Tuesday, December 30, 2014
Monday, December 29, 2014
Aktiviti kami di rumah
Sekarang cuti sekolah, Qaireen rajin baca buku walaupun cuti. Rindu sekolah lah tu... Tapi time sekolah tak rajin nak bukak buku hehehehe
Yeah, umar biasalah. Kerja nak main jek... Main mainan, pastu main sama2 kakak dia pastu bergaduh... pastu bercakar. Pastu menangis. Hari2 dia menangis adoiiii
Abiskan masa tengok tv sebelum tidur. Ni aksi boring ler tu. Husband whatassap gambar masa aku kursus seminggu kat Shah Alam :)
Kalau malam2 sebelum tidur tetiba jer lapar, anak2 nak makan pulak. Hmm standby siap2 roti dan biskut. Kadang2 kek untuk alas perut. Nugget dan kentang goreng pun bagus in case diorang nak makan lagi. Budak2 nak membesar kan hahaha
Mak aiii, kemain lagi dia makan ayam goreng..
Miracle Can Happen!!
Aku sebenarnya pinjam kata2 ni dari Leader Tupperware aku, Tee Kim Choo. Kadang2 kita rasa macam mustahil, tapi percayalah kadang2 keajaiban itu boleh berlaku hmmm...
Bulan Disember ni, Tupperware lancarkan Santa Bounty Challenge. Khusus untuk Director dan Star Director sahaja. Kim bagitau bermula 1 hingga 27th Disember 2014, cabarannya kami mesti achieve team sales sebanyak 5k, 10k atau 20k untuk melayakkan kami menerima gift dari Tupperware.
Meeting with director at Mega Aces Klang.
Bulan Disember ni, Tupperware lancarkan Santa Bounty Challenge. Khusus untuk Director dan Star Director sahaja. Kim bagitau bermula 1 hingga 27th Disember 2014, cabarannya kami mesti achieve team sales sebanyak 5k, 10k atau 20k untuk melayakkan kami menerima gift dari Tupperware.
Nak capai team sales sebanyak 5k bagi aku inshaAllah tiada masalah. Bukan takbur, sebab memang kalau usaha dan kerja keras sikit inshaAllah boleh capai target jualan. Tapi lepas je briefing, Kim tepuk bahu aku "you mesti buat 10k!" T_T
Nampak gayanya aku kena usaha 2 kali ganda tak gitu!!
Alhamdulilah, begitu semangat dan kerjasama daripada team aku, terutama seorang DIQ dan kumpulannya memang banyak membantu aku. Dan tak sangka 25hb, malam tu aku terima message selepas balik dari hantar barang tupperware di HKL (aku ada citer di sini) dan bawa anak2 makan nasi Arab. Ada message, customer nak trade in FILTER AIR Tupperware :)
Benar kata2 ini, "jika kita bantu orang tu, InshaAllah orang akan bantu kita balik..."
Trade in Filter Bio Aura, dapat rebet RM500 untuk Nano water Filter Tupperware.
Pagi tu dalam keadaan hujan lebat, aku pergi ke Klang semata2 nak amik filter lama customer untuk trade in Filter Air Tupperware. Demi mencari sesuap nasi. Kesian kat anak dan suami sebenarnya, asyik heret sana sini. Selalunya aku pergi sendiri sebab kebetulan hari Jumaat kami dah amik cuti dan husband nak guna kereta solat Jumaat terpaksa dia ikut sekali dengan anak2...Hmmm 2 hari pergi balik ke KL dan Klang memang perkara yang memenatkan, mujur suami jenis supportive T_T
Ya perihal mencari rezeki kita kena usaha. Kena cari! Bukan senang ia datang bergolek kepada kita.
Alhamdulilah, akhirnya berjaya juga capai 10k jualan sebelum 27hb Disember ini.
Dan selain daripada komisyen yang bakal diterima, gift dari Bounty Santa Challange adalah di bawah ini.
Diorang suruh pilih pages mana yang aku nak. Jadi aku pilih set Inspire cookware Collection ni. Dpat secara PERCUMA....Tupperware suruh pilih, aku pilih lah yang ni :P
Ok, jika anda di luar sana, ingin mencari pendapatan sampingan dan pimpinan daripada mereka yang benar2 mahu anda berjaya di dalam Tupperware, boleh hubungi saya.
