Monday, August 15, 2022

Bertukar kereta lain. . .

Kira dah genap lebih tiga tahun kami guna kereta Mazda 3 ni. Ada aku cerita dalam blog ni, tahun 2019 sebelum covid melanda negara kita. . . 

https://hasnyabduljalil.blogspot.com/2019/03/kisah-beli-kereta-kedua-part-4.html

Diam tak diam, lebih tiga tahun berlalu anak-anak semakin besar dan tinggi. Jadi aku mula nampak masalah besar bila mereka naik kereta Mazda ini.  Bila duduk kat belakang asyik bergaduh sahaja tiga beradik ni. Sebab sempit, tak cukup ruang . .  padahal muat sahaja. Tapi kita faham ruang terhad, jadi Ilhan selalu nak naik avanza bila kita nak ke mana-mana. masing-masing semakin tinggi dan membesar, Qaireen tak payah cakap lah, kasut sukan aku pun dia dah boleh pakai..

Kereta Mazda, dah fully settlement dengan bank. 

Dapat rebet dalam RM10k ++

Jadi aku dan husband bincang nak tukar kereta sedan yang besar sedikit macam Toyota Altis atau Camry (dah macam apek tua pulak pakai kete ni kui kui) tapi kami bajet dalam 30k++  sahaja. Sebab plan lepas tu nak tukar avanza ke MPV yang baru sedikit, besar dan selesa. Sesuai untuk anak2 makin membesar.. Kena keluar modal juga. Bajet yang ni pulak dalam 50k sahaja. Yang ni Nissan Serena dalam kepala, husband nak Hyundai Starex mak aiii. Bang, anak kita tiga orang aje, dah macam bas pulak bawak Starex ni??!!

Jadi hari Sabtu, aku dan husband keluar ke Kajang tengok kedai used car yang aku beli Mazda sebelum ni. Sebab kami pun dah pusing area Seremban. Dekat Selangor banyak, tempat aku pergi ni berlambak yang ada Estima, alphard dan velfire. .  Merencik!!! Harga RM100k-200k mengigil lutut tengok harga dia. Kot2 ada ke kereta toyota altis ke camry harga RM30k jadilah huhuhu. Takde nampaknya. . .susah nak dapat, cepat dijual dah. Kereta baru bukan pilihan sebab kami tak mampu nak bayar loan berbulan-bulan. Tak sanggup rasanya nak guna loan kereta. 

Jalan-jalan lagi ke satu kedai ke satu kedai, akhirnya singgahlah satu kedai ni. Sebabkan spesifiksi kereta sedan dicari2 tak dapat, tanyalah kereta MPV yang ada. Dia cakap ada Nissan Serena baru masuk dua minggu lepas. Harga dia RM68k, tahun 2014.  . 

Sekali tengok terus jatuh hati hmmmm. . . 

Check sana sini, siap test drive pusing-pusing kat jalan Kajang. Risau juga takut dapat kereta banjir ke kan. Lama aku tunggu supaya kereta banjir kurang di pasaran. Rasa puas hati juga. Kitorang pernah test drive kereta Serena kat Nissan Dealer di Seremban. Memang terbaik, tapi harga dia menakutkan hehehe lebih RM100 ribu kan. Tak sanggup nak bayar setiap bulan RM1600++. Aku nak bayar 1 ribu pun tak sanggup lagilah nilai lebih dari tu!!

Alamak bajet lebih ni huhuhu. Nampaknya gaya kita trade in Mazda tukar ke Serena lah jawabnya. Ingat nak trade avanza tapi tak jadi. Dealer pun nilai Mazda, adalah dapat dalam 54k sahaja. Kami cuba juga tanya Carsome pulak kot. Saja nak cuba nasib kot-kot dapat price tinggi lagi ke. . .

Carsome buat inspection, depa bagi RM49k sahaja ko!! 
Hmmm lupakan jelah. 

