Saturday, February 27, 2016

Try set Shaklee

Ada sebab kenapa aku beli set Shaklee ni. Minggu lepas masa aku deman tak baik2 aku terpaksa pergi klinik. Bila check tekak bengkak dan badan panas. Lepas tu aku bagitau lately ni aku sakit kat bahagian sendi2. Nak tidur pun rasa payah sebab kaki rasa kejang sesangat. Doktor cakap aku kurang kalsium. Sebab susukan anak, dan anak menyusu kuat jugak.

Selain sakit sendi, kejang kaki, tanda yang lain ialah rambut gugur banyak. Dan sakit gigi. Doktor tanya aku ada ker sakit gigi, aku jawab gusi bengkak jer T_T
Jadi kena tambah kalsium. Aku minum susu segar setiap hari, tapi gaya macam tak boleh tampung kekurangan kalsium.

Last2 beli set Shaklee- ESP, Ostematrix (kalsium) dan Alfafa Complex (milk booster untuk breast feeding)

Jadual makan semua sekali. Tak tau ler boleh ikut ke tak huhuhu.

Aku beli kat ex officemate aku yang jadi distributor part time. Total semua dalam RM252. Harap2 lepas makan ni, ada nampak perubahan positif dalam kesihatan dan susuan anak. Aku kena tambah stok susu Ilhan sebab setiap hari aku kena bekalkan 16 oz di taska. Itu pun diorg mintak lagi, biar betul dik?!! Jenuh aku nak pam. Harap2 pasni susu tu biarlah sukat2, tak kan nak sumbat saja. Sado anak aku, balik je Ilhan macam tepu sebab kekenyangan T_T




Tuesday, February 23, 2016

Ilhan 4 months

Dah masuk 4 bulan, masih menyusu badan sepenuhnya. Dan perkembangan sekarang dia dah pandai meniarap... :)))





Senyummmm...



Monday, February 22, 2016

Teman buat kerja rumah

Setiap malam Qaireen ada kerja rumah. Maksudnya kerja sekolah. Jadi jom kita ramai2 teman akak buat kerja rumah. Selalu aku teman sampai pukul 10.30 malam sebab mata dah mengantuk, nak gosok baju lagi dan Ilhan dah mengamuk nak susu dan tidur. 


Jom teman akak buat kerja rumah. 


Hari2 Qaireen siapkan kerja rumah...




Thursday, February 18, 2016

Komisyen dari Nuffnang

Dulu pernah dengar, kalau dari blog pun boleh jana duit sendiri. Aku sangkakan mungkin bila kita buat jualan online confirm akan jana pendapatan kan hehe. Rupa2 nyer bukan, blog ni boleh kita dapatkan komisyen affiliate atau tapak pengiklanan. Jadi aku pun dapatkan tapak pengiklanan untuk blog aku yang tak seberapa ni T_T. Antaranya Sweet Muslimah dan Nuffnang. Tentang Busana Sweet Muslimah ada aku ceritakan di sini.

http://www.hasnyjalil.com/2015/06/komisyen-affiliate-sweet-muslimah.html

Untuk nuffnang, aku mula ambil pada hujung tahun 2014. Sebab aku rasa komuniti Nuffnang ni besar. Tapi mula2 rasa macam lemau sikit hahaha sebab naik dalam dua minggu cuma dapat 2 sen sahaja tau, bukan dua ringgit atau dua puluh sen T_T. Dalam hati biar betul?? Sendu betul.. Tapi lama kelamaan dia naik sikit demi sedikit. Rupanya BE (blog earning) ni bergantung pada traffic dan kerajinan kita update pasal blog kita ni. Jadi nak komisyen lebih, kena rajin lebih. Maksud aku rajin2 update blog lah..Tapi kalau malas nak update dan harapkan komisyen lebat hmm payahlah..  Sampai hujung tahun 2015, aku pun rasa baik keluarkan duit ada untuk simpan kat tempat lain.. dan arini bila aku tengok baki tinggal pun bertambah dalam sebulan sahaja.

