Sunday, November 29, 2015

Buat Roti Titab

Pernah dengar dan tengok roti ni kat fb bukan main femes lagi kat kelate. Sampai nk duduk makan pun pun beratur yg menunggu. Pagi tu tunjuk kat husband gambo roti titab ni, boleh nk cuba buat. So rasa sebab tengok roti ni simple shj jadi boleh try sendiri buat kat rumah ek...

Ni roti titab kat kelate. Sumber www.hanhanis.com

Pakai roti gardenia pun boleh, tp husnad beli roti ni. Bakar dulu garing sedikit. Lepas tu sapu kaya, takde nak letak seketui2 mcm gambar kat ats tu haha 

Telur separuh masak aka telur goyang hahaha. Nak buat telur separuh masak ni masak air dlm periuk sampai mendidih. Lepas korang get ready stop watch. Pakai handphone iphone ke samsung pun boleh janji nak jaga masa. Tutup api bila air mendidih. Masukkan telur dan tutup periuk. Kira dlm 3minit sahaja! 3 minit je tau. Jangan lebih. Pastu kuarkan telur cepat2.

Telur pecahkan atas roti, tabur lada sulah.




Hah dua anak beranak teruja sarapan makan roti titab ni. Sedap juga, sarapan yg simple tapi best. Lepas makan boleh terus kecek kelate pasni :)

Ilhan tengok shj, jadi hakim yek. 

Thursday, November 26, 2015

Aktiviti Cuti Sekolah

Actually minggu lepas aku dah balik ke Seremban. Sebab cuti sekolah dah start jadi aku abiskan saki baki hari berpantang kat sini. Jadi àku boleh tolg tgk2 budak2 ni sambil jaga Ilhan.

Aktiviti pagi2 buat aktiviti melukis...

Umar kerjakan kertas, buat kapal terbang. Abislah 1 rim kertas dikerjakan budak2 ni T_T

Qaireen melukis, sebenarnya excited nak guna water colour.

Set mewarna ni Umar dapat masa majlis akhir tahun Pasti. Tukar2 hadiah dengan rakan2 kelas dia. Tapi kakak dia yg lebih2 excited nk mewarna, sampai bergaduh jadinya huhuhu.

Last2, aku ajak dia baca buku sama2. Buku ni hadiah yang dia dapat masa majlis akhir tahun. Tapi nipis buku, cepat pula dia abis baca... T_T

Nampaknya kena beli buku2 baru utk dia, tunggulah ibu ni abis pantang nanti kita pergi kedai buku sama2.. next week start lah 3 minggu kelas membaca dàn solat diorg..baru dftàr, lagipun cuti tak tàu lagi nk ke mana

Sunday, November 22, 2015

Ilhan 1 month.

Pejam celik, pejam celik dah sebulan dah Ilhan Wafiq... sukantengok cahaya dari tingkap bila waktu pagi... anggaran berat masa 20 hari 4.36 gram. Tunggu checkup untuk sebulan di klinik nanti.


Pandai senyum bila diagah2...

Alhamdulilah, fully breastfeeding. Rezeki kau nak...





Ilhan cukur rambut

Dah hampir genap sebulan, baru cukur rambut. Dulu kami cukur rambut Umar dalam 2 minggu, mak aii!!Mengamuk dia kemain lagi!! Qaireen pula kepala dia dicukur oleh doktor, sebab kena tahan wad lebih 2 mggu selepas dilahirkan.

Alhamdulilah, ketika Ilhan dicukur gak mudah sikit. Diam je sebab tidor.. atuk yang tolong pegangkan. Aku tolong pegang kamera, amik gambor ;)

Nasib baik Ilhan lena tidur, senang sikit nak cukur rambut dia. 


Kawan ayah, En Din yg ada bukak kedai gunting rambut di Jlan Sultanah, Batu Pahat. Dulu Umar pun dia yang tolong cukur jugak.

Rambut yang sedang disodok sebelum dicukur bersih.

Bila rambut dah clear, baru cukur bersih.

Aiseh, dah bangun dah dia. Mulalah nak cari susu. Terpaksa tipu jap sumbat puting susu.

Ok, dah siap!!

Adakah saya nampak hensem setelah kepala ni dibotakkan ?!!
Hehehe...

Rambut yang dah dicukur, ditimbang beratnya.
Anggaran 2.24g bersamaan RM369.00 (harga emas semasa).




Thursday, November 19, 2015

Adik dan abang.

Antara abang dan kakak, abang dia lah yg lebih excited dengan adik baru diorang.

Umar rajin teman dan main dengan adik dia, Ilhan.

Sebab Umar nak adik lelaki, Qaireen nak adik perempuan. 
Takpelah, mana2 janji korang adik beradik sentiasa sayang dan saling take care antara satu sama lain. Jaga hubungan dan jalinan antara sesama saudara, air dicincang tak kan putus...



