah dan duduk rumah baru!! Tau sebab apa? Sebab banyak sangatlah kompeni ni amik tempahan sampai terpaksa menunggu dan bersusun jadual dia nak pasang merata2 tempat. Lepas asyik silap ukur je, lain ukur lain ukuran yang datang...Bengang pun ada. Time diorang pasang ada aku cerita kat sini..

Tu dia, MURAH MURAH!
kedai memang tak nak untung maa hahaha!!

Aku amik design dan permasangan dengan Syarikat POH SENG, lokasi office dia di Garden Homes, S2. Actually sebelum dapat kunci lagi kami dah merayau sana sini dari Seremban hingga ke Senawang (ada aku cerita kat sini) mencari quatation yang terbaik. Kira2 dalm sebulan tu aku rasa dekat tujuh tempat aku survey, amik ko!!


Design 3D dari Boey.

Last2 kami setuju amik dari Poh Seng, sebab harga dia berpatutan, dapat apa yang kami mahukan. Itu pun dah husband habis2an negotiate dengan Charles, tauke kedai tu lah. Cuma design ni kami tukar, kami buang fridge rack dari senarai. Dan kami tukar full height kepada standard height saja. Jimat bajet sikit kan...sbb fridge rack tu je harga dah RM800 tau, haiiisshh..


Sebelum pindah, husband bersihkan lantai.

Sebelum.


Sebelum.
Dinding dicat. Projek pembersihan besar2an..


Selepas.

Jenis material pintu kabinet solid wood, jenis 4G. Oven tukar tempat. Aku pilih warna putih saja sebab nak bagi cerah kat kawasan ni.

Sebelum.

Charles minta pasang suis untuk oven dan microwave. Kedudukan dia siap2 bgtau kat mana.

Selepas.

Dinding cat warna hijau.


Aku prefer pasang island kat tengah, sebab asalnya design nak letak dapur di sini. Lepas tu tak jadi. Cuma buat jadi dry kitchen saja.


Table top kabinet sepatutnya batu granit hitam, tapi pekerja dia silap potong hantar batu quartz putih. Gulp, aku telan air liur sbb yg ni mahal lg dari granit. Tapi Charles kira harga sama granit sebab dia yang silap. Kalau tak aku nak reject.

Cuma husband je bising sebab dia berkenan dan pilih warna asal granit hitam. Tapi dah malas dah nak tunggu, dekat sebulan lebih tak pasang2 table top.


Kerusi island kami beli kat Ikea. Kalau beli tengok saiz ketinggian betul2, nanti silap amik hehehe. Sebab benda tu terjadi kat aku :/


Island, aku memang pilih table top guna quartz warna putih.  Sebab tahan lasak. Konon2nya senang nak mengerjakan bahan2 masak atau baking hohoho.

Yang ni wet kitchen pulak.

Sebelum.




Selepas
Dah pindah dan settle pemasangan.

Wet kitchen. Yang table top kami pilih konkrit. Oleh sebab dah bawa stove ke belakang, kena tukar brand Whirlpool kepada Rubine. Sebab Whirpool besar sgt saiz dia. Rentetan citer dia ada aku tulis sebelum ni kat sini.



Yang kabinet atas, bukan dari Poh Seng. Aku amik dari kontraktor rumah kami Ah Kong. Cerita ada di sini.. Jenis formika kayu melamin aje.. Table top konkrit pun Ah Kong yang buatkan sekali.



Hah hanya pintu kabinet yang bawah ni dari Poh Seng. Jenis formika. Solid wood. Warna pun pilih hijau putih sebab dinding dapur tiles dia warna hijau juga. Aku paksa dia pasang sebelum raya, nasib sempat pasang. Bagus2!

Yang lagi bagusnya, Charles bagi free untuk rak pinggan dan drawer partition.

Partition dia bagi siap2 dalam drawer

Dapat free, rak je. 
Bukan pinggan mangkuk sekali ye hahaha.
Huii..Punyalah lama simpan pinggan mangkuk ni dalam kotak dekat 2 tahun huhuhu


Dan ada banyak rak2 untuk aku simpan barang2 dapur dan barang dan periuk tupperware.
Sebelum ni simpan jela dalam kotak kat rumah sewa.

Last sekali harga kos dia , aku tak bagitau harga sebenar hanya anggaran sebab bergantung pada tuan kedai tu. Harga semua sekali kabinet include island , wet kitchen dan dry kitchen sekali termasuk set dapur (oven, hood dan hob), sinki dua dan tap air (aksesori percuma) daripada Poh Seng ialah di bawah RM15K...