Semalam balik dapat surat. Ada check dari Nuffnang. Komisyen setahun yang dari blog aku tak seberapa ni. Kalau blog yang hebat lagilah banyak yang mereka dapat kan kan kan..

Tujuan aku tulis pasal ni bukan nak menunjuk2, nak terangkan bahawa sebenarnya dengan tanpa modal pun kita pun jana pendapatan melalui blog. Kalau hobi kita menulis apakata buat blog. Sambil2 suka menulis dapat juga jana duit sampingan. Macam kita merayau2 jumpa duit syiling bersepah2 kita kutip sedikit demi sedikit, lama2 jadi bukit kan.. Tapi kena rajin update blog lah, baru banyak traffic. Ramai yang jenguk blog kita. Aku pun bukan ada follower, tau lah blog sendu ni siapa nak baca sangat miahahaha. 

P/s: Jangan lupa declare income ni dalam pengistiharan cukai yek 



Monday, February 15, 2016

Hari Isnin yang penuh!

Hari Isnin ialah hari yang agak memenatkan bagi Qaireen Shafiyyah. Kelas dia dari pukul 7.30 pagi akan berakhir pada pukul 2.00 petang. Sebab selepas sekolah pagi berakhir dia akan sambung kelas tasmik dari jam 1.00 tenaghari sampai pukul 2.00 petang. Dan selepas tu jam 2.10 petang kelas KAFA dia akan start sampailah jam 5.30 petang T_T.

Penuh kan... No wonder kalau dia tertidur kepenatan dalam kereta setiap kali balik rumah. Jadi time untuk dia makan tengahari ialah pada jam 2.00 petang. Mujur kelas tasmik Qaireen selalu abis awal 15 minit. Jadi aku akan tunggu di kantin bawa bekal makanan tengahari siap2 untuk dia makan sebelum dia sambung kelas KAFA petang tu. Duduklah kat situ teman dia makan sampai abis.

Tengok kalau selera dia nak makan nasi ayam, kami bungkus nasi ayam...

Dan air kotak, nak bagi dia booster untuk belajar sampai ke petang nanti hehehe. 


Kesian Qaireen, rasa macam dah ikut waktu orang bekerja pulak. aku pun kadang2 fikir bilalah budak2 ni nak rasa zaman budak2 yang seronok, riang dan gembira. Dah dipenuhkan kepala mereka dengan aktiviti belajar jer.... Sebab tu kalau cuti aku bagi jela dia nak baring ker, tengok tv ker, main basikal ker (asalkan jangan waktu panas) tak pun bawak diorang jejalan ke mana2. Harap hidupnya tiada kebosanan hahaha.


Sunday, February 14, 2016

LAMAN RUMAH KAMI...

Kalau ikutkan hari cuti kebanyakkan masa kami dihabiskan di rumah sahaja. Terutama husband, sentiasa jaga rumput2 yang hidup di laman rumah kami. Terus terang aku bagitau, rumput yang ada adalah rumput yang ditanam oleh pemaju sebelum kami pindah. Jenis 'cow grass'. Takde lah kami nak beli atau upah orang tanam rumput baru. Rumput yang ada nilah kami jaga sebaik2nya.


Potong rumput dah panjang...

Mula2 lepas pindah setiap petang aku dan husband cabut pokok kemuncup kat laman ni, sambil2 tu kutip paku2 karat yang bertaburan. Banyak juga!! Segengam kami dapat, ni paku dari Ah Kong punya pekerja lah masa diorang buat renovation sebelum kami masuk dulu, ceh. Lepas tu kami ratakan tanah sebab rasa berbonggol2. Lepas tu tabur baja bila hari hujan. tapi kalu hujan lebat, baja berkumpul pulak dalam lopak air T_T

Pokok bunga yang popular sekarang, senang betul nak tanam. Kerat batang dan cucuk atas tanah. 

Baru je kemaskan bahagian ni minggu lepas. Pokok orkid tu mak aku bagi dari Batu Pahat. Bagus orkid ni, bunga dia boleh bertahan 3 minggu.. 

