Thursday, January 29, 2015

Deman Panas Menjangkiti....

Aku kena deman hari selasa, sangka ku deman biasa2 jer... Sekadar selsema, batuk. Tapi nak jadi cerita tengah malam tu badan aku mengigil. Aku tak boleh tidur start pukul 2 pagi sampai 4 pagi. Kejut husband, sebab tak tahan sejuk tapi badan panas, kepala sakit dan sendi2 pun terasa bisa.

Husband bagi makan panadol, selimut tebal2. Dia pun deman juga. Last2 aku akhirnya tertidur juga sedar2 pun dah pukul 6.15 pagi. Solat subuh tapi masa tu badan memang rasa tak best. Aku pun cakap"cuti jelah, nak diri pun tak mampu" huhuhu.

Husband hantar anak2 ke sekolah Pasti cam biasa. Dia pun masuk kerja aritu. So aku kat rumah ingat rehat 1 ari dah okey. Rupanya tak, lepas mandi makan ubat, terus muntah keluar. Perut kosong, angin tendang balik. Badan memang panas giler, aku start mengigil, bisa pulak rasa sendi2. Tak kan kena denggi pulak ish nauzubillah......

 
Tengahari kat klinik kesihatan Seremban 2

Husband balik tengahari tu sebab dia pun tak larat nak kerja. Aku call mak aku, nak wat camne? Haha pasal hal tu pun nk tanya mak ayah kan!! Tapi memang dari dulu kalau kami deman ke tak sihat, kami mesti call mak atau ayah mintak pendapat T_T
Lagipun ayah aku pesara MA, mak aku pulak pesara jururawat. Diorang suruh pergi check kat klinik kesihatan kerajaan. Lepas tu aku dan husband pun pergi Klinik Kesihatan Seremban 2.


Nasib baik orang dah tak ramai. Tengah menunggu ubat. 

Doc check aku deman panas. Tapi dia bagi sampai tempoh besok, kalau deman tak baik kena datang amik ujian darah pulak dah....Ok confirm besok aku baik punya..


Yang aku larat snap gambor jelah hehehe

Masa menunggu ni, bertalu2 whatassap dan sms client nak beli produk tupperware dan Hai o... Sorry aku tak dapat nk layan. Kepala sakit, rasa nak tumbang pun ado!!

Aku sempat ler jamah roti cicah mushroom soup. Beli kat pizza hut. Orang pizza tu pun pelik beli satu tu jek hahaha!! Nak masak memang tak larat wooo...

Dan yang tak disangka2 petang tu dalam kul 4 ptg, mak dan ayah aku pun sampai kat rumah!! Aku tengah tidur lepas makan ubat time tu. Terkejut tengok diorang datang dari Batu Pahat ke sini T_T

Rasanya aku menyusah diorang je huhu dah besar panjang pun harapkan mak ayah lagi. Terus kena suruh bangun mandi sejukkan badan. tak boleh berselimut saja... Ok baik misi Rubiah hehehe. Pastu kena minum berbotol2 air masak dan 100 Plus huhuhu. Asyik pergi toilet jela lepas tu...

Mujur mak ayah ada, ada orang nak tengokkan Qaireen dan Umar. Aku dan husband memang dah flat. Nak tumbang dah. Besok tu baru rasa sihat sikit. Jadi aku tak ke klinik lagi, selamat hehehe.  Dua hari cuti. Dan arini aku kerja juga cam biasa walaupun tekak perit terasa.  


Semoga ibu bapa ku dikurniakan kesihatan yang baik2, dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki. Amin....

Sunday, January 25, 2015

Aktiviti hujung minggu- tanam pokok lagi....Vol 2


Biasanya aku dah bajet belanja RM50 sebulan untuk tanaman pokok atau sayuran di laman rumah. Semua belanja termasuklah peralatan berkebun, beli tanah, pasu, anak pokok, baja atau benih.

Petang semalam pergi ke Nilai Landscape (baca kat sini pasal tempat tu), 
kami borong lagi pasu bunga 6 bijik!!

Petang tu lepas solat asar, operasi tanam dalam pasu bunga pulak.



Amik sabut kelapa, letakkan sedikit di dasar pasu tadi.


Macam ni hah..


Lepas tu tuang tanah hitam campur baja...
Agak2 dah suku penuh, keluarkan anak pokok yag dah semai ke dalam pasu...



Lepas tu tuang tanah sampai tinggal suku kosong atas pasu. Jangan penuh2 takut nanti masa siram tanah terpercik keluar. Letakkan sabut kelapa atas permukaan tanah pasu, supaya tanah tak cepat kering. Sentiasa lembab....


Banyak pokok nak dialihkan, polibeg tak dapat tampung tumbesaran akak pokok dah hehehe



Sekarang musim kering, hujan jarang seminggu sekali je kadang. Kena siram 2 kali sehari kalau tak layu pokok huhuhu.

 
    

Saturday, January 24, 2015

Buat puding kastard kuah cocktail

Hari minggu ada masa lapang boleh cuba buat ni, puding ni makan sejuk2 sedap kalau hari asyik panas memanjang je.

Bahan2 nak buat puding kastard
  1. Tepung kastard 1 cawan
  2. Air 4 cawan
  3. jagung creamer (yamg ni aku saja tambah)
  4. Gula
  5. garam
  6. susu cair
  7. cocktail buah2an


Bekas tupperware nak simpan puding.