Bagi aku itu memang harga berpatutan, sebab semua aku nak dapat. Memang puas hati. Sebab ada setengah tempat lain bagi quotation dekat 18k-20k tapi aku cuma dapt kabinet untuk dry kitchen jek!! Takde set dapur dan aksesori. Tak tau lah kalu korang ada tempat yg lebih murah dan menawan tawaran dia kan...

Cuma satu je, kena sabar banyak2 noh!! PUNYALAH LAMBAT tapi nak wat camne, dapat harga murah kira bertahan jelah kan hahaha.

Ok Poh Seng should give me a commission! 
I dah tolong promote dia kat sini
hehehe

Contact no Charles -Poh Seng ID

012-369 0422



Selit sikit gambar duta cilik dapur ni ahahaha!!











Masak Maggi Is KETAM bola....

Haha masak maggi pun nak tulis. Selalu dengar orang citer makan maggi ketam. Jadi, Malam ni saja aku masak maggi letak ketam, husband beli 2ekor je. Boring asyik makan nasi, masak maggi ler sekali sekala..




Campur udang beberapa ekor, fish ball dan segala sayuran-sawi, brokoli, lobak merah, tomato dan daun sup... 

haah jadiler makanan lengkap semua ada. 
Okay, jemput makan....

Tuesday, October 21, 2014

Seminar SolidWork di Adtec,Melaka

Hari ini Selasa 21 Otober kena pergi Adtec Melaka kat Alor Gajah untuk Seminar SolidWorks di sana. Bagus KP aku, nak mudah transport dia suruh je laki bini pergi sekali. Mujur student poli dah start final exam.

 Untuk peserta pensyarah dari politeknik ada 3 wakil. Dari poli Merlimau, Kota Melaka dan Port Dickson. Yang lain2 adalah dari institut Mara iaitu ILP, IKM serta Utem dan KV.

Last time aku guna software Cad ni masa aku amik degree kt Uthm. Confirm lupa dah!
Husband ada juga ajar di Poli Kuching. 

Solid works bagi aku memang bagus untuk student manufacturing. Memang mudah dan cepat kalu nak buat drafting, design dan FEA. 


Tapi mostly institut guna Autodesk software mcm autoCad dan Inventor sebab industri lebih prefer guna perisian itu. 

FEA. Macam2 ada. 

Seminar tamat jam 1.00 petang. Penyampaian sijil. Makan Tengahari dan bertolak balik ke Seremban hehe tak masuk poli dah. Terus balik rumah. Hujan lebat..

Sekian.. 


Ibu pandai buat ini ker??

Arakian aku tiada dekat seminggu di rumah sebab berkursus maka anak2 pun bertanya ke mana aku menghilang dalam tempoh tersebut.

Syugaria aku menjawab "Ibu berkursus nak. Buat benda ni.." Maka ditunjukkan besi2 aluminium yang ku bawa pulang setelah diulit, dilarik dan dikisar ketika bertapa dahulu kepada anak2.

Psst... sebab bila sebahagian peserta otai di sana bagitau "patutnya kena bagitau kat anak2 ko yg ibu dia pandai buat machining" Benar. Aku tak pernah cerita apa yang aku buat di poli sebab mereka kecil lagi. Asal berkursus je aku ckp kat anak2 ibu pergi jual tupperware hahaha.


Dan disebabkan idea otai itu maka aku dipersoal bertalu2 oleh anak2 aku...ceh
-Betul ker ibu buat ni?
-Ibu pandai ker buat ni?
-Macamana ibu buat. Pakai tangan ker?

Pertanyaan yg begitu prejudis yang anak2 tidak percaya ibunya membuat dengan jaya dan bergaya...


Maka tak semena2 ler aku kena terangkan dengan lebih detail bagaimana nak buat terjadinya proses. Bagi mereka faham dan jelas. Siap tunjuk gmbar dan video Youtube lagi. Huhuhu



Dan jadi kemaruk pula anak2 untuk tengok video itu berulang2 kali kerana seronok melihatnya. Umar pun mintak aku bawa dia ke sana dan ajar buat. Hohoho aku tak nak pengaruhi anak2 cuma cakap diorang kecil lagi tunggulah besar dulu. Lagipun ianya bahaya.. Oo anak2... Itulah kerja ibu dari dulu untuk cari sesuap nasi..

Kbai...

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...