Kat depan ni banyak pokok hiasan yang beli kat pasar tani. Kami takdelah nak upah consultant nak tanam buat taman bagai. Cuma jaga je apa yang ada supaya tidak semak dan senang mata memandang. Dah nak rumah bertanah sangat kan, jadi pandai2 ler jaga jangan jadi 'semak'un 


Kat bahagian belakang, ada sikit pokok buah macam delima dan mangga. Pokok serai dan pokok kari pun ada. Kalau tanam sayur memng tak hidup sebab tanah tak sesuai. Kena ada kotak untuk tanam sayur, tapi sampai sekarang tak cari2 kotak tu miahahaha.

Budak2 ni macam biasa, kalau pagi tak sekolah sibuk nak main basikal kat luar..  hmmm itulah citer serba sedikit pasal laman rumah kami yang tak seberapa ni. Sekian...kbai

Jejalan ke KL Bird Park

Seminggu cuti sekolah sebab Tahun Baru Cina maka anak2 pun takde rush nak bangun pagi2 mandi bergegas ke sekolah. Tapi bila cuti kami pun kerja mcm biasa, maklumlah politeknik bukan cuti macam sekolah. Hari khamis aku amik cuti untuk bawa anak2 jejalan ke kl.

Mula2 plan nak pergi Pusat Sains, dah survey dalam internet pusat sains akan ditutup pada 20 Mac 2016 untuk renovation. So maknanya masih buka lagilah kan. Tapi kami sampai peh... memang tutup. Dah tutup awal2. Rasa frust lah pulak, lain maklumat diberi, lain pula jadinya.

Last2ubah plan pergi KL BIRD PARK. Tapi tak syoknya, Qaireen badan dia makin panas. Dan kaki dia cramp pulak tak larat nak jejalan. Terpaksa ler tolak dia atas stroller Ilhan. Ilhan pulak dukung pakai cartier bag. Dah ler berat dkt 7kg, semput nak dukung lelama.

Pintu masuk...
 Harga tiket dewasa RM23, budak2 pulak RM13.  Jadi total RM80 LEBUR!!.... aku tengok banyak orang luar yg datang, pergh untung giler ler Bird Park ni. Sekali masuk sorang diorang cas RM50 beb!! Ala RM50 bagi diorang apalah sangat sebab duit kita kan dah jatuh T_T


Sebelum masuk..
Qaireen tak boleh diri lama2 jadi kita tukar tempat ilhan Qaireen yg duduk. 

Burung2 ni berkeliaran bebas, kalau korang ada makanan siap diorang lun kejar ikut kita miahahaha. Husbamd nampak ada pelawat dari India tu cabut ekor burung peacock ni 2 helai pastu masuk dalam beg dia senyap2. Kuang ajor grrr...


Nampak ranggi jambul dia ni kan !!

Kur..kur..Sekali campak makanan berebut2 menyerbu. Macam bagi ayam kampung makan kan..

Budak2 ni cuak takut kena patuk dengan burung2 tu.


Time ni aku dan husband dah penat sebab angkut Qaireen dan Ilhan. Qaireen tak nak jalan langsung. Terpaksa tolak tapi beratnyer dia. Semput nak naik bukit. Tak dan amik gambor banyak2 penet seh..

Ilhan tak selasa juga sebab nak baring. Sekejap2 berhenti jalan, rehat jap. Pastu ada bilik tayangan duk lama situ sebab sejuk ada aircond hahah. Dalam sejam lebih baru keluar dari taman burung. Pastu tak larat dah nak ke mana2 dah. Pergi rumah abang aku jelah kat Kelana Jaya, rehat dulu huhuhu.


Suka diorang dapat jumpa sepupu2 kat sini..

Kitorang makan malam kat Kelana Jaya. Time ni Qaireen boleh pulak berdiri berjalan2 aikk pelik pulak budak ni tadi sakit sangat kaki dia bagitau. Kitorang sampai dah cuak T_T Lepas makan, ejen rumah call nak amik salinan kunci Garden Plaza kat KL Sentral. Nasib baik abang aku tau jalan ke sana. Pergi antar kunci dulu sebelum balik rumah. 

Pak long dengan Ilhan. 