Sunday, November 15, 2015

Anak2 konvokesyen Pasti 2015

Biasalah dah hujung tahun, confirm kat FB ke Intagram ke atau blog (aku ler tu) ramai mak bapak dok upload gambo2 anak diorang konvo kat tadika atau pra sekolah masing2 yek!! Yang pelik, bila dah start sekolah rendah atau menengah takdelah pulak upload konvo ker anugerah pelbagai pape pun, tup2 dah abis bljar kat IPT barulah upload gambo konvokesyen lg hahaha.

So ari Sabtu 14 November bertempat di Golden Straits Villa, PD semua PASTI cawangan Teluk Kemang berkumpul untuk konvokesyen 2015. Disebabkan aku masih berpantang tak dapat nk join tengok diorang konvo T_T.
Harapkan husband whatassap gambo je kat aku banyak2 huhuhu...

On da way nk ke Port Dickson

Wah, Umar buat drama. Menangis sebab ramai orang dan panas. Aku ingat bila aku takde, dia lagi ok, tak takut. Ropanyer sama je anak lelaki ku ni huhuhu.


Ayah dia tinggalkan Umar dengan mualimah. 

Qaireen ok, boleh behave tunggu turn nak naik stage.

Ramai, sebab banyak Pasti cawangan Teluk Kemang tak silap 6 atau 7 kawasan berkumpul..


Konvo untuk lima tahun..Umar baru berani naik stage.

Qaireen konvo untuk enam tahun, yang ni special sikit sebab kena pakai jubah. Isk isk tahun depan dah darjah satu dah. Cepatnyer masa berlalu...T_T

Aku ingat konvo tahun lepas Umar kata nk sangat trofi mcm tu. Kena dia x dpt. Kami gelak jer, kalau nk trofi Umar kena jadi rajin. Rupanyer rajin dtg sekolah pun dpt trofi yek, gitew..

Hah baru boleh senyum, sebab dapat trofi. Kedatangan terbaik, tak ponteng2 tau!! Alhamdulilah tercapai hajat dia nk dpt trofi hahaha.
Qaireen pulak dia kata takpe dah ada 1 trofi kat umah (dpt masa pertandingan bercerita tahun ni)

Ok posse masing2 dgn gift konvo :)



Friday, November 6, 2015

Bila berpantang...

Untungnya aku sebab berpantang kali ni mak memang sihat lagi. Boleh jaga aku dan Ilhan. Mak pun dah setahun lebih bersara jadi dia ada banyak masa di rumah. Kalau tempoh hari aku berpantang di rumah sendiri sebelum balik ke Johor, ramai yang terkejut (nurse dan tukang urut) bila tau umur emak dah nk masuk 62 tahun. Tapi wajah mak tidak gambarkan usia dia yang sebnar hahaha.

Jadi sihat dan bertenaga di usia emas, tak payah cari jauh2 tanya emak sendiri pun dah cukup. Hah apa rahsianya.. jawap emak pantang betul2 bila beranak ko! Antaranya yang diamalkan bertangas, mandi wap, bertungku dan minum air kunyit dan manjakani huhuhu T_T

Hari kedua, tukang urut Kak Ita dari Seremban 2 datang rumah. Aku amik 3 hari berturut urut dengan dia. Siap buatkan tangas dan bertungku. Bayaran dia Rm110 per hari.

Balik johor, mak pergi rumah jiran kat depan. Cari daun mcm2 jenis, daun mengkudu, inai, serai wangi, pandan, sireh... masakkan air dan direbuskan semua daun2 tu. Kemudian dituang dalam baldi, dan ditutup badan aku dengan kain gebar yang tebal. Bersaunalah jawabnyer. Berpeluh2 berjurai2 huhu nak pitam pun iye. Mak ckp kena buang lemak2 dan toksin dalam badan. Lepas setengah jam baru lulur badan guna NR lulur herbanika. Sental daki bagi bersih. Boleh amalkan selama seminggu atau dua minggu.

Daun herba rebuskan untuk sauna dan mandian. Wangi bau dia. 
Sumber dari www.bondamiza.com


Dah mandi kena bertangas pulak, mak rebus manjakani yg dah ditumbuk2. Duduknletak bangku yang berlubang atas rebusan itu, nak bg luka baik cepat.

Lepas mandi minum air kunyit atau rebusan biji manjakani.

Kalau arini minum air kunyit, besok air rebusan manjakani. Selang seli. Bagus minum air kunyit dan rebusan manjakani nak baikkan luka dalaman dengan cepat. Kalau kita 'dap' luka dengan ubat kuning hospital bekalkan, itu sebenarnya campuran dari kunyit juga. Sebab itu warna dia kuning pekat melekat kat jari kita kan. Jadi kunyit ni bnyak khasiat dia. Mak masak lauk singgang pun letak kunyit banyak2. 