Masukkan tepung kastard

Masukkan air 4 cawan

tambahkan jagung creamer, macam nak wat puding jagung :)

Gula 1 sudu, aku tak letak banyak sebab kuah dia nanti dah manis kalau dah campur koktail buah2an

Kacau2 adunan itu rata2, masak dengan api yang kecil.
nanti lama2 adunan dari cair akan jadi likat dan pekat.

Masukan puding dalam tupperware. Sejukkan

ok, nak buat kuah dia pulak.
masukkan 1 tin susu cair. Aku guna cap Ideal.
Kemudian guna tin yang sama, sukat air 1 tin tu masukkan dalam periuk. 
Panaskan guna api kecil selama 10 minit. 
Masukkan secubit garam dalam kuah tersebut.

Dah siap kuah tu masukkan kuah tu dalam bekas besar.
bukak tin cocktail buah. 

Masukkan ke dalam kuah tersebut dengan air dia sekali, air tu air gula. Jadi korang tak payah letak gula dalam kuah puding tu masa masak. Nak kurang manis letak air gula buah tu separuh pun dah cukup.

Pastu potong puding yang dah sejuk tu dan masukkan dalam kuah tu. Aku potong siap2 supaya sebati terus dengan kuah dia. Senang nak ceduk makan.

Kacau pelan2 rata2. Dah jadi macam atas tu. Kira dah siap lah. Tapi jangan terus makan pulak.

Simpan dalam peti ais dulu. Sejukkan dulu, kalau boleh biar 1 malam.


Hah kalau dah sejuk, baru ceduk. Pastu makan. Lepas ni kerja bukak tutup peti ais jek..
buat puding kena air letak banyak dalam tepung. Kalau tak pekat, rasa tepung nanti.
Best!!!

Selamat  mencuba!

Friday, January 23, 2015

Penyejuk deman panas anak

Minggu ni dah 2 hari Qaireen tak pergi sekolah Pasti. Badan dia panas masa lepas waktu tengahari. Mualimah dia sms petang tu bagitau badan Qaireen panas tetiba. Letak towel basah nak redakan panas. Aku amik dia dari sekolah dia tak larat nak jalan. Bibir kering sebab panas. So balik tu singgah beli sirap panadol dan bijiran barli.


Rebus air barli, campur dengan gula sedikit.


 Sedapnya kalau makan barli ni, tapi dia tak suka. Nak minum saja.
Anak aku ni tak boleh minum air 100 Plus. Nanti perut dia tak selesa. Yelah perut dia tak tahan minum air bergas sebab sakit lama dia. Sebab tu aku bagi air masak dan air barli banyak2. Kalau kami deman mesti ayah suruh minum 100 plus banyak :)

Badan dia hangat, nak baring atas simen saja. Sejuk sikit kan hehe


Main2 dengan mainan atuk wan dia bagi masa duk kat Sarawak dulu.

 Umar je yang tak deman, masih cergas gi sekolah dan main berlari sana sini. Sian kat kakak dia.

 Dua hari pengasuh dia jaga kat taman intan.
Harap2 cepat sihat dan sembuh ye nak.
amin... 

Monday, January 19, 2015

Directors Celebration Lunch #Tupperware

Hari Ahad lepas, bertempat di Grand Dorsett Subang Hotel, ada lunch celebration dan recognation untuk semua Directors Tupperware dari Mega Aces Team.

Bila berjumpa, apalagi masing2 share cerita pasal business, strategi dan idea yang mereka ada. 

Barisan meja group bawah Wai Lan, our leader/ upline.

Gift dari Wai Lan untuk anak2, cucu2 dan cicit dia hehehe!


Sebelum mula program, kita jamu selera dulu. Isi perut kenyang2 sebab ada game lepas ni.

Dessert.

Amik gambar je kerja aku, nak makan kenyang lagi sebab dah makan awal kat rumah T_T
Tapi takpe kitorang duk je makan situ sampai pukul 4 petang!!
makan ler berapa banyak korang nak makan yek :P

Our director team, dengan leader Wai Lan 

Team Janet. Possing dengan our SED, Tee Kim Choo. 

Dah namanya Tupperware, recognation pun dapat Tupperware hehe itu pon dah seronok!!

Ada celebrate untuk directors birthday bulan Januari. Kira aku dah sambut awal ler gitu haha

Kemain possing.

Team Ang Kay Leng, pioner directors Mega Aces. 

Jom kita membesarkan badan bahaha!!!

Dapat juga recognation, dan personal gift dari kim- jubah dari Egypt untuk hadiah harijadi aku (advance birthday punyer :P)


Aku syukur sangat dapat leader macam Kim, memang nampak sungguh bersemangat dlm business dan leadership pada Kim. Kim sentiasa pimpin anak2 directors dia. Walaupun berlainan bangsa, dia tak lokek ilmu, dan sentiasa kept in touch dengan kami. 


main game kat luar hotel. 

Dengar jangan tak dengar. 

Macam ni nak main dia!!




Kecoh, bila main game.

Penutup majlis.

Bergambar beramai2!!
Kecoh wei...

Havoc sungguh directors!!

Sempena 10 tahun team Mega Aces dalam Tupperware Malaysia.
Top Five in Malaysia!
Second place in Centre Region Malaysia!!

Tupperware everywhere,
Everywhere Tupperware,
We are the best.
Go for the best,
YES YES YES!!


Sesiapa berminat untuk menjadi ahli dan mencari side income
jom jadi ahli bawah team kami. 

InshaAllah saya bantu anda!

Your Friendly Consultant


Hasny

012 7597929
013 6036630





Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...