Dalam pukul 11 malam baru gerak balik seremban. Sebab husband nak kerja besok ada kerja nak kena siapkan. Aku macam biasa cuti lagi jaga anak2 miahahaha. 

Umar Cabut Gigi Susu

Ini baru first time gigi susu Umar cabut nampaknya. Dah goyang dari semalam, dia mintak aku cabutkan. Jadi aku suruh dia goyangkan dulu sampai nak tercabut. Tengok dia macam takut2 nak goyangkan. Pagi tu bila bangun dia cakap dia dah goyang betul. Aku check, tunggu sikit lagi. Dan pagi ni time aku sibuk sapu laman rumah dia mintak aku cabutkan terus. 

Hehe dia rimas sebab gigi dia goyang2 bila nak makan. Aku pun suruh dia amik tisu dan duduk atas kerusi. Sekejap je aku cabutkan. Mujur dia mau dan tenang bagi aku cabutkan :)))

Dah cabut gigi dah..

Gigi susu umar yang first tumbuh masa baby dulu. 


Gigit tisu kuat2 bagi darah berhenti cepat..


Gigi saya yang pertama tau!!


Yang merah tu bukan darah yek, tapi bunga kat belakang dia hahaha.

Saya dah rongak tapi masih lagi hensem kan :P



Tuesday, February 9, 2016

PENGALAMAN MENGAJAR ANAK MINUM SUSU GUNA BOTOL...

Sebab aku cuti duduk rumah selama 3 bulan, memang susu direct feeding pada Ilhan. Jadi memang best2 sangat, pasal tak payah nak bancuh2 susu, nak panaskan air ker... Mimpi indah2 ler anak sorang ni. Tapi bila ibu dah naik kerja baru tau, azabnya dia nak minum susu pakai botol!! Huhuhu mimpi indah dah tukar jadi mimpi ngeri... aku ada citer kat link bawah ni


Puas ler aku mengajar, sebab dua hari di taska dia memang tak nak menyusu guna botol. Alahai sanggup Ilhan tahan tak susu sampai ke petang. Lepas tu staf CDC tu tak call aku mintak susukan Ilhan? Rupanya diorang terpaksa guna syringe je, (kebetulan aku memang bekalkan syringe untuk syrup panadol kot2 Ilhan deman lagi lepas kena injection kat klinik). 

Jadi cuti Tahun Baru Cina ni, tugas aku duk pulun ajar Ilhan minum guna botol. Stress betul! Hahaha padan muka aku. Sebenarnya aku betul2 terlupa. Sungguh lupa! Lupa nak ajar dia minum guna botol... Dah seminggu nak naik baru sedar aku tak ajar dia minum guna puting botol T_T


Stress Ilhan, ibu dia pun stress.. 

Menangis saja bila kena paksa minum guna botol.
Teriak "i only want bobs!!!" Lepas tu ibu dia boleh amik gambar dia tengah melalak kikikikk.. 

Antara puting2 yang aku dah beli T_T
Huh macam2 ada...


Semua tak kena, itu tak kena, ini tak kena. Lepas tukar tu pastu tukar ini.. Uii sampai tengah malam.. semua tak kena taste Ilhan kot... Last2 aku pun tengok youtube, hah ada mummy mat salleh ni kena situasi sama. Dia lagi dahsyat banyak perabis beli macam2 botol dan puting. Siap ada bentuk sudu pun iye lol. Last2 dia cakap pakai botol Tommy Tippee, terus baby dia pandai minum... aha!!

Petang tu jugak aku dan husband keluar gi Senawang pergi Baby One Stop Center cari botol cap jenama tu...Jadi dapat juga beli dan guna botol Tomme Tippee. Harga dia sebotol 5 oz tu dia!! RM40++ Close to nature lah dia punya motto... 

Yeah!!
Sekali suakan, terus pandai??! Akhirnya saya pandai minum susu guna botol!!

Si ayah tolong susukan guna botol.. 


burppp... Muka kenyang...!!

Lega hati ibu :)))

Thursday, February 4, 2016

Hadiah dari mak...