Akhirnya setelah bincang-bincang kita setuju trade kereta di kedai tu sahaja. Kena top up juga lah duit huhu menangislah poket ni.. . .Nak buat tinted lagi grrrr... Dah setuju bayar booking, so dealer dia Jayden tolong buatkan proses tukar hak mili. Dia hantar polish, tukar tayar dan repair apa yang kami mintak. 

Ambil masa dalam seminggu juga sebab kami nak selesaikan insurans dan geran. Jadi selepas seminggu hari Sabtu lepas, 13 Ogos kami bawa anak-anak sekali naik  Mazda ke Kajang untuk tukar kereta. Umar macam dah agak dah kita nak tukar kereta lain tapi dia tak tahu jenis apa?? Kot Alphard ke Velfire ke, huh banyaklah duit mak bapak kau ni huargggHHH!!

Datang office dia, buat proses tukar milik. Bagi kunci kereta mazda, geran kereta dan resit pembayaran. 


Bye-bye Mazda, 
terima kasih khidmat bakti kamu 2019-2022. . .

Welcome Serena to our family. . . 

Umar nak ambil gambar kenangan dengan Mazda. 


Kereta ni dia suka betul tapi sorry tak memenuhi objektif family kita lagi dah. 
Bukan sebab kami ni kacang lupakan kulit ya. . .

Tahun 2019, Umar masih kecik lagi. 
Sekarang dah besar panjang. Sempit dah. . 

Ni dealer yang uruskan pembelian kereta , Jayden. 
Seminggu sahaja aku dan husband berurusan memang Allah permudahkan segala urusan. 
Alhamdulilah.


Ambil gambar satu keluarga pulak, tengoklah besar dan makin tinggi anak2.

Alhamdulilah, dapat capai satu target. Mission accomplish.
Lepas ni selesa sikit nak bawa atuk dan wan jalan-jalan sekali. 

Next target nak cari kereta kecik sahaja, dalam RM15k, maybe Proton Saga atau Perodua Axia. Tengoklah mana yang berbaloi dengan harga dan bajet yang ada sekarang ni. Semoga dipermudahkan. Amin. . . 





























Sunday, August 14, 2022

Jalan-Jalan MAHA 2022

Kali terakhir kami ke MAHA tahun 2018, ada aku sahre kat dalam blog ni. 

My life journey : JALAN-JALAN MAHA 2018 (hasnyabduljalil.blogspot.com)

Lepas covid melanda, terus tangguh sampailah  ke tahun ni. JAdi dah 4 tahun berlalu rupanya. Ilhan dah darjah 1, lagilah ligan nak jalan ke sana sini. Anak2 yang sibuk nak pergi MAHA. HAri-hari cakap bila nak jalan ke MAHA?? Adoi. . . .

Jadi hari Ahad 7 Ogos kita pun jalan-jalanlah ke Maeps ni. Sebab hari Ahad, faham-faham jelah. Pagi2 sebelum sampai kami sarapan berat2 kat McD dulu. Makan kenyang-kenyang. Sampai kat jalan pintu masuk 2 MAeps, pergh dah sesak beratur panjang kereta nak masuk ke MAHA!! Mujur ada polis trafik jaga, memang tak bagiler orang potong barisan. Nanti bikin jalan jem sahaja. 

Yang mana2 kereta potong barisan tu, abang polis gigih ke kereta tu dan halau keluar dari barisan. Pergi kau ke jalan depan sana hahaha!!! SO korang jangan potong barisan yek, just beratur sahaja tunggu jangan risau, memang kereta2 bergerak masuk ke dalam. 

Pukul 10.00 lebih kereta parking pun dah penuh macam ni huarghhh. . .. 

Ok sampai je pintu masuk naik bas nak ke pintu utama. Menuju ke arah dewan Maeps yang besar tu. Kami tak masuk pun dalam dewan, kita plan nak jalan2 ke laman sayur dan bunga sahaja sebenarnya. 

