Thursday, December 11, 2014

Kursus Montly Spending


Semalam aku kursus. Dan aku rasa ini adalah kursus penutup kot bagi tahun 2014 di Politeknik PD. Kebetulan melihat outlook kursus ni aku pun volunteer isi nama nak pergi (sebab ada orang komplen penat2 anjurkan kursus, panggil penceramah tapi staf politeknik tak nak pergi). Dalam senarai nama ada lebih 20 orang. Yang hadir aku rasa tak sampai pun 10 orang... Yang sepatut pergi kursus tu adalah orang yang kursus tak cukup 10 hari setahun. Tapi diorang tak datang jugak. Orang terlebih kursus ni yang datang bahahaha!

Penceramah kursus. Meja depan dan tempat aku kosong. Aku tercongok sorang2 je duk baris kat situ..


Penceramah dia, Encik Razali daripada consultant Kuntum Teratai. Dulu beliau merupakan seorang pegawai bank tempatan, umur beliau aku rasa dalam 50-an. Anak dia pun dah besar2, En Razali beri information lebih kepada pengalaman dia sebagai seorang banker.



So apa yang diceritakan dalam kursus semua berkaitan tentang belajawan lah. Tak kan resipi nak masak masakan sihat kot... Yang kurang menarik, sebab dia banyak talk, berceramah. Tiada aktiviti bengkel atau discussion group. Aku fikirkan nanti dapatlah tools macam mana nak allocate budget tapi tak de pun. Dia bagi pun terlalu umum... Hm jadi korang kena fikir2lah sendiri.







Banyak juga dia bagi penerangan. Bagus juga lah apa yang diberikan, walaupun aku dah tau sebab pernah pergi yang lebih baik lagi (aku pernah cerita di sini). Tapi yela seminar tu confirm bayaran dia, riban2 juga sebab tu berhari2 kami diberikan macam2 pengisian. 


Tapi yang ni percuma sahaja, aku ulangi PERCUMA! tapi yang datang pun alahai sedih..memang menyedihkan. Patutlah kalau otai2 macam Cik Rohaniah dan Faizul Ridzuan mengeluh. Tiada sambutan. Padahal orang kitalah selalu merungut, bising2 gaji tak cukup lah, rumah tak mampu beli, barang naiklah, minyak naiklah, duit tak cukup nak hiduplah. Ada peluang ni tapi orang tak ambil peduli.

Yang mereka nampak lebih nak ambik tahu game bola, Malaysia lawan mana, menang berapa, kupas strategi macamana kalah atau menang. Agaknya tu memang banyak membantu jihad ekonomi keluarga mereka kot...Wa'allahualam... Lagipun hal orang, aku tak minat nak tahu. Lantaklah..

Au revoir!!


Tuesday, December 9, 2014

JOM!! Berniaga secara online! Berniaga secara part time!


Anda minat berniaga?? 
Apa yang anda faham tentang berniaga??
Tahukan anda, kajian di US apabila soal selidik kepada warganegara mereka apa yang ingin mereka lakukan jika berpeluang?? 
80% memilih : to own of a business company that employs 100 or more people!! 
Ya! Mereka ingin BERNIAGA!!

tapi....

Rata2 bila dikatakan perniagaan kita mesti terfikir :-

1) satu bangunan atau premis  yang perlu ada untuk tempat berniaga. 
2) Kemudian upah 2 atau 3 pekerja, 
3) kena ada transportation nak hantar barang ke customer,
4) Kena ada stok banyak untuk dijualkan kepada pelanggan
5) perlu mencipta dan membina satu sistem perniagaan dalam menjanakan keuntungan dan rangkaian

 dan...dan... dann macam2 lagi yang kita fikirkan yek!!


Am I an Entrepreneur??!!



Cukup, 

anda sedar sekarang anda berada di maan sekarang?? 
Ya abad ke 21, kita berada zaman teknologi a.k.a INFORMATION AGE! 