Mak aku ada mesin jahit jenama Singer, jenis yang lama punya. Dulu masa aku sekolah rajin mak jahit baju aku malam2 kalau dia 'off shift' maksudnya minggu tu dia tak kerja. Sebelum kami nak pindah rumah baru di Batu Pahat (masa tu kami masih lagi menetap di Muar),  aku ingat sampai lewat malam dia menjahit langsir untuk rumah baru. Kata mak jimat duit, time memang susah sikit sebab kitorang dah sekolah. Duit banyak nak pakai besarkan kami.

Sumber dari Google.



Mesih jahit dia lebih kurang macam ni. Kitorang boleh buat main jongkang jongket, kadang2 boleh jadi keretapi hahaha bising mak takut mesin dia jahanam kena kerjakan anak2 dia yang nakal T_T

Bila aku sambung belajar kat Ittho, mak masih jahitkan baju kurung aku untuk ke kuliah. Bila aku dah start kerja di utara dia dah kurang aktiviti menjahit. Kadang2 dia jahit kalau nak repair kain ke baju koyak. Bila aku balik cuti, aku baru tau mak dah trade in mesin jahit lama dia kepada yang lebih baru. Maknanya yang hitam tu dah tukar kepada warna putih. Tapi jarang2 aku nampak dia menjahit lepas tu.

Bila rumah renovate tahun 2008, aku belikan terus langsir baru untuk rumah baru. Mak tak payah jahit2 lagi dah, mata dia dah tak beberapa nampak.  Sudahnya mesin tu tersimpan lah peram dalam stor. 

Dan bulan lepas masa mak ayah datang rumah kami, aku sembang2 pasal mesin jahit portable. Harga pun ada RM150 lebih. Kalau ada senang sikit nak jahit seluar ke kain yang koyak. Nak jahit tangan memang aku tak berseni. Dulu sekolah, kelas ERT pun aku mintak mak jahitkan projek aku miahahaha. Rupa2nyer bila diorang balik je Johor, mak terus kemaskan stor keluarkan mesin jahit peram tu. Ayah bersihkan dan hantar servis kat Singer. Yang meja mesin tu ayah bagi kat kawan ayah. 

Dan minggu ni, mak call nak datang petang tu, besok pagi balik johor. Eh cepatnyer nak balik. Mak datang nak antar mesin jahit ni jer! Hahaha aku tak pasal2 google macamana nak guna mesin jahit...T_T

Tapak dia tu betul2 besi tuang, berat nak m*****.......
Aku tak boleh nak angkat T_T

Warna dia dah faded sikit. 
Aku letak kat atas island dapur kami je, tak tau nak letak simpan kat lagi. Sebab berat, bukan jenis portable nak alih pindahkan ke mana2..hmmm

Balik rumah, hari2 ler aku hadap tenung mesin ni.. Tengok jer...tak tau tak de idea nak guna pakai lagi. Lagipun mak terlupa nak bawak paddle kaki dia. Jadi tak dapat guna lagi. Kesian mak, beriya2 nak antar dan ajar aku malam tu. Tapi lupa nak masukkan paddle dia dalam kereta sebelum bertolak. Nampak muka dia frust, berkobar2 dah semangat nak ajar aku guna mesin ni. Kesian ada, kelakar pun iye hehehe..

Nampak gayanyer kena ler aku masuk kelas menjahit pasni. Kalau tak, aku tak tau bila lagi aku nak pakai mesin ni huahuahua... Dan tak lupa sekali terselit sekali antar basikal ni. Diorang sempat belikan basikal ni kat aku. Ayah suruh aku berbasikal pusing2 taman dengan anak2 T_T.... Nak suruh kami bersenamlah macam tu..

Basikal tak sempat2 lagi nak kayuh..

Basikal ni boleh lipat2, dah ler harga dia luar kemampuan aku T_T. takde nyer aku nak beli, tapi sebab diorang dah bagi... Sampai ke hari ni aku masih tak bawak2 basikal ni lagi.. Takde masa wei... Balik pun dah petang, nak masak lagi uruskan baby lagi... tggu jelah hujung minggu ye. 

Wah kah kah, macam2 ler nak kena buat dan belajar tahun 2016 ni......T_T






Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...