Sibuk Umar tarik Ilhan suruh cium bunga. Bunga pulak bunga tahi ayam. 

Cuaca pagi memang helok!! 
Tunggu lah tengahari nanti. . 

Tanaman herba. Pokok misai kucing. 

Elok pokok kesum ni hidup ye, aku tanam sekejap je pastu mati. 
Boleh tak bawak masuk satu dalam beg, nak bawak balik kui kui kui

Orkid tergantung, upside down!!

Bunga pentunia. 

Ilhan excited dengan rama-rama. 
Dia banyak kali cuba letak jari supaya rama2 tu bertenggek atas jari dia. 

Rama2 banyak bertenggek di potongan buah nenas. 


Model rama - rama

Bunga matahari banyak dipamerkan pulak MAHA kali ini. 

Excited nak tunjuk kat ibu ada binatang ke serangga kat bunga tu. 

Sebenarnya aku perasan tak banyak lah bunga-bunga yang pihak Maha buat kali ini. . Macam kureng sikit banding dulu2. Tak meriah sangat kot. Lepas tu Qaireen check Pesta Floria Putrajaya tahun ini, rupanya akan diadakan bermula 29 Ogos ini juga. 

Lah. . . tak jauh mana tarikh dia. Jadi aku rasa lah kan, diorang simpan kot bunga-bunga ni untuk all out masa Pesta Floria. Kira bulan Ogos ni padat juga dengan MAHA, Pesta Floria dan Hari Kebangsaan.  Sebabnya. .  Korang faham-fahamlah sendiri ye, hujung tahun apa yang akan berlaku ya hehehe!!

Ok puas jalan2 kat lama sayur dan bunga kita naik tram ke laman padi pulak. 

Tapi sebelum tu, kami singgah berhenti kat rumah-rumah negeri dalam Malaysia. Kitorang jalan tiga rumah jer, rumah Perak, Sarawak dan Johor sahaja!. 


Kerbau dari jerami, banyak bentuk2 diorang bikin dari jerami padi.Tapi sebabkan aku tak kuasa nak jalan tengah-tengah panas tu, takde lah nak bergambar sangat. 

Jalan-jalan rumah negeri Perak 

Pandailah pulak diorang bentuk dari jerami padi ni 


Anak-anak nak ambil gambar dengan orang sarawak. 

Bergambar kat kawasan pondok di Laman Padi pulak. 

Umar stay kat pondok tengah-tengah sawah ni, layan perasaan ler tu. . . 

Macam kungfu panda tak?!

Susah anak dari taman perumahan nak tengok buah padi depan mata. . .

Kungfu panda 2. . .

Pusing-pusing dalam jam 2.30 petang baru gerak balik, aku pun tak larat nak ambil gamabr dah. Cuaca panas giler, nak jalan pun kaki dah lenguh faktor usia kan. Nak balik pun boleh jammed lagi kat pintu keluar sebab banyak kereta nak keluar. Sesak mak aii. . . KAmi memang tak makan kat MAHA, sebab dah ambil sarapan berat2 sebelum datang sini. Dah tau harga makanan dan jualan sana jadi maha mahal hahahaha!!! Aku cuma beli buah mata kucing sahaja, dalam 2kg. 

Pantas nak gerak keluar sebab nak solat di hentian sahaja. Sebab anggaran 100 ribu pengunjung akan datang ke MAHA setiap hari jadi kau bayangkan macam mana keadaan fasiliti dalam Maeps tu. Berebut2 la jawabnya, jadi mental jangan koyak ya, kena siap sedia seh. . .

Berhenti dekat hentian Nilai solat Zuhur, Si Ilhan dah tertidur keletihan huhu.

Alhamdulilah sampai ke Seremban dalam jam 4.00 lebih petang tu, terus ke Aeon S2. Nak makan malam terus, kita dinner sahaja kat Johnny Restaurant. Tak payah fikir2 dah nak masak ke apa, balik mandi terus rehat. Penat oiiiii. . . . 