Anda ada smart phone?? 
Tab?? 
Komputer?? 

Ada internet?? 

Kalau ada. Bagus! Kerana anda sudah ada ciri2 untuk melangkah menjadi usahawan!!

Sila tonton video ni,

ONLINE MARKERTING 
vs 
TRADITIONAL MARKETING




Saya memulakan perniagaan online ketika pertengahan hujung tahun 2012, Alhamdulilah ianya membantu sedikit sebanyak dalam ekonomi keluarga saya. Jika anda mahu lihat macamana dikatakan online, saya membina pemasaran dan networking melalui internet sahaja. Tanpa perlu mengabaikan tugas hakiki dan tanggungjawab saya :)


Permintaan untuk menjadi ahli/ ejen / distributer bebas.




Promosi dan pemasaran secara online akan menarik ramai orang luar untuk menjadi usahawan secara part time :)



Kesedaran yang tinggi daripada penguna tetap untuk bertukar kepada ejen yang sebenarnya boleh menjanakan income, bukan sekadar menjadi penguna biasa sahaja. 



Penghantaran barang dengan hanya dilakukan di talian sahaja. Segala2 nyer di alam maya. :)


Bagaimana saya lakukannya??
Saya hanya perlu rajin membuat pemasaran secara online. 
Dan saya juga lakukan sesi coaching dan mentoring dalam talian juga. 
Ada juga saya tidak berjumpa downlines secara bersemuka, tapi saya akan sentiasa  keep in touch pada mereka yang BENAR-BENAR serius untuk menjadi usahawan!! 
Saya mencari pengalaman dan ilmu yang saya dapat ketika menjadi anak didik Dr. Shah Razali, Dr Azizan dan Abang Abu 'Mekanik Wang". 

TErbaik!!




Buat PopCorn Caramel

Sebenarnya aku belajar buat pop corn masa Karnival Tupperware di Klang. Terhibur tengok ada Ah SO tu buat, siap berjoget lagi masa demo buat pop corn ni hahaha. Aku pun nak try, lagipun barang ada, perkakas dia pun aku ada jugak.

Bahan utama dia, butter, gula pasir, madu dan bertih jagung- 

Yang bertih jagung tu aku beli kat Mydin. Sukatan dia, aku guna pakai mini tupperware. Gula pun sama- tapi kalau boleh kurangkan separuh kalau tak nak terlalu manis. 

Aku gunakan Inspire Pan Tupperware. 
Panaskan 2 sudu besar minyak. Tak kisah minyak apa. Aku pakai minyak sayuran. 

Kemudian goreng bertih jagung dalam dua minit. 


Tutup rapat pan tersebut. Biarkan.

Dan dalam beberapa saat bertih tu meletup2 masak disebabkan convection yang berlaku dalam pan tersebut. Kira macam masak dalam microwave gitew..

Bila agak2 semua dah tukar jadi pop corn, alihkan letak dalam satu bekas berasingan.
Ok, siap. Kita buat caramel dia. Kalau tak pop corn tu tak rasa pape. Buat caramel supaya macam makan kat wayang hehehe

Kemudian gunakan pan sama masukkan gula pasir dalam tu, panaskan sampai cair. Dah cair letak 2 sudu besar butter dan satu sudu besar madu. 

Lepas tu masukkan pop corn tu dalam pan tersebut. Gaul2 kan bagi sama rata yek. Dah sudah baru masuk balik dalam bekas tadi. 

Ok boleh makan. 

Tak payah nak gi wayang makan pop corn. Bak kata Ah So tu makanan dibuat adalah daripada kasih sayang kita kepada keluarga..Sob sob sob....

Selamat mencuba!!



Kursus Pengurusan Risiko 2026 || Akademi Sirim

Bila dilantik Pegawai Pengurusan Risiko (RoM) di tempat kerja, aku kena cari tempat untuk latihan untuk memahami skop tugas. Ini disebabkan ...