HASNY
012 7597929
013 6036630
Au revoir...
Sunday, December 28, 2014
MakAn nASI aRAB sABA', cYBERJAYA
Kebetulan lepas hantar barang Tupperware pada customer kat KL, kami rasa nak jalan2 pusing2 sebab hari Kristmas hari cuti kan, tak tau nak buat apa... Dah pukul 1.00 tengahari, masa untuk lunch.. Actually masa pergi KL husband ajak singgah tengok progress Garden Plaza kat Cyberjaya. Kitorang ingat nak jalan2 di Mid Valley tapi mak aiii berderet kereta beratur nak masuk situ.
Oklah, terus ke Kajang, kita ke Cyberjaya jelah. Makan kat sana lepas view site Garden Plaza yek.. Projek jangka siap penghujung 2015. Maknanya tinggal lagi setahun je nak bagi VP. Tapi kalau tengok ni aku jangka tak sampai setahun inshaAllah siap awal...

Garden Plaza, Cyberjaya... in progress..
'Ok, kita makan nasi arab nak' ajak husband... Nasi Arab? aku pun ingat2 lupa sebenarnya. Pernah makan kat situ lepas gi kursus kat situ dengan kak ipar. Hehe tak aci aku dah pernah makan tapi dia belum lagi kan hahaha. Nasi Arab SABA' terletak kat CBD Perdana, kedai lot corner. Sebelah restaurant nasi kandar.
Wargh.. penuh!! Perut lapar dah ni, maklumlah hujan tak berhenti2...
Jangan risau, just bagitau jek kat receptionist tu jumlah orang yang datang makan, nanti dia akan tunjukkan meja yang kosong sesuai dengan bilangan orang yang nak duduk.
Jadi kitorang pun menunggulah dalam kedai tu...
Muka penat, penat asyik duduk dalam kereta jer, lols!
Tahu masing2 lapar kan, sekejap jer duduk diorang dah panggil. Tak sampai 5 minit pong..
Hah dah dapat tempat duduk. Umar asyik tekan intercom tu jek. Ish budak2 ni
Yeahh makanan dah sampai, aku order
1 set Quater Chicken Mahdi,
1 set Regular Lamb Hanith,
1 set chicken Shish Tawouk
Air jus oren, teh o panas, mirinda strawberi dan ice lemon tea.
Ayam Hanith ni berwarna oren, Qaireen kata ayam pedas, padahal tak pun. Sapu saffron memang lah kaler dia camtu. Sudahnya dia tak nak makan ayam, makan nasi jek T_T
Daging kambing memang lembut, terlerai isi dari tulang dia, perghh. Menyesal jugak tak amik Large set. Berebut dengan suami hahaha. Umar bagus, dia makan nasi dan ayam, dia prefer chicken shish tawouk. Nasi dia lembut, memang sedap sebab pakai beras basmati.
Okay lepas makan kenyang, bayar lah kang. Total semua termasuk tax adalah 72.00 lebih kurang lah.
OK, Kenyang sampai malam...:)
Saturday, December 27, 2014
Hadiah Tupperware sebagai penghibur hati
Aku dapat message ni dalam waktu malam, ada pembaca dari blog berminat nak jadi ahli Tupperware. Tapi aku pulak salah faham sebab aku ingat dia nak jadi untuk Hai O. Selalunya orang pompuan je nak jadi ahli Tupperware. Hahaha. Silap aku juga main serkap jarang je yek.
Rupa-rupanya dia nak beli tupperware nak hadiahkan kepada isteri dia. Dah 6 minggu masuk wad di HKL. Di wad radiologi. Ok, aku uruskan pendaftaran dan pembelian. Tapi bila nak pos memang masalah, dia kata sekarang dia duduk di Hotel Chow Kit sebab teman wife dia jalani rawatan di HKL.. Nak pos ke opis pun dia memang sedang bercuti. Lagipun memang dia nk bagi isterinya tengok hadiah tu.
Last2 aku pun bagitau, nanti hari kristmas aku datang antarkan kat HKL (korang jgn ingat pulak aku jadi Santa Claus hari tu). Aku faham perasaan orang yang kena jaga keluarga dia di hospital. Aku pun pernah jugak keluar masuk duduk di hospital berminggu2. Cuti kerja bergilir2 dgn husband jaga anak sulung dari dia lahir sampailah umur anak kami tu masuk lima tahun..