Wednesday, August 10, 2022

Majlis Kenduri Kahwin Sepupu

Hari Jumaat 23 Julai 2022, mak dan ayah aku datang ke Seremban sebab ada jemputan untuk majlis nikah anak saudara ayah, Azri (sepupu akulah kiranya). Sebab majlis nikah dibuat lepas Asar, ayah cadang nak datang ke rumah aku waktu pagi sebab nak solat jumaat dulu. Jadi aku dan suami pun sepakat ambil cuti, tapi anak2 masih hantar ke sekolah macam biasa. 

Jam 3.00 petang kami bertolak ke rumah mak saudara di Senawang. Kumpul2 dulu semua ahli keluarga lepas Asar nanti baru bergerak ke rumah pengantin perempuam di Panchor. 

Hantaran belah pihak lelaki, dah siap susun2. 

Pengantin lelaki jaga barang hantaran, takut hilang . . . hehehe

Dah nak kahwin dah budak ni, dulu kecil2 ligan lari sana sini. Azri ni siap tolong bawak bunga manggar masa aku dan husband nak berarak ke majlis kahwin 15 tahun lepas. Huhuhu tua dah aku ni rupanya. . . 


Lepas Asar, akad nikah dijalankan. 

Besoknya kenduri kahwin sebelah pihak perempuan. Jadi sekali lagi kami berkumpul kat rumah Cik Chom sebelum bergerak berarak ke rumah pengantin perempuan. 

Panas lit lit, dah tengahari ni kan. Cepat2 jalan sebab tak sabar nak cari tempat redup!!

Acara menyuap cendol hahaha!! 
Ni cendol stail kemboja, cendol dia lain sikit campur dengan buah-buahan. 

Dah selesai makan, kita bergambar dengan pengantin pula. 

Selamat pengantin baru Azri dan isteri, selamat menempuh alam perkahwinan.
Semoga sentiasa berbahagia dan kekal hingga ke anak cucu. Amin



Tuesday, August 2, 2022

Blog baru ni, bertukar domain kepada blogspot. . .

Sebelum ni ada rakan2 di sosial media mengadu di FB yang blog mereka telah deactivate gara2 lupa nak bayar domain blog mereka. Aku pun hampir terkena juga, yelah kita kan bayar subcribe guna kad kredit domain ini di google. Bila kad kredit expired secara automatik bayaran tidak dapat dibuat. Kalau ko tak prihatin atau lupa, silap2 bukak blog terus takde dah....Menangis wei!!

Mujur masa tu aku perasan ada email google maklumkan kalau tak ada bayaran dalam masa 3 minggu, domain kita akan hilang!! Dekat dua kali aku hampir hilang blog aku ni. Huhuhu dah 10 tahun blog sendu www.hasnyjalil.com aku ni beroperasi. Jadi dua bulan lepas aku copy semua post blog ni dan masukkan ke dalam blogspot baru.

Jadi aku dah posting segala tulisan blog ni dalam blog baru aku iaitu hasnyabduljalil.blogspot.com 

Tiada lagi apa2 post atau apa2 tulisan dalam blog www.hasnyjalil.com.  Lepas ni aku rasa ni domain akan hilang sebab aku dah stop subcribe untuk bayar domain tu.

SO kalau korang ada nak baca apa2 post baru dan lama boleh ke blog baru aku yang jenis blogspot tu.  

Tak sayang ke banyak dah pembaca dalam blog ni?? Kalau ikutkan sayang tapi kalau hilang blog tu tanpa apa2 backup lagilah menangis. 

Dan aku rasa rugi lah bayar dekat almost RM100 ringgit lebih je kat domain ni, sebab setahun charge dia US30 dollar bai!!

Ok, itu je aku nak share sebab kenapa nak tukar blogspot ya. 

Kita jumpa di blogspot baru!! Bye!!


hasnyabduljalil.blogspot.com 

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...