Kalu minum pati ikan haruan pun boleh. Masa aku bersalin operation anak kedua, aku minum pati ikan haruan Poney pagi dan petang selama 3 hari sepanjang aku berada di wad. Hari ketujuh, nurse cakap luka aku dah kering dan baik dan dia bukak jahitan tu tanpa ada masalah. Tapi kesan dia , anak kena kuning naik mendadak. Jadi aku stop dulu minum lepas hari ke empat. 

Panaskan batu sungai. 

Alas batu sungai dengan daun mengkudu atau sireh. 

Bertungku memang jadi amalan wajib, nak buang darah beku dan kecutkan rahim. Bertungku dua kali sehari, lepas mandi pagi dan petang. Panaskan guna api kecil selama 10-20 minit bergantung saiz batu. Alas daun sebelum lapik dengan kain supaya kain tak terbakar. Lagipun wap yang dihasilkan dari daun tu memang bagus ketika bertungku. Baby pun kena bertungku juga, nak bagi muscle2 dia lega dan selesa. Baby kalau tak bertungku akan sentiasa meragam, kesian dia. Nanti ibu pun tak cukup rehat kalau anak asyik menangis setiap masa. 

Tidur lena, selepas mandi dan bertungku. Susukan sehingga kenyang sebelum dan selepas mandi. 

Kat Johor. Kunjungan nenek2 saudara yang datang melawat tengok cucu sedara yang baru..

Alhamdulilah, sepanjang aku lepas bersalin Ilhan dia tak pernah meragam. Dan tak kena jaundis! Nurse yang datang melawat check cakap tak ada kuning, anak ok dan tak deman. Sebab aku tau lepas bersalin sahaja terus susukan anak kerap yang mungkin. Walaupun belum ada susu lagi (kalau aku hari kedua atau ketiga baru susu keluar banyak) takpe janji susukan aje. Jangan bagi baby tidur lama2, kejutkan dia dan susukan sampai kenyang. Setkan masa setiap 4 jam untuk susuan. Lagipun bila susuan kerap dapat elakkan bengkak susu, rasa nak deman wooo kalau kena bengkak susu ni T_T

Itulah serba sedikit cerita berpantang aku.. Buat masa ni aku  dah start makan jamu. Tak makn awal2 sebab takut anak kena kuning, lagipun jamu bagi badan panas. Baby pun asyik berak je, takut nanti melecet punggung dia. Tunggu dua minggu baru aku mula makan. 

Ok, kbai!





Thursday, November 5, 2015

Rindukan ibu...

Tak sampai sehari anak2 balik, aku tanya khabar diorang malam tu kat husband. Husband upload gambar ni pakai whatassap..

Alo lolo kesian deman pulak Umar Shafiy ni T_T

Husband bagitau badan dia start panas masa dah sampai Seremban. Pagi tu suam2 tapi bila amik dari sekolah badan panas betul, bibir jadi merah! Nak makan pun tak selera. Makan ubat dan coklat sahaja hehehe. Rindu kot kat ibu dia, husband bagitau huhuhu. 


Takpe lah bersabarlah, kena tunggu sementara sekolah tak cuti lagi. Ti alhamdulilah Qaireen sihat2 sahaja. 

Sunday, November 1, 2015

Sambung berpantang di Johor

Minggu ni aku dan family pulang ke Johor. Kira sambung pantang di sini. Sepatutnya balik sekali naik kete ayah tapi hari Rabu, pak long kami di Batu Pahat meninggal. Jadi subuh2 pagi ayah balik awal untuk tolong uruskan dan hadir pengebumian arwah.

Jadi hari Jumaat baru kami sekeluarga bergerak balik, kebetulan Qaireen dan Umar dah abis peperiksaan di Pasti.


Sampai Johor, apalagi budak2 leka tengok tv sebab ada channel kartun kat rumah atuk dia hehehe. 

Jadi arini husband dan anak2 balik ke Seremban, tinggal aku dan Ilhan di sini. Sambung pantang sampai abis hari. Lagipun anak2 masih bersekolah lagi. Ada aktiviti2 diorang kena prrgi sebelum cuti sekolah. Majlis konvo dan majlis akhir tahun.

Husband sibuk marking paprr dan settlekan markah. Aku punya paper ada staf lain akan take over marking kelas tu. Hmmm tak tau ok ke tak student2 aku menjawab. Boleh time aku masuk hospital sama dgn waktu paper tu berlangsung. Bertalu2 whatassap student tnya formula mcm2 hahaha aku cuma ingt formula camne nk bersalin ajer....

Ok, kbai...

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...