Bincang dengan husband, akhirnya kitorang janji nak jumpa di HKL jek. Senang bagi dia nak cari kami nanti.
Tunggu di parking HKL, menunggu customer. Nak parking kereta memang payah, sentiasa penuh di sini.
Akhirnya kami jumpa juga En Halim, berikan barang2 Tupperware. Aku hanya dapat sampaikan salam sahaja kepada isteri beliau. Semoga isteri beliau akan bertambah sihat dan gembira dengan Tupperware yang diterima. Amin....
Tuesday, December 23, 2014
Bagaimana cara menjadi distributor/ ejen produk Hai O Marketing.
Ok, sebelum aku ada cerita kat sini bagaimana dikatakan perniagaan ONLINE di sini. Dan hari ini aku nak cerita macamna nak jadi ejen produk Hai O Marketing dan menjalankan perniagaan ini secara online dan part time korang....
Pertama,
Anda perlu mendaftar dahulu sebagai ahli dan mendapatkan no identiti daripada syarikat Hai O Marketing. Sebelum u'olls mula berangan2 untuk membelanjakan keuntungan perniagaan yang korang mahu, u'olls perlu MENDAFTAR dahulu!! Daftar, jangan tak daftar.
Bayaran hanya RM50 untuk pendaftaran dan kita perlu renew setiap tahun dengan RM35 (macam renew lesen memandulah lebih kurang...).
Perlu diingatkan apabila kita berdaftar dengan syarikat maka kita akan tertakluk di bawah peraturan2 Hai O Marketing Sdn. Bhd dan DSAA (Direct Selling Association of Malaysia)
Pendaftaran penting bagi memastikan syarikat akan menghantar penyata pendapatan anda setiap tahun untuk anda declare secara rasmi pendapatan yang anda perolehi dalam perniagaan anda (tak kira perniagaan dibuat secara online atau off line).
Nak daftar?? Boleh hubungi saya . Atau silakan ke website ini https://mall.hai-omarketing.com.my/become_distributor.php .
UPDATE 8 JUN 2015- Rasanya bila daftar di web kat atas ni company lambat bagi f/back. Ramai yang bagitau.
Jadi kalau korang nak daftar jadi ahli segera just whatassap Hasny 012 7597929/013 6036630 okey.
Kedua,
Setelah mendaftar, anda perlu fax atau kirimkan satu salinan muka depan akaun bank anda ke Customer Service Hai O Marketing (fax lagi senang dan cepat!). Ini penting supaya company dapat masukkan pembayaran komisyen secara automatik kepada anda, (diorang tak hantar check yek). Isikan juga borang permohonan sistem online kepada Customer Service tersebut. Borang boleh di muat turun di laman website Hai O Marketing Sdn Bhd.
Ketiga,
Dalam beberapa hari pihak company akan memberikan maklum balas email kata laluan (password) kepada anda. Anda boleh log in no distributer dan password tersebut sebelum menukarnya mengikut kehendak anda.
Tahniah, anda dah boleh mula berniaga!! Boleh membuat pembelian dan penghantaran secara online.
Dengan aplikasi e-commerce, anda TIDAK perlu berkejar ke stokis beli barang dan poskan kepada pembeli anda. Anda hanya perlu buat marketing atau promosi secara online atau off line.
Jadi jangan tunggu lagi, segera berdaftar dan menjadi ejen yang sah untuk menjana pendapatan sampingan anda. Tunggu entry saya selepas ini untuk penerangan kepada downlines saya bagaimana cara untuk membuat marketing secara online!!
Sebarang kemusyikilan atau pertanyaan atau pendaftaran ahli boleh hubungi,

Isikan butiran peribadi anda dan letakkan code distributor anda = 621299. Saya selaku distributor tersebut akan menjadi (sponsor) upline anda dan bertanggungjawab untuk daftar serta membimbing anda dengan sebaiknya.
UPDATE 8 JUN 2015- Rasanya bila daftar di web kat atas ni company lambat bagi f/back. Ramai yang bagitau.
Jadi kalau korang nak daftar jadi ahli segera just whatassap Hasny 012 7597929/013 6036630 okey.
Kedua,
Setelah mendaftar, anda perlu fax atau kirimkan satu salinan muka depan akaun bank anda ke Customer Service Hai O Marketing (fax lagi senang dan cepat!). Ini penting supaya company dapat masukkan pembayaran komisyen secara automatik kepada anda, (diorang tak hantar check yek). Isikan juga borang permohonan sistem online kepada Customer Service tersebut. Borang boleh di muat turun di laman website Hai O Marketing Sdn Bhd.
Ketiga,
Dalam beberapa hari pihak company akan memberikan maklum balas email kata laluan (password) kepada anda. Anda boleh log in no distributer dan password tersebut sebelum menukarnya mengikut kehendak anda.
Tahniah, anda dah boleh mula berniaga!! Boleh membuat pembelian dan penghantaran secara online.
Setelah log in, anda boleh mengunakan aplikasi e-commerce ini.
Dengan aplikasi e-commerce, anda TIDAK perlu berkejar ke stokis beli barang dan poskan kepada pembeli anda. Anda hanya perlu buat marketing atau promosi secara online atau off line.
Dalam e-commerce, kita boleh track proses pembelian dan penghantaran produk tersebut.
MUDAH KAN!!
Jadi jangan tunggu lagi, segera berdaftar dan menjadi ejen yang sah untuk menjana pendapatan sampingan anda. Tunggu entry saya selepas ini untuk penerangan kepada downlines saya bagaimana cara untuk membuat marketing secara online!!
Contoh whatassap pemintaan secara online.
Sebarang kemusyikilan atau pertanyaan atau pendaftaran ahli boleh hubungi,
012 7597929
013 6036630
HASNY
SENIOR SALES MANAGER
EJEN BERDAFTAR : 619518
HASDAN ENTERPRISE,
SEREMBAN, N.SEMBILAN.
Sunday, December 21, 2014
Cari pokok bunga Di Nilai Landscape
Hari Sabtu lepas bangun pagi, aku buat sarapan mee hoon goreng. Anak2 dah bangun, mandi, makan dan minum, terus kitorang bergerak ke Nilai dalam pukul 10 lebih . Hah tujuan nak ke sana sebab nak cari dan beli anak pokok dan pasu bunga. Tempatnya Nilai Landscape Sdn. Bhd. Lokasi terletak betul2 di belakang pasaraya Giant Nilai.
Nilai Landscape Sdn. Bhd.
Aku pun surf tempat ni daripada internet. Website http://nlandscape.com.my/. Diorang ada jual anak pokok, baja, pasu secara online. Boleh dihantar dengan bayaran tambahan mengikut jarak lokasi. Macam aku kalau ke Bandar Seri Sendayan ialah RM50.00. Huh, tak payah baik aku pergi amik sendiri, bukan jauh mana pun.... Kalau jadi member diorang bagi diskaun 20% dari harga asal. Jadi ahli bayaran RM10 sekali seumur hidup.
Pintu masuk dia,
Sebenarnya minggu lepas kami datang tapi dah tutup pulak sebab dah petang sangat.. Pukul 5 dia dah tutup rupanya!
Macam masuk taman bunga Firdausi.
Budak yang paling teruja tengok pokok bunga, Umar Shafiy!
Pokok2 yang kat luar ni semua pokok yang nak cahaya matahari banyak, jadi kena jemur lah.
Ada yang besar sebesarnya, ada yang anak pokok kecil sahaja. Jadi harga murah, kena pandai jaga dan baja. Baru dia membesar dengan baik.
Waouu Japanese rose!!
Menarik juga pokok bunga ungu ni, namanya aku pon tak tau...
Masa kami datang ni, anak2 pokok banyak tak de, sebab ramai orang dah amik dan beli. Jadi diorang kena semai balik.
Pokok2 yang perlu cahaya sedikit, diorang letak kat dalam bangunan kedai diorang.
Baja dan benih sayuran pun ada. Boleh dapat diskaun 20% jika jadi ahli
Pasu Baba, ini pun ada harga untuk member.
Kira oklah harga dia, memang berpatutan. Sebab kalau anak pokok bunga macam melur, harga RM3.50 sepokok. Lepas diskaun RM2.80 sepokok. Memang murah. Lagi satu, harga stepping stone dia murah juga. Sebab kat Seremban aku tanya harga sekeping (1"x1") RM12.00. Tapi kat Nilai Landscape dia jual RM10. Lepas diskaun ahli jadi RM8.00 satu tuuuu....
Bestnyer kalau dapat buat taman macam ni.
Credit to http://www.diynetwork.com/
Hmmm berangan tu percuma... hm berangan lah aku nak buat stepping stone camni jugak kat laman rumah nanti hohoho :P
Hasil tangkapan hari tu...
Aku bajet RM50 sebulan jek untuk beli anak2 pokok ke baja. Nanti dah ok, besar elok, baru beli tambah lagi. Sebab nanti ralat pulak, dah beli pokoknya tak nak hidup.
Wednesday, December 17, 2014
Kita Dalam Golongan MANA??
Terdapat 3 golongan utama manusia di dalam dunia ini....
Pertama
sebahagian orang membuat sesuatu itu terjadi!
Kedua
sebahagian orang yang melihat sesuatu itu terjadi!
Ketiga
sebahagian orang yang hanya tunggu dan lihat apa yang akan terjadi!
Jadi anda tergolong dalam golongan yang mana??
Pertama?
Kedua??
Ketiga???
Aku ni kan teringin nak makan strawberi atau blueberry pie. Jadi aku tengah fikir sama ada aku kena pergi cari bahan2 dan masak ker atau just pergi je beli pie kat kedai di luar sana. Sebab dah 2 bulan teringin tapi tak makan2 juga hahahaha!!
Sudahnya bila tengok ayat atas tu, memang tak makan lah pie sampai bila2!!
OOoo Hasny, please make it happened lor!! ;|
Au revoir......:)
Sunday, December 14, 2014
Making Bento Tupperware Class
Hari Sabtu lepas, aku pergi meeting director tupperware team Mega Aces. Meeting start 11 pagi. Kemudian rest dan sambung Making Bento class pukul 2.00 petang. Syok pulak buat bento ni. Bento ni berasal dari perkataan jepun. Hidangan untuk bekalan ni mesti lengkap dengan karbo, protien, sayur dan buah. Jadi setiap team perlu sediakan lengkap 4 sumber ni dalam hidangan satu bekal. Kami gunakan Lolly Tup Tupperware yg hot promosi bulan disember ini.
Bento class from Tupperware Malaysia. Kita gunakan Lolly Tup.
Preparing the ingredients. Nasi dan roti untuk sumber karbo. Telur rebus untuk sumber protien. Sebab ini untuk penyediaan makanan sihat kami gunakan kaedah stim daripada mengoreng.
Group aku terdiri Kak Min dan Kak Lela hehehe. Kemain lagi..
Antara ingredients yang ada. Kita ada roti gandum, lobak merah, timun jepun, oren, epal, chess, sosej dan macam2 lagi.
Winney bagi penerangan tentang sesi penyediaan bento.
Our SED, Kim sedang agihkan kumpulan untuk buat dan prepare bento bersama2.
So, lepas bagi penerangan apalagi masing2 tunjukkan kretiviti membuat bento.
Hebat tak! kumpulan kami mendahului dulu. Siap dah. Licin kemas je kan. Yelah baki2 tu sumbat masuk dalam mulut kitorang. Tak de membazir, lols!
Buat bento sekejap jer sebab ada pakar dan master chef dalam group ni, Kak Min hahaha!
Ni group kami punya kretiviti.
Kata Kak Min ini bekal untuk orang pergi menoreh.
Atau nak bawa pergi bendang bahahaha! Banyak giler.
Another group, Cristmas Session theme. Cute!
Wah, kretif nyer group amoi2 ni hehe.
Dah siap susun semua hidangan bento. Wah memang menariksss kan!!
Ok, untuk Lolly Tup (2 biji) harga 1 set ialah RM34.00
Untuk Large Square (4 biji) harga ialah RM64.00
PM saya "BENTO"
untuk beli dan pos.
Hasny
012 759 7929
013 603 6630
PROMOSI SEHINGGA 31 DEC 2014
ATAU SEMENTARA STOK MASIH ADA!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Trade in Filter Cuckoo baru 2024
Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...
-
Kalau balik Batu Pahat mesti nak sarapan perkenakan mee rebus ke lontong sate kan. Memang tulah yang akan dicari kalau pagi2 ni bila dah ada...
-
Kalau diorang balik dari sekolah sampai rumah kadang2 tu adalah beberapa minit sebelum pukul 7 petang. Jadi budak2 ni sampai rumah